CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Rabu, 10 Disember 2014

haiiiii

Assalamualaikum
haiii semua pepss
lama dah nas menyepikan diri, hampir sekelian lama hari ni nak rest kan sikit minda yang dah tepu sangat dengan kerja yang tak sudah... singgah sini rileks kan fikiran sambil bermonolog dalam diri huhuhu
sihat ke semua kawan2 hope semua sihat la yer
macam mana cuti sekolah ade plan nak kemana2 ke 
kalau ade meh ar share cz nas pon tgh bercadang nak bercuti tapi tak taulah nak kemana....

baru-baru ni ade buat cadangan kat adik-adik untuk buat hadiah hari jadi same2 so memasing akan dapat hadiah jugakk...letak alamat memasing then dapatlah hadiah hohohoho but harga hadiah tu berjumlah rm20 kebawah..

ada tak kawan-kawan nak buat camtu jom2 macam best jer kan,,,,hadiah hari jadi

kalau sudi komen kite yer...


bye pepssss
jumpe lagi





Isnin, 3 November 2014

Sahabat

salam kawan kawan semua hope semuanya sihat yer... 

sejak dua menjak ni berbloging slow sikit disebabkan perkara-pekara yang menganggu. sibuk nak siap kan persiapan my adik yang nak bertunang. makanya sapa yang kerinduan dengan my story tu sorry ye. hari ni baru sempat nak update.

ok dok sibuk tengok itu ini baru teringat nak cek segmen yang dah nas joint. kebetulan ade posting coment yang masih tak publish... terus publishkan hihi. sambil tersenyum klik la segmen yang dah nas joint.... wahhhh tak sangka segmen kali ini menjadi


                    APA YANG MENJADI?

Isnin, 27 Oktober 2014

Maybank Bagi Ganjaran



Salam, 
lama dah menyepi disebabkan blog yang bile loading dia jadi blank... terus buang semua HTML. Ambil je background asal malas dah malam buta ni nak mengodek blog comel aku ni...

Psttttt....
nak bagitau kat kome ni MAYBANK bagi ganjaran kat aku



Selasa, 21 Oktober 2014

Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love




  

pada kawan-kawan yang nak joint segmen ni
boleh la follow clik banner kat atas tu yer 



wahhhh 
mari kita bersegmen lagi dalam minggu ini
asik beno cari segmen orang nak 
joint sambil eratkan ukwah dalam dunia blog ni 




 



Haram Tetap Haram Noktah...


Salam Sayang kawan-kawan. 
kalau baca title kat atas tu masing-masing mesti dah dapat agak apa yang nas nak kongsikan.


                ok baru-baru kita ada dengar satu event yang dipanggil 

                               " i Want to Touch A Dog"




INI SEKITAR EVENT TU BERLANSUNG
SUMBER : GOOGLE




               to muslim : for what?

dah benda tu haram kan. nape nak sangat peggang sangat benda haram tu kan.  ko rasa bangga ke sampai nak sangat peggang anjing. HARAM TETAP HARAM ok. aku rasa orang yang bukan islam bukan bangga tengok korang peggang anjing tu cume dia orang terfikir muslim boleh peggang anjing ke? mungkin sambil berkerut-kerut dahi last sekali mesti dia senyum dan gelak puas-puas ( yes itu yang my frnds tegur kat nas ok siap dia cakap eh nas kalau orang islam peggang anjing itu salah kan haram kan)  see my frnds cakap gitu... dah tentu-tentu lah haram. ade pulak yang haram jadah sibuk nak touch-touch ingat apa ini melibatkan agama tau..

              ada cara nya untuk kita sayang mereka but kene fikir cara bukan begini ye peggang dengan senang hatinya.  macam ko belai kucing... biaq pilah orang non muslim jer dok peggang pon .. yang hang gatai sangat nak sibuk-sibuk tu awatnya.. hang dah piqia habis ka...Aduhai skrng ni macam-macam pulak event yang mengarut. 

korang tahu tak makna HARAM tu? pergi goggel aku rasa bersepah-sepah info yang boleh korang dapat. kalau rase tak cukup lagi pi masuk kelas kafa semula. budak-budak pon tahu anjing tu haram. ko belaja tak iskh garu kepala aku tengok pic ni geramm pulakk... emotional pulak aku haiii la 

yang sedihnya tu pic kawan-kawan kita yang memakai hijab yang asik noh nak touch anjing ni aduhai sedih akak tengok dik

       " moga kamu cepat tersedar dari  kisah duniawi semalam"
 rasanya bukan nas sorang jer yang marah pasal benda ni nas yakin seluruh kaum muslim akan berfikiran macam nas. 


satu jelah ko rasa BANGGA kan tapi aku rase ramai yang MELUAT  tau...huhhhh....

cukuplah sampai sini emotional aku tengok benda ni.  hope pekara sebengini tidak terjadi lagi

              "cukupla sekali.. PLEASE"
    


Isnin, 20 Oktober 2014

"Mini Giveaway by Syira Lokman"









Salam sayang semua
rasa nya ini kali kedua nas joint contest

ada sape-sape nak joint
mai la kita meramaikan contest ni
dalam masa yang sama kita rapatkan ukwah persahabtan


kalau rasa-rasa nak joint klik jer pic comei kat atas ni
lagi ramai yang joint lagi meriah
mari-mari

walau pon masa dah singkat sangat nak joint
23 OKT 2014 pukul 6.00 pagi (tarikh tamat)
nas nak cube nasib gak
manelah tau sangkut hahahha
apa yang penting dapat tambah kawan-kawan


byee pepsss


Untuk INFO Bersama



Salam haiii kawan-kawan sihat ke?

today nas nak share satu benda mungkin beri manafaat pada ibu bapa diluar sana. mahupun guru-guru. bagi diri nas jua yang wajar untuk diteladani.

oh ya sebelum tu mesti tertanya2kan manela nas ni. sebenarnya nas bercuti seminggu di kampung.  bila dah kat kampung jumpa mak abah dah tak ingat nak update blog hahaha.  seronok menyimpan lelemak sebab MAK masak sedap biarpun la cume ikan masin pon yang penting mak masak fuhhhh 24 hours keje membedal jer aku. makanya lelemak berjaya berjoget dengan riangnya.



time cuti la aku nak marathon cerita yang aku rasa aku tak khatam nak tengok kan. belek-belek cerita semua tak menjadi santapan hati. semuanya  tak best. semua chanel aku alih tapi satu pon tak menarik hati. then mak datang terus bagi remote kat mak. 
apa lagi sekali tekan jer mak aku pilih chanel 108 
    (haaaaa korang tau tak chanel apa?)
apa lagi cerita hindustani la  astro zee... apa lagi layan jelah
makin aku layan makin best aduhai dah jatuh cinta pulak, makin aku nak alih makin mencabar aku nak tengok. ok now fokus.

                sekali pandang mak aku khusyuk tengok siap pot pet pot pet kat aku. siap tanya kenapa itu ini. aku jelaskan la sikit-sikit yang aku faham
              ok beberapa minit kemudian senyap.... pandang sekali lagi rupenya mak aku dah masuk dalam cerita  >> Zzzzzz<<


 ok fine senyum je aku
    
                 cerita yang aku tengok ni cerita yang dibintangi oleh pelakon bolywood iaitu Amer Khan. serius cerita ni banyak memeberi pengajaran pada ibu bapa yang terlalu mendesak anak-anak supaya menjadi apa yang mereka kehendaki. sedangkan mereka mempunyai minat yang lain. dan ibu bapa mengubah mereka sedangkan mereka cenderung kepda satu bidang yang mereka gemari.
                 dalam cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bermasalah dalam sesuatu bidang yang khusus ( contoh nya huruf p dan q  dan huruf yang diterbalik menjadi sama kiranya terkeliru disitu) pada permulaan kisah ini kita akan nampak bagaimana guru yang menangani kes budak ni. sehinggakan segalanya tugasan budak ni buat dianggap bodoh di pandangan mata guru-guru disekolah itu. (serius memang sedih) budak lelaki ni bernama Ishaan Awasthi bila diberikan tugasan dia tak dapat siapkan satu tugasan. ibu bapa budak ni hantar kat sekolah tu disebabkan kelemahan anaknya dan dianggap berbeza sekali dengan abangnya yang pandai. namun disebaliknya budak ni memiliki bakat yang tersendiri.  yang lansung tidak diketahui oleh ibu bapanya sendiri. iaitu melukis
             
               
                    dari hari kehari Ishaan menjadi murung akibat tindakan guru-guru  yang  selalu menghukum mencemuhnya  ekoran masalah dalam perlajaran. malahan keluarganya seolah membuangnya. ishaan mula menjadi pendiam. bila di beri satu tugasan ishaan hanya merenung kertas tersebut tanpa satu apa pun tindakan.

                      sehinggalah tiba seorang guru baru (Amer Khan) yang dahulunya mengajar anak-anak di rumah orang kurang upaya. guru baru ni pada permulaan sangat hairan dengan sikap ishaan yang seolah mendendami sesuatu. guru ni cuba mendalami permasalahan murid ini dengan  memeriksa segala kertas-kertas ujian dan buku-buku  dari tahun lepas  yang di ambil alih dari guru yang digantinya. guru baru ni tak berpuas hati dan cuba mendalami permaslahan yang terbina dari ibu bapa ishaan. dan pergi kerumah ishaan. dari situ gurunya mengetahui bahawa anak murinya itu mempunyai satu keunikan didalam seni. segala lukisan yang dihasil sangat halus dan bukan mudah kanak-kanak seusianya mampu berfikir kearah sebegitu untuk memiliki satu warna yang hidup. dan dibelek buku penulisan pulak. baru guru itu memahami apa permasalahan sebenar kanak-kanak ini. iaitu DISLEKSIA (dileksia ni adalah satu gangguan dalam pembelajaran dimana murid tidak dapat membezakan huruf-huruf dan tidak dapat membaca disebabkan binggung dengan huruf huruf yang tidak dapat dibezakan)

                  pada mulanya ibu bapa budak ni tak percaya dengan apa kata-kata guru. malahan guru besar  dan guru-guru tidak mempercayai usaha guru ini akan berjaya. kerana mereka menganggap ishaan anak yang bodoh dan tidak boleh diubah.. sehinggalah  guru ini sendiri mengajar semula ishaan untuk membezakan huruf yang terkeliru. dan berkat usaha gigih guru ini ishaan berjaya membaca disamping itu minatnya dalam melukis dipertingkatkan.

            dan diakhir cerita ini guru ni (amer khan) mengadakan satu pertandingan melukis yang wajib disertai oleh murid dan guru-guru disekolah semua tidak terkecuali termasuklah guru besar. pada permulaan guru-guru yang tegas dan tidak pernah tersenyum akhirnya tersenyum. dan juri dari luar dijemput. ternyata murid yang dianggap bodoh itu menang tempat pertama. dan lukisannya dijadikan cover untuk majalah sekolahnya. malahan pelajaranya jua cemerlang.
           


it's ok to cry when you're in a
HARD SITUATION

but you can't spend
the rest of your  life
CRYING

so wipe your tears and
MOVE ON



ok ni la cerita yang nas maksudkan tadi. nak bercerita sangat tak berapa nak reti kan. sikit-sikit la nas translate yer... nas rase cerita ni dah lama dimainkan cume nas ketinggalan untuk tengok. 


ok kalau nak tanya penilaian nas pada cerita ni memang nas bagi cap jempol. terbaik best sedih semuanya la...korang kene tengok sendiri baru korang akan rasa apa nas rase. bukan mudah seorang guru mendidik seorang pelajar sebegini. kene betol-betol memahami permasalahan mereka. peranan ibu bapa memainkan pernan penting. kadang kadang ada ibu bapa yang cuba membentuk anak mereka dengan mengikut segala apa yang mereka kehendaki bukan apa yang anak mereka kehendaki. suke dengan ending cerita ni segala permasalahan yang berlaku diakhiri dengan lukisan. kiranya diakhirnya mereka cuba menghidupkan kecerian dengan  lukisan untuk hilngkan segala stres.


        

Jumaat, 3 Oktober 2014

Teksi Explorace


 

Salam Jumaat pepss..

ok nas nak bercerita tentang perihal pagi tadi. macam biasalah bila husband outstation makanya tiadalah driver daku hari ni. nak tak nak kenelah upah driver lain untuk pickup aku gi koje.

                ".................. teksi "

tengok kiri tengok kanan masih tak ada lagi teksi... huh jenuhnya pagi ni. memang sampai keje lambatlah ni. oklah malas nak tunggu dekat sini kedek2 itik jalan gi lrt. sebabnya memang teksi suke berkampung dekat LRT.





ok yeayyy samapi gak lrt walaupun jalan kedek-kedek. bersenam nas sile buang lemak kamu yang terkumpul tu yer huhuhu

nampak teksi berderet dari jauh merah putih... senyum meleret aku dibuatnya. bagi taulah kat driver teksi tu ke destinasi yang nak aku tuju. dia pon ok. wahhh wangi betoi teksi ni al-malumlah driver aku pagi ni perempuan. siap pakai spek belalang. (kalah aku jah) hahaha

aku duduk dengan tenang bila dah samapi trafic light nak coner tu aku dah jadi tak tenang. sebabnya driver aku ni macam joint explorace. orang kereta depan lambat dia dah duk hon hon.. bile dia corner tu dengan aku aku sekali ikut layan corner duduk pon dah tak stabil. laju gile kot. aduhai makcik ni kenapa lah laju bebeno. aku layan ngeri kat belakang. 


 


yang paling ngeri bile dia duk nak selit antara kereta.. dia ingat dia naik motor kot. lupe diri sekejap. dan akhirnya dia nak terlanggar motor apa taknya dia laju sangat. serius mmg motor tu tak salah cz teksi ni yang himpit motor ni ketepi. nasiblah tak berlanggar. . perlahan jer dia bawak sambil sambil tu dia bukak chanel radio ikim.. ok dia dah takot la tu kot. hihihihi









tapi sekejap jer pon lagi sekali dia buat sampai la aku terkedepan dan cium kerusi depan. mengigil aku dibuatnya. ketaq lutut nas. macam mimpi joint explorace. 

turun2 dari teksi aku dah seram sejuk mengigil dibuatnya. dugaan di hari jumaat. lepas ni jumpe akak tu taknak dah naik teksi dengan dia. serikkkkkk



 







Juri Pilihan Hati

holaaa pepsss slamt malam
tak tido agi ea... ok meh sini jenguk belog kite ni....


sapa tahu nak buat game.. maksud nas untuk buat satu aplikasi permainan game.

                    ok ada yang tahu kan
sebenarnya nak buat aplikasi permainan ni bagi yang tahu tu memang petik jari jer kan... bagi yang tak tahu ni yang pandainya hanya download jer la kan hihi 

ok sebenarnya nas pernah gak belajar buat aplikasi ni masa zamn kolej dulu. memang pening gak la kan. but now la ni lau nak buat ada dah aplikasi yang memudahkan. macam nas dulu nak kene fikir code2 tertentu or sumting yang bersangkut pautla kan..  lau tertinggal satu step memang haram jadah la jadinya hohohoho...

ok berbalik pada cerita mencipta aplikasi ni, kat sekolah ada progam untuk pelajar tahu bagaimana nak buat satu aplikasi ni. krusus ni dipilih kepada pelajar yang ingin menyertai sahaja. dan terhad mb dalam 30 orang nas pon tak berapa pasti. tenaga pengajar 4 orang. tempoh masa krusus ni dijalankan dari semalam lagi. kiranya semalam pelajar2 didedahkan la cara nak design aplikasi yang mereka buat.

ok today setelah penat yang semalam mengolah idea melimpah ruah. makanya tercipta aplikasi baru yang dicipta khas oleh para pelajar SBU. ok tahniah.





maka dengan ini saya 



mengistiharkan


Sabtu, 27 September 2014

Drama bersiri sekaligus

Selamat malam semua
                       dah tido ker? lau belum meh sini singgah baca blog kite ea
ok memandangkan hari ni banyak beno kenduri kawen
makanya tak payahlah masak sebab masing2 dah kenyang.. ok pas habis kenduri balik rumah cz hari nak hujan.
belek2 la cerite kat astro
                                                         banyak beno yang di ulang siar sampai nas pon tak tau nak tgok citer apa
tgok la list cerita yang nas rekod dan belum tengok 
ok jumpe dah....
CUBA TEKA NAS TGOK CITER APA?


Ceritera Sekolah Ganti ni?

Salam sayang , hai hai semua blogger
today sekolah kita sekolah ganti. makanya my Zahin perlu ditinggalkan pada kawan yang sedang sarat menunggu hari untuk melahirkan baby sulung yang comel.
             
         My Zahin memang takot dengan kawan ni, sejak kawan ni mengandung. tak tahulah kenapa kan.. mb kawan nas ni mengandung kan anak perempuan kot. hihihi

         bila nas tinggalkan dia, punyala melalak sakan. aduhaiii sedih hati i ni dengar... nak pergi ke tak sekolah ni.... hurmmm gagahkan jua lah hati ke sekolah dengan hati yang ditinggalkan bersama si kecik tu....



        sampai sekolah kene jadi pengadil untuk mengadili persatuan yang terlibat iaitu, 

PBSM 
PUTERI ISLAM
TUNAS PUTERI
BBSM
PENGAKAP
TKRS

ok sile adili dengan sejaya yang mungkin ya
markah rahsia 
kene jadi agen perisik jap tinjau-tinjau
ok tak diaorang 
yelah kang  tau i ni pengadil mule nak bodek
eceh ceh ceh..

Selain tu ada lah jugak aktiviti lain yang dijalankan. persatuan ibu bapa ada yang menjual makanan. sempat la jugak aku beli belah pagi2 hari ni kan... al maklumla perot lapar mintak di isi. 

         sebab malam tadi kunun nak   DIET
Tapi
terbantut sebab adik aku bawak balik KFC
aduhaiiiiii
lari sudah perancangan ku

dan pagi ni pulak menu mee hun dengan rendang daging
n telor goreng dan ayam goreng
menu pelengkap untuk bedal cara diet
bagus kan

ok nas nak pergi menyibukan diri 
tengok budak-budk ni main
wahhh bikers pon ada..
bola gergasi pon ada
macam -macam ada
dah macam fun fair




byeee