Salam dan selamat petang buat
kawan-kawan seperjuangan di Alam blogger mahupun pembaca sekali lalu.. . Sedia kita maklum kadang-kadang ade
mase kite tershare sedikit apa yang kita rasa dan apa yang kita rasa memang
sesuai untuk di share. sharing is carring kan...
Korang perasan tak sejak dua
menjak banyak beno kisah cikgu kena saman la. Cikgu kene ugut la. Cikgu bla bla
bla Dan banyak lagi.. bahkan bukan itu ada pulak di sebaliknya...
Just pendapat jelah kan.
Sebelum tu nas mintak maaf kalau rasa terbiadap ker apa.. just nak share apa yang
nas rasa tu jer.. sape yang makan cili dia terasa pedasnya. Cz nas dah bagitau
nas tak mention kat sapa2. Just peringatan bagi diri sendiri juga. Macam nas pon
ada anak yang semakin membesar. Kalau boleh nak la anak kita di didik dengan etika dan cara yang mulia dan berdedikasi. Dan kne ingat jugalah nak mencorakan warna
di kain putih anak kita ni. Tak boleh la kita letak 100% menyerahkan
bulat2 pada cikgu kat sekolah. Kita sebagai ibu bapa kene lebih memainkan
peranannya. Sama-sama kita mencorakan agar warna-warna yang terzahir nanti Nampak lebih
menarik dan ceria.kene ingat yer kawan-kawan yang di kasihi
Dan
adakalnya kita terdengar tentang guru yang buat hal pada anak murid dia. Contoh
membuli memukul sesuka hati hingga
mendatangkan kecederaan. tulah hanya nila setitik rosa susu sebelanga. Habis semua guru terbabit. Yang tak bersalah
pon menjadi sangkut paut. Ok lah macam ni senang cerita kita tak payah nak
menunding jari pada sesiapa... cuba monitor balik pada diri kita sendiri. Kalau kita saling salah
menyalahkan tak kemana pon kan. kita dok la tunding kat orang .. tanpa kita sedar 4 jari kita sendiri dok tunding kita... Kewajaran untuk mendenda murid pon sudah tiada
dalam istilah kamus persekolahan masa kini. Jika berbuat kesalahan hanya di pandang enteng.
Korang perasan tak dalam dunia
persekolahan sekarang banyak betul etika nak membentuk pelajar di larang untuk
digunakan. So korang rasa nak membentuk macam mana yer sekiranya nak menegur
itu ini tak boleh. That y la kita tengok banyak sangat budak2 sekolah kuang ajaq,
tingkah laku tak senonoh, kang jentik sikit tau-tau esoknya dapat surat cinta masuk TV
cakap cikgu tumbuk padahal cikgu jentik tangan jer… alahai ZAMAN SEKARANG. Jika
dahulu aku ni terserempak dengan cikgu
jer tak kira kat sekolah or luo sekolah cepat
aku tunduk kepala tanda hormat sambil cakap salam or slmt pg kat cikgu tu
But now Zaman sekrang jangan kan
salam lalu sebelah pon tak pandang wahhhh begitu besar kuasa VETO diaorang
bahkan kalau cikgu tu preggy dok memboyot bawak perut lalu dikalangan pelajar
dok berlari-lari cikgu jugaklah kne tolak
ansur ke tepi bagi laluan kat murid yang dok berlari-lari kang tak masal
dirempuh pulak. Sabo je lah… cakap lebih-lebih kang ade pulak yang dok ngomel asik
buat anak jer… laaa kan rezeki... dah Allah nak bagi rezeki kan. syukur...
Zaman
sekrarang dan dahulu, adalah zaman yang jauh beno perbezaannya. Biarpun dahulu
kecangihan teknologi belum terserlah seperti sekarang sekurangnya murid dahulu amat menghormati gurunya, malahan sangat tertib dan patuh segala displin
yang dikenakan. Bahkan bukan itu sahaja masa zaman persekolahan saya. Setiap tahun di awal persekolahan sehinggalah
kat sek menegah Siap mak saya bagitau kat cikgu..
“cikgu
rotanlah anak saya ni… rotan dia bio dia jadi pandai asal jangan patah riuk”
See..?
Jadi aku lau kne rotan memang tak
lah aku cakap kat mak aku.
Kalau aku cakap sah2 aku kne
rotan balik ngan mak aku… dan sememangnya aku sedar itu salah aku.
Mak
aku cakap kalau cikgu rotan tu mesti ko ada wat salah. Kalau tak tak kanlah
cikgu nak rotan saja-saja ingat rotan ni HOBI ke?. Pastu apa lagi kne rotan pulak
la kat umah. PADAN MUKA AKU. Kira ok la dirotan cikgu kat sekolah. Mak aku
pakai libas jer dengan getah paip berbirat jugak la…hahaha bila duk ingat balik
dengan adik badik mengekek kitaorang di buatnya. Nas ni boleh tahan jugaklah
nakalnya. Tapi bila dalam kelas so PENDIAM. Hihihi laaa ni tak rajin dah aku nak
diam. Pot pet pot pet sesangat.hahaha.
Dulu
kalau tak buat keje sekolah..kadang-kadang dok ralat main sampai terlupe cikgu ada bagi homework.. tulah asyik main jer aku ingat.. pepagi tu baru
teringat mula la aku takot nak gi sekolah. Takot cikgu marah sebab tak buat
keje sekolah. Nak tak nak tadah jerlah tangan cz tak buat keje sekolah. Dan aku
sedar itu semua salah aku.. bila dah masuk kealam pekerjaan berani la ko tak buat kerja yang diberi oleh bos... kang tak masal dapat surat cinta dari bos... tau-tau kene cari keje lain huhuhu
Zaman
sekrang kalau tak buat keje sekolah bukan main lagi HEAVEN .. yelah cikgu tak
leh nk marah apa tah lagi rotan malah jentik pon dilarang. So buat apa lah yang
ko suke budak. Kang lebih-lebih dapat lak surat cinta.
Alahai
parents zaman skrang bukak mata anda luas2.. (tak mention siapa just pedoman
untuk diri ini jugak yang ada anak) jika kita biarkan sahaja benda ini
berleluasa maka terjadilah Muda mudi yang lahir kurang peradaban. Yang kurang
akhlaknya. Yang kurang akalnya. Yang kurang sopannya. Yang semakin bertambah
angkuhnya. Percayakah kita suatu hari nanti muda mudi kita tak kan ada sikap
menghormati antara satu sama lain. Bila anak dipupuk rasa kebongkakan sokmo.
Sampai dewasa dia akan kekal jadi begitu. Dan mungkin lebih parah dari itu. Cuba
korang bayangkan kalau peragai kita ni yang dah buruk adakah kita nak jadikan
anak kita pon macam tukan. Kalau boleh kita nak jadikan anak kita Terbaik or
perfect tak gitu.. jangan la jadi “umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga..”
Bukan nak menunding jari pada sesiapa sekdar mengingati antara satu sama lain.
Maaflah
kiranya apa yang saya tulis ni membuatkan ramai yang mengaum tak tentu hala.
Just peringatan jer buat diri saya. Dan sesiapa yang setuju. Dan bagi yang nak
komen tu elokan dahulu bahasa anda tak salah nk komen tapi bahasa perlu la
beradab. Mudah mudahan kita mampu
mencorakan warna yang terbaik untuk anak kita dan anak generasi akan datang.
Moga kita masih sempat melihat warna pelangi yang indah sebelum warna itu
menjadi pudar kelam dan mungkin hilang. Kita mampu menjadi pelukis yang
cemerlang andai lakaran yang diberikan mampu membuat semua orang tersenyum
Peace no war…
p/s: Lakaran kehidupan yang kita lakarkan tidak boleh di padam mahupun di hilangkan. jika manis lakaranya maka indahlah pemandangannnya
kisah kita bukan tertulis diatas kanvas yang boleh kita padamkan.
gunakanlah ia sebaiknya
moga Redha Allah sentisa bersama kita
"hidayah Milik Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan