CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Mac 2015

KFC...

Assalamualaikum wbt..

Kebetulan hari tu bawak anak jalan-jalan naik tren. then hubby pulak nak ikut. so kami pon buat keputusan untuk  makan KFC kat TBS ... Zahin mmg dia teruja la nampak tren pastu bas siap tunjuk-tunjuk itu ini sambil jerit...

pastu terus gi KFC nak makan tgh dok tunggu En Somi beli hidangan buat kami, aku terperasan seorang auntie dok sibuk  punggah sampah makanan orang yang ditinggalkan atas meja. mula-mula aku tengok aku ingat kan dia memang duduk kat meja tu so aku biar je... aku syok la ambik video zahin.. pastu zahin panggil tuk tuk... (atuk dia tunjuk auntie tu) aku berkali-kali tengok Allah... rupenya dia lapar. habis saja laki aku duduk. aku pon suh la en somi bagi auntie tu makan .. so En somi bangun tarik auntie tu duduk berdekatan la dengan kami, 

aku tak berapa nak dengar apa yang En somi cakap tapi aku faham arahan yang diberikan oleh En somi kepada auntie tu.. maybe En somi suruh auntie tu duduk sementara dia belikan makanan. tak lama lepas tu En Somi menatang dulang KFC dan beberapa bungkusan pada Auntie tu..  aku tengok auntie tu makan sedih aku dibuatnya. terus kenyang aku dibuatnya. 

takpelah mungkin tu rezeki auntie tu, hanya tu jelah mampu kami beri, hope ade berapa orang yang buat macam kami buat.  teringat pulak mak n abah moga kami dapat menjaga ibu bapa kami sebaik mungkin. 

dalam tren aku tertanya-tanya mana anak-anak dia.  sebab jarang sangat aku tengok warga tua cina yang macam ni... 


10665781_843785915654058_933831248530360082_n


sama sama lah kita ambil iktibar moga kita tak membiarkan mak ayah kita seperti itu mengutip makanan ditempat awam. sayu hati melihat auntie tu redup matanya aku lihat banyak kesedihan yang terpamer... moga Allah melindunginya..