CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Selasa, 12 Julai 2011

apa-apa jer

salam ulos
ok kali in entry paling sikit yang nas akan reka
bile dah time 
so apa yang kita harus buat
hurmmm fikir fikir yerppp

banyak makna disebalikni
apa lagi
jommm kite terjah
k bye



love uolssss

Sang Monyet Yang Haloba

salam semua
lame gak kan nas
tinggalkan blog i
husihhhhh
berdebu2
haaaacimmmm
terbesin pulak
hihihihi
ok entry kali ni 
tentang nun story diatas
harap korang enjoy yerppp
Story i nas Ambil dekat sebuah story book
yang boleh di jadikan pengajaran
ni bukan nas karang tau..
ni dari story book
siri cerita moral belantara
jommmm


    Suatu hari, ketika sang kura-kura berjalan mencari makanan, ia terjumpa sebatang pisang muda yang tumbang. "kalau aku bawa pokok ini dan ditanam di tempat kediaman aku tentu aku akan dapat memakan buahnya dengan mudah," fikir sang kura-kura
    Tetapi sang kura-kura berasa sangat susah hati kerana tidak dapat mengangkat batang pisang itu. Ia berhasrat untuk meminta tolong pada binatang lain yang lalu di tempat itu, Kebetulan sang monyet lalu di tempat itu lalu menegur sang kura-kura.
      "kenapa nampak susah hati sang kura-kura. Ada masalah ke?" tanya sang monyet kepada sang kura-kura. 
       "boleh tak engkau tolong ikatkan batang pokok pisang dengan akar kayu ini ke atas belakang aku?" pinta sang kura-kura.
      "engkau hendak buat apa dengan batang pokok pisang ini sang kura-kura?" tanya sang monyet.
      "aku  hendak tanam ia dekat dengan kediaman aku. kalau ia berbuah nanti bolehla kita makan bersama."kata sang kura-kura, cuba memujuk sang monyet. Tiba-tiba sang monyet berfikir untuk menanam pokok pisang juga, lalu ia membuat helah.
      "aku pun mahukan pokok pisang ini ditanam ditempat aku. Apa kata kita bahagi dua, engkau ambil bahagian pangkal dan aku ambil bahagian hujung"kata sang monyet
      "kalau bahagian pangkal aku setujulah, lagipun ia tidak memberatkan untuk aku membawanya," kata sang kura-kura bersetuju.
   Setelah batang pokok pisang itu dikerat dua, akhirnya mereka berdua pun berpisah dengan membawa bahagian masing-masing. Sang kura-kura bahagian pangkal dan sang monyet di bahagian hujung pokok pisang  Sang monyet menyangka, apabila ia mengambil bahagian hujung  sudah pasti pokok pisang itu cepat berbuah. Ia terus menanam hujung pokok pisang itu dan berharap akab mendapat buahnya dengan segera. Hari ke hari ia menunggu, tetapi pokok pisang tetap tidak berbuah sebaliknya pokok itu semakin layu lalu mati.
      Manakala pokok pisang sang kura-kura pula mula mengeluarkan tunas dan tumbuh dengan subur. Pokok pisang itu terus dijagai oleh san kura-kura sehingga ia sudah cukup besar dan mula mengeluarkan jantung dan berbuah.
   Tidak lama kemudian pokok pisang sang kura-kura mula berbuah sehingga masak ranum, San kura-kura mula berasa gembira. Suatu hari san monyet datang untuk melihat pokok pisang yang ditanam oleh sang kura-kura.
   "wah, sungguh besar pisang yang engkau tanam ii sang kura-kura! Bolehkah aku merasanya sedikit?" tanya sang monyet.
     "boleh, tapi bagaimana pula pokok pisang yang engkau tanam itu, sudah berbuah ke?" tanya kura-kura
    "buahnya tak mahu keluar, Sebab die takut dengan aku," kata sang monyet yang  tidak mahu mengakui kesilapannya.
   Setelah sang monyet samapai diatas, ia terus mengambil setandan pisang lalau terus naik keatas pucuk pisang lalu makan tanpa memperdulikan sang kura-kura. "wahai sang monyet, bawalah buah pisang itu turun, kemudian kita makan bersama," kata sang kura-kura dari bawah. Sang monyet tidak memperdulikan kata-kata sang kura-kura sebaliknya ia hanya membaling kulit pisang sahaja kepada kura-kura.
  Sang kura-kura amat marah dengan tindakan sang monyet yang tidak berbudi itu. Ia pun mengambil akar-akar berduri lalu diletakan di sekeliling pokok pisang.
     Tiba-tiba sang monyet tergelincir lalu jatuh bersama tandan pisang kepunyaan sang kura-kura. Apa lagi sang monyet terus terjatuh di atas akar-akar berduri.
           "hah! baru padan dengan muka, sudahlah tidak tahu berterima kasih, hak orang dibuat macam harta sendiri!" marah sang kura-kura. sang monyet menjerit kesakitan dan melompat-lompat lalu berlari dari situ kerana malu.

sekian
moral story yang kita boleh
dapat dari story diatas ialah


"jangan bersiakap tamak
dan 
mementingkan diri sendiri,
jasa orang perlu dihargai"
  

Seronok jugak kan
sekali sekala kita 
layan 
cerita2 ni 
harap korang enojoy yerpp
jumpe lagik yerppp 
di lain entry



love uolsss