salam semua
celamat pagi
okhari cemalam korang ade bace x
entry nas
kalau korang bace beguslah kan
dan
korang mesti nak tahu
tentang cerita semalam macam mana
mutiara ajaib dijumpai
ok hari nas nak selongkarkan lagi
al-kisahnya
nas akan sambung balik dari cerita semalam
ok2 tanpa melengahkan mas
jom kita layan
cerita kanak2 ni
enjoyyyy
Mutiara Ajaib DiTemui
Sepanjang pengembaraan untuk mencari mutira ajaib, lima sahabat telah menempuh pelbagai cabaran. Cabaran itu menjadikan mereka lebih berani dan bersatu hati. Cengkarang yang tergantung pada leher Yaya mengeluarkan cahaya yang berwarna warni. Sinaran itu telah membawa mereka tiba dihadapan sebuah istana sebelum pudar kembali.
"Kita telah tiba ditempat tinggal ahli sihir laut. Kita mesti berhati-hati" kata Dadu.
Mereka menngikut Dadu. Mereka masuk ke dalam ustana dengan senyap. Tidak lama kemudia, mereka tiba di sebatang lorong yang gelap. Cengkerang itu bercahaya lagi. Sinarannya memancar ke hujung lorong.
"Mungkin mutiara itu ada di hadapan sana" kata Yaya lalu menuju kehdapannya.
DEBUKKKKKKK....Yaya terjatuh di atas lantai. Banyak rumpai laut keluar daripada kedua-dua belah dinding lorong. Rumpai laut itu melilit badan Yaya dan menjatuhkannnya. semakinkuat Yaya meronta, semakin kuat rumpai laut itu melilitnya. Tiba-tiba, cengkerang itu terbuka lalu mengeluarkan sebilah pedang. Tata mengambil pedang itu lalu memotong rumpai laut yang melilit badan Yaya.Yaya akhirnya terselamat.
Tiba-tiba, Seekor belut muncul di hadapan mereka. Belut itu mempunyai gigi yang tajam dan mata yang merah menyala. Tata sangat terkejut lalu terlepas pedang yang dipegangnnya.
"Pupu, cepat ambil pedang dan lawan belut itu"jerit Dadu
"Saya sudah dapat pedang itu"jerit Pupu. Pupu mendapatkan pedang untuk menikam belut. Namun Pupu terpijak rumpai laut lalu terjatuh. Pedang itu terpelanting di atas lantai. Belut itu menuju ke arah Tata. Lala sempat mengambl pedang itu lalu menikam belut itu. belut itu kesakitan lalu terus melarikan diri. Lima sahabat itu berasa lega.
"Lala, kamu memang berani!" Yaya bersorak TIba-tiba, bayang-bayang Puteri Laut muncul daripada cengkerang yang dipakai oleh Yaya
" Kamu semua perlu berhati-hati, Apabila mutiara itu dimasukan ke dalam cengkerang, ahli sihir laut itu akan hilang kuasa ajaibnya. Istana ini juga akan runtuh," ujar Puteri Laut.
Selepas itu, bayang-bayang Puteri Laut itu pun menghilang. Mereka tiba dihujung lorong dan menemui mutiara ajaib itu. Yaya melihat satu sinaran cahaya yang terang.
"wah cantiknya mutiara ini"kata Yaya dengan kagum.
"berani kamu semua menceroboh ke dalam istana aku!" kata ahli sihir laut dengan suara yang kasar dari belakang mereka. Rupa ahli sihir laut itu pula sangat hodoh!.
"Serahkan mutiara ajaib itu kembali"kata Dadu.
"Tidak! Akan aku sumpah kamu semua menjad batu!" kata ahli sihir laut lalu menghayunkan tongkat yang dipegangnya Yaya terus melibaskan ekornya. Tongkat itu terlepas daripada pegangan ahli sihir laut.Pupu pun memancutkan dakwat hitamnya untuk menghalang pengelihatan ahli sihir laut. Lala dan Yaya pula mengambil kesempatan itu dengan menggigit kaki ahli sihir laut.
"Aduh!" jerit ahli sihir laut itu kesakitan. Tata terus mengambil mutiara ajaib itu lalu dimasukan kedalam cengkerang. Istana itu bergegar, batu batan mulai runtuh.
"Kita sudah berjaya1 mari kita tinggalkan tempat ini."jerit Dudu.
Mereka mengikut Dudu untuk meninggalkan istana itu. Ahli sihir laut itu mengejar mereka. Dia asyik mengayun-ayunkan tongkatnya. Tetapi ahli sihir laut itu sudah tidak dapat mengeluarkan kuasanya. Istana ahli sihir laut sudah runtuh. Yaya dan kawan-kawanya sempat menyelamatkan diri. Ahli sihir laut pula terperangkap didalam runtuhan istana. Kakinya cedera dan tidak dapat menyelamatkan diri.
"Tempoh masa untuk kami berada di laut dudah tamat....," Kata Lala berat hati
"Sungguh sedih untuk berpisah dengan kamu berdua," Kata Yaya sembil menangis.
"Kita boleh minta Puteri Laut tunaikan hajat kita agar dapat bertemu lagi"cadang dudu.
"Betul kata Dudu. Kita akan dapat berkawan untuk selama-lamanya. Puteri Laut pasti akan setuju," Kata Tata dan Pupu, serentak
Walaupun mereka berasa sedih, namun Tata Yaya dan Lulu perlu kembali ke daratan. Mereka menyerahkan cengkerang itu kepada Puteri Laut. Dengan itu, baginda dapat pulang ke istana dan bemrtemu dengan ahli keluarga baginda semula. Puteri Laut terharu dengan semngat Yaya dan kawan-kawannya yang bersatu padu. Baginda berjanji akan menunaikan permintaan Dudu itu.
"kamu boleh berjumpa setiap kali Pelangi muncul selepas hujan" ujar Puteri Laut
Oleh itu, apabila pelangi muncul setiap kali hujan, Yaya dan kawan kawannya akan menunggu di tepi pantai. Mereka menunggu di tepi pantai. Mereka menunggu Puteri Laut membawa mereka bertemu dengan Pupu dan Dadu di dalam laut!
****TAMAT****
haaahhhh
macam mane best tak
sekian saje citer diatas
saja nas kongsikan
buat korang semua
jumpa lagi di lan entry yerppp
love u olssss
muaahhh
sayonaraaaa