CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Rabu, 11 Julai 2018

TERJEBAK AKHIRNYA

Assalamualaikum kawan kawan semua. Hope semuanya sihat dan diberkati sentiasa. Hurmm sekarang tak boleh balik lambat dah. Sebabnya sebelum pukul 7 nas dah ada kat rumah sebabnya nak tengok cerita 'JANGAN BENCI CINTAKU'
   Alkisahnya tak layan juga cerita ni, tapi ada satu hari tu buka tv terus tak tukar chanel gi la layan cerita ni... hurmmm syok lah pulak... terus esoknya memang menunggu cerita ni..

    Cerita ni dibintangi pelakonnya yang hebat hebat. zahirah mcwilson (Heroin) ,Saharul Ridzwan (Hero )




    Berbalik pada cerita ini hero dan heroin ni dijodohkan tanpa ikatan cinta. Heroin ni pon masa tu baru je habis SPM no wonder la perngai pon kebudak budakan lagi berbeza pulak dengan hero yang dah matang dah rasa nak memiliki segalanya. Tapi siapa sangka kan dalam tiada cinta masa dikhawinkan terbit rasa sayang diantara mereka. But Heroin muda sangat dan nak sangat kejar impian dan sanggup buat apa sahaja demi impiannya. merka berdua terpisah selama 5 tahun. Lelaki ni berjanji setia dengan apa yang diperkatakan dan cuba dilakukan. Tetapi sepanajang tempoh yang terjalin tu lelaki ni sendiri yang mungkiri. hurmmm hebatnya dugaan kan.. sian pulak si Fika ni. Shah pulak dah jatuh hati dengan perempuan lain Husna namanya. 
     Yang buat Nas geram bila si Husna ni dah tahu lelaki tu ada isteri nak jugak dekat suami orang buat pe. Hishh geram betul permpuan macam ni... Hakikatnya dalam dunia realiti memang ada perempuan jenis  macam ni. jenis perempuan tak tahu malu. Dalam cerita ni si Husna ni baik sangat dengan nenek si shah ni. kebetulan nenek si shah ni memang tak suka pada Fika, alahai siannya la kat Fika. Boleh pulak lepas tu dia suruh si Shah ni ceraikan si Fika pastu nak ajak bina hidup baru. phuiii ko dahlah rampas laki orang lepas tu boleh  pulak ko bagi cadangan suruh ceraikan bini dia... haiii geram betul. 

     Panjang lagi cerita ni hope tak miss tengok cerita ni... Perasaaan geram tu aduhaii jangan nak katalah.. haaa korang korang tu yang belum pernah tengok cerita ni boleh tonton ok. kita sama-sama nantikan kesudahan cerita ni... nas harap sangat bukan si HUSNA ni pilihan shah...

salam bertemu lagi kawan-kawan....