Salam sayang kawan-kawan. moge hari ni lebih baik dari hari semalam. moga hari-hari yang mendatang dapat kite tempuhi dengan rahmat darinya. lama dah nas tak update blog kan. di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. hari ni nas kongsi kisah sedih bersama kawan-kawan semua. siapa yang memang follow blog nas pernah terbaca kisah "sayang zafri"..cerita hari ni agak panjang sedikit. sorry curi masa kawan-kawan sedikit untuk membaca. ok kalau pada sesiapa yang x pernah bace boleh klik link kat bawah
Semalam
mungkin merupakan hari yang panjang tanpa aku sendiri sempat memikirkan
sesuatu yang akan terjadi pada hari yang mendatang. Coretan panjang semalam
mana mungkin dapat diundurkan kembali. Coretan sepi hanya mengamit minda yang
kian pedih dari hari ke hari.Dia seorang insan istimewa menjadi penyeri dihati
kami sekeluarga, dia seorang insan istimewa yang Allah hadiahkan buat kami. Dia
jua Insan istimewa segalanya dia. Tiada gantinya hanya lah dia. Kini segalanya
dia. Fikiran hanya laju memikirkan dia. Makan pakai ku sendiri sudah tidak
kuhirau hanya doa yang ku panjatkan. Agar dia sihat sepenuhnya. Biar pon air
mata darah yang mengalir menderu-deru tidak pernah ku kisah. Kerna dia adalah
segalanya. Dialah segalanya bagiku. Makanan ku hidang masih sepi tanpa dijamah.
Jelingan dari ekor mata nya dapat kurasa mungkin perut itu minta di isi. Tapi
apa mungkin aku rungkai kesakitan yang kau tanggung wahai pencinta hati. Ya
Allah sungguh Berat kau uji tubuh kecil ini Ya Allah aku yang melihat sudah
tidak berdaya apa lagi pada tubuh kecil ini. Seandainya segala yang dirasainya
itu mampu kau ubah kepadaku aku sanggup laluinya. Aku rela demi dia. Saban hari
jalan ini kulalui, sebak sedih bercampur segalanya mana mungkin aku mampu
mengutip kembali senyuman yang pernah dulu
aku ukirkan. Yang pernah aku ukir bersama si dia. Hanya kenangan
kegembiraan jelas bermain dimataku.
ITU DAHULU.
Sekarang hanya Air mata yang menjadi hiasan pipiku.
Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ya Allah
sekiranya ini yang kau uji buat kami sekeluarga, aku redha permudahkanlah
segalanya Ya Allah. Berikan aku peluang melihat pelangi indah lagi. Agar aku
bisa kembali tersenyum,. Merungkai
segala kesedihan lalu. TAPI… mana mungkin hari ini berlalu dengan pantasnya.
Hari ini masih hari ini. Hari ini dia masih begitu. Sudah tidak berdaya. Pengakuan Doktor
membuatkan lutut ku lemah tak terdaya. Mahu sahaja aku menjadi insan pekak agar
aku tidak dapat mendengar pengakuan Doctor , aku mengigit bibir sendiri,,
adakah hari ini aku bermimpi atau hanya khayalan atau entahlah aku sendiri dah
tak mampu berfikir. Semakin aku berfikir semakin sesak nafasku dibuatnya.pipi
anak kecil yang masih begitu ku kucup lagi.
“ibu sayang
Zafri” hanya satu luahan mampu melihat kelopaknya matanya bergetar. Seketika tertutup kembali. Seperti biasa aku mengelap cebisan yang mula
merembes. Aku kene kuat demi dia.
“YA AKU KENA KUAT”
Mana mungkin aku tewas depan anak
kecil yang kusayangi. Roti dan makanan lain yang kubelikan semalam masih elok
dalam beg plastik dan di ikat kemas. Memang tiada sentuhan disitu. Tahulah
bahawa tubuh kecil itu masih tidak mahu menerima secebis pon makanan.peritnya
hati ku. Pedihnya jiwaku. Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menempuhi
hari ini hingga hari-hari mendatang. Katil silih berganti ada yang masuk dan
ada yang keluar. Tapi anaknda tercinta
masih disini.
“PUTUS ASA?”
Mana mungkin aku masih mahu harapan
baru datang aku mahu sinar keajaiban terjadi. Aku percaya anak ku boleh
sembuh…
“YA AKU YAKIN”
Menjadi
seorang ibu yang seperti aku bukan mudah. Kerana aku bukanlah seorang yang
berjiwa kental. Mahupon berjiwa waja. Aku seorang ibu yang tidak punyai apa
untuk diberikan untuk anak aku. Tapi aku percaya aku punyai kasih sayang yang
jitu. Aku pasti semua kaum hawa berperasaan seperti aku.
“Ada sesiapa mahu menjadi seperti aku?”
. Pasti ramai yang tidak mahu. Begitu jua aku. Aku tak mahu
jadi seperti ini, tapi Allah dah pilih aku untuk lalui ini, dan aku pasti apa
yang Allah berikan pasti ada hikmah. Biarpon aku sendiri tidak berdaya untuk lalui.
Hanya sokongan dari ahli keluarga membuatkan aku kuat untuk menanti cahaya
kegembiraan itu kembali padaku. Sungguh aku memang berharap sinar itu datang
kepadaku. Jika ada yang kata jangan berharap
aku sangkal semuanya. Sebab aku memang berharap Allah berikan aku
peluang itu.
Perjalanan
yang aku lalui seakan kosong. Aku tak hirau pada dunia luar. Yang aku tahu aku
mahu putera sulung ku sembuh, menjalani hari-hari seperti biasa macam budak
lain jua. Berlari-lari bermain memanggil
“ibu ayah”
" pa dia ... pa dia" itulah ayat yang selalu dicakapakan segala percakapan gelak tawa terngiang ngiang ditelingaku
" pa dia ... pa dia" itulah ayat yang selalu dicakapakan segala percakapan gelak tawa terngiang ngiang ditelingaku
“Sungguh aku
rindukan saat itu, rindukan saat-saat manis bersamanya. Aku dan dia kejar
mengejar bergelak ketawa, semuanya di kongsi bersama. Namun tidak lagi dihari
ini
Sedih aku melihat tubuh kecil itu
masih berbaring di katil. Aku lihat
sudah ada cebisan roti tahulah aku bahawa anak ku dah berselera untuk makan.
Alhamdulillah. Nampak sahaja aku disitu putera ku bangun. Laju saja air mata ku
menubir. Gembira Ya Allah … aku tak dapat gambarkan perasaan aku. Sejak dari
Kuantan putera ku tak nak makan. Apa lagi susu. Bila Kuantan transfer ke HKL
lagilah aku bertambah gusar. Namun pagi ini Allah hadiah sesuatu buat aku.
Tersenyum aku lihat tubah kecil itu mencubit roti dan disuakan kemulut. Tapi
susu dia tak mahu minum
“tak pelah nak.. janji kamu makan”
desis aku didalam hati.
Tapi Allah beri aku sekejap sahaja
senyuman tu.. keesokan harinya putera ku dikejarkan ke ICU. Kali ini Docktor
memanggil aku dan suami. Apa lagi yang mahu diberitahu kali ini. Mampukah aku
menerima apa sahaja yang bakal diberitahu.
“apa sahaja
yang berlaku kita redha. Dah tiada ubat yang dapat menyembuhkan anak Puan.
AKU…. Terdiam lama hanya air mata yang dibiarkan mengalir laju bagaikan air
terjun. Apakah ini realiti nya. Bila doktor memberitahu putera ku hanya boleh
hidup sekitar 2 bulan paling lama dan paling cepat 2 minggu. Hakikat apakah ini
sedangkan aku mahu mengukir kenangan yang panjang dengannya. Belum puas lagi
aku bermain bersama, melihat dia membesar bersama. Segalanya ingin aku
lakarkan.
Sebaik
sahaja keluar dari bilik doktor aku tak terdaya untuk berkata apa. Melihat
tubuh kecil itu hanya bergantung pada alat pernafasan untuk bernafas. Perit nya
aku rasakan. Dapat aku rasakan apa yang ditanggung nya pada ketika itu. Sel-sel
sudah merebak dan menutup salur darah ke kepala. Ya Allah hebat benar dugaan
yang kau beri adakah ini kenyataan yang perlu aku terima.
“Mampukah aku?”
Esok petang doktor akan mencabut alat
bantuan pernafasan anak ku. Doaku agar Zafri boleh bernafas sendiri tanpa mengunakan alat bantuan.
Hari ini
penantian yang ku tunggu datang jua. Alhamdulillah Zafri mampu bernafas sendiri
tanpa mengunakan alat bantuan pernfasan.
Aku Nampak segala gerak gerinya. Hanya Allah saja tahu betapa bersyukur aku
kali ini melihat perkembagan positif anakku. Dan hari ini boleh la anak ku
dibawa ke wad biasa. Kami diberikan wad persendirian. Bolehla pakcik makcik
kepada zafri melawat nanti. AKU? Apa yang terjadi aku redha apa jua kemungkinan
bakal berlaku. Sekali sekala aku inginkan keajaiban yang berlaku dalam hidupku.
Aku mahu kegembiraan yang dahulu bercambah semula. Itu yang aku pasti. Semakin hari semakin aku dapat rasakan dia
semakin tidak bermaya. aku yang melihat lagi sedih melihat tubuh kecil itu
berselirat dengan wayar. Setiap kali nurse atau doktor memasukan susu melaui
hidung, zafri mengelupur sekejap. Sakit. Ya memang sakit. Cuba bayangkan sesuatu
menyucuk hidung kita. Ya Allah apa dayaku untuk menghalang kudrat yang kau
beri. Tubuh kecil itu sudah tidak mahu apa-apa makanan mahupun susu yang
diberikan. Biarpon susu yang disalurkan melaui wayar ke hidung untuk memberi
susu. Namun susu yang diberikan tidak hadam.
Zafri hanya merengek mungkin sakit yang dirasai.
“Allahuakbar…”
apa daya untuk aku yang bergelar seorang ibu mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh anakku. aku hanya mampu mengusap kepala dan mengurut kaki untuk mengurangkan dia sakit dan merengek.sekali sekala aku memujuk zafri agar kuat, aku mahu dia sihat.
apa daya untuk aku yang bergelar seorang ibu mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh anakku. aku hanya mampu mengusap kepala dan mengurut kaki untuk mengurangkan dia sakit dan merengek.sekali sekala aku memujuk zafri agar kuat, aku mahu dia sihat.
Sejak dua menjak ini air mata seolah menjadi perhiasaaan ku
dikala ini. Tak pernah aku meminta untuk air mata yang begini. Tak pernah aku
ingin kan untuk aku meratapi semuanya. Jika takdir sudah tertulis buat kami aku
redha dan pasrah dengan ketentuan yag diberi.
Hari ini
2.00pagi aku lihat nafas zafri turun naik dengan laju. Bukan sekali tapi kerap.
Sekejap di Tarik nafas yang panjang dan dihembus. Ayat suci Allah “La ila ha ila
Allah” sering aku dengarkan di telinganya. Aku masih berharap agar ada sinar
yang bakal hadir. Aku percaya Zafri anak yang baik dan kuat. Ya Zafri boleh
sembuh. Hati aku cuba memujuk aku dikala duka. Kali ini nurse memberikan aku temputure dan
aku lihat suhu 40c. aku lihat kaki putera yang ku sayangi sudah layu.
Sekejap-sekejap dengar nafasnya. Sungguh aku tak sanggup melalui detik ini.
Detik ini la yang amat aku takuti
Seketika bahu ku ditepuk perlahan.
“Wani redha
kan dia pergi…” ucap ibuku.
Jantung aku seolah terhenti. Aku
hilang punca. Tubuh kecil dihadapanku aku tenung sedalamnya. Entah dari mana
muncul kekuatan diri ini. hanya itu yang mampu ku ucap
“Zafri ibu
halalkan air susu ibu yang mengalir ditubuh zafri… Zafri pergilah nak… zafri
jaga diri baik-baik ye kat sana.. ibu sayangkan zafri…zafri pergi ye ibu redha”
air mata ku mengiringi laju menyusur bagai air terjun. Tubuh kecil itu
menarik nafas panjang dan kelihatan air matanya mengalir sebaik aku melafaskan
semua itu.
“ALLAH
kuatkan aku YA ALLAH…”jerit aku dalam hati. Mana mungkin kasih sayang ku
padanya hanya samapai disini. Aku mengetap gigi sekuat hati. Aku perlu kuat
depan dia.
Sebaik
sahaja doctor tiba tubuh kecil itu ditarik ke bilik berasingan bersama seorang
doktor untuk memasukan ubat di tempat kimo nya dahulu. Ekoran demam yang panas
secara tiba-tiba. Aku lihat tubuh kecil itu masih menarik nafas panjang
sekejap-sekejap dihembus perlahan. Air mata yang kucuba tahan tadi gugur jua.
Selesai sahaja doctor menghantar semula
kepadaku. Kali ini nafas Zafri menjadi semakin laju. Dia menghembus nafas yang
panjang dan lama untuk dilepaskan. Aku cemas. Adakah ini yang terakhir aku dan
dia. ALLAH… ALLAH
Akhirnya apa
yang aku tidak ingin berlaku jua. Aku
teringat semula kata doctor bahawa anak ku tidak dapat diselamatkan dan salur
darah yang menghubungkan diotak sudah tersumbat. Jadi air sudah terkumpul
dikepala. Aku tersandar lutut menjadi lemah namun aku gagahi. Doktor dan nurse
sudah mengkerumuni anakku . Sedaya upaya
mereka cuba menyelamatkan zafri. Namun aku tidak sanggup melihat anak kecil itu
terseksa lagi
“sudahlah
doctor saya redha dia pergi… biarlah dia pergi dari dia terseksa sakit begini”
berderai air mata ku mengalir. Tak
sanggup lagi aku melihat tubuh kecil itu diperlaku seperti itu.
7.15am 19/12/2014
dihari jumaat yang mulia. Akhirnya putera yang amat kami sayangi pergi buat
selamanya. Aku hanya sempat meberikan kasih sayang padannya 2 tahun 2 bulan.
Allah beri aku pinjam hanya seketika.Tinggal kan ibu ayah dan adik zara. Zafri ibu sayangkan zafri. Zafri dekat sana
jaga diri elok-elok. Ibu sentiasa rindukan zafri.
Teringat
kembali semasa datang Ke KL 3 minggu lepas Zafri ada dengan ku masih kudengar
tangis renggeknya. Aku pangku dia dengan erat. Aku belek-belek kepalanya yang
botak. HARI INI aku pulang semula ke Kampung dengan Zafri jua. NAMUN hanya
jenazahnya yang tidak bernyawa lagi.
“ALLAHUAKBAR
YA ALLAH” air mata yang mengalir tak mampu ku sekat. Benarkah ini benarkah apa
yang berlaku hari ini. Aku seolah tidak percaya. Aku rasa seperti aku baru
sahaja melahirkanya. Meriba dan
memberikan susu padanya. Hari ini aku diduga dengan dugaan yang amat hebat. Dari HKL hingga ke PAHANG aku meriba jenazah
anak ku sendiri. Diringi suamiku yang sudah terdiam seribu Bahasa. Kegembiraan
kami ditarik bersama kenangan dia.
Suasana
perjalanan ku ke kampong dengan 4 buah kereta iaitu adik beradik ku mengiringi
jenzah untuk ke kampong. Cuaca syukur redup. Sampai sahaja di kampong semua
sudah menanti. Tiba sahaja suami ku mengusung jenazah untuk dibawa kerumah
hujan rintik halus mengiringi. Sehingga selesai jenazah dikebumikan. Aku masih
mengumpul kekuatan untuk melalui hari yang mendatang.
Terima Kasih
kepada PUAN MAHAWA PILUS & USTAZAH SITI KHADIJAH yang banyak membantu
keluarga kami. Terima kasih kepada orang awam yang sudi mendoakan dan
membacakan Yassin buat anak kami. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan
anak kami… Terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak dikenali mendoakan anak
kami. Terima kasih ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan pada
wani. Hanya Allah dapat membalas semuanya.
Terima kasih
YA ALLAH memberikan aku MUHAMMAD ZAMIR ZAFRI biarpon sektika. Diberikan
pinjaman buat seketika namun aku rasa terlalu banyak kenangan dengannya.
Terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku padam kan. Akhirnya Pergi jua putera
ku buat selamanya. Biarpon hanya 2 tahun 2 bulan sahaja dapat aku mencurahkan
kasih sayangku. Damailah wahai putera syurga ku disana. Jaga dirimu baik-baik ibu
sentiasa merinduimu. Ibu redha kamu pergi daripada ibu melihat kamu terseksa.
Hari ini dan mungkin hari yang mendatang tak akan pernah ibu melupakan kamu.
kerana kamu adalah kenangan yang paling terindah Allah hadiahkan buat ibu. Ibu
sentiasa doakan Putera ibu baik-baik disana.
Segala coretan rasa Ini adalah coretan
rasa dari ibu kepada Arwah Muhammad Zamir Zafri. Sebenarnya kami sekeluarga
amat terkesan pemergian anak buah yang kami sayangi. Kami sendiri rasa seperti
mimpi. Rasa seperti baru sahaja kami melihat gelak tawanya. Namun kini tiada
lagi. Siapa la kami untuk menolak Qada & Qadar Allah. Sesungguhnya Allah
maha mengetahui segala ketentuan yang diberi.
Minta
kawan-kawan semua doakan anak buah nas semoga
Arwah Muhammad Zamir Zafri
Tenang disana.
Al-Fatehah