salam kasih sayang buat semua kawan2 blogger nas. ok memandangkan dah lama sangat nas tak hapdate blog, maka banyaklah yang kisah-kisah lepas yang tak sempat nas kongsikan. jadi hari ni nas nak share sesuatu kat korang moga menjadi teladan sesama kita ok
ok cite dia begini. hari sabtu tu nas dapat panggilan dari sebuah bank iaitu RHB BANK. dan pegawai yang call Nas bernama En Farid. ok kat sini nas ceritkan bagaimana perbualan kami terjadi
Pegawai Bank: Hello selamat pagi, boleh saya bercakap dengan PN ______?
Aku : Ya saya, ni siapa (mcm biasalahkan kalo dapat panggilan opkos nas NAK tau DARI sape kan)
Pegawai Bank : Saya En Farid dari RHB BANK, pihak kami nak maklum pn ade tunggakan dengan kami
Aku : Tunggkan ( agak terkejut muke aku macam nampak hantu )
perbualan kami mase tu memang serius. aku pon rase macam cuak jugak la. tetiba lak ade pihak bank call aku Hari Sabtu pulak tu.
Pegawai Bank : ye puan. puan ade tunggakan dan perlu bayar segera.
Aku : Betol ke atas nama saya tu?
Pegawai Bank : Ya puan (masa tu bersungguh-sungguh dia sebut nama aku )
Aku : berapa banyak saya tertunggak ye En Farid?
Pegawai Bank : sekejap ye saya cek. dalam anggaran Rm 7000.
Aku : RM 7000. banyak tu.
Pegawai Bank : Puan kene bayar segera dengan pihak bank untuk mengelak dari pemotongan akaun puan
Aku: ok. potonglah. (ringkas je aku jawab) sambil tu aku lipat baju anak aku.
Pegawai Bank: Puan jangan macam ni, kalau puan tak beri kerjasama kita akan ambil tindakan undang-undang
Aku: Ok fine. Kita jumpa kat Mahkamah ye En Farid
Pegawai Bank : Eh kau Ni Bangsat, dah pakai tak nak bayar
Aku : Eh kenapa En Farid ni tetiba nak maki hamun saya, En Farid la yang BANGSAT. dengan kaum sendiri pon ko nak naye. aku ni hah bukak Akaun RHB pon tak pernah, tetiba lak aku ade terunggak sampai beribu riban. tak pelah En Farid talian kita ni saya dah sambungkan terus ke Lawyer saya. so tunggu jelah awak takan terlepas
Pegawai Bank : Cilake. (terus matikan talefon)
korang rase ape?
bengong betol pepagi hari nak kenekan aku. yang pelik tu sesuke hati lak dia guna nama RHB BANK. kot2 la kan ade pegawai yang bernama sekian. tak ke naye jugak pada pegawai berkenaan. dan yang paling penting tu. nas tak pernah lagi bukak akuan dengan RHB BANK. dan nas ni bukan la pengguna kad kredit. tetiba lak sampai tertangguh 7000. apa la banyak beno yang nas joli sampai segitu banyaknya. aduhaiiii. pastu nak maki maki aku. nasib bukan kat depan aku, kalau kat depan aku memang aku dah kaki kan je. sakit lak hati kita. sesuke je nak tipu kita. macam ini olang pon ada ka aiyakkk...
Moral Of the Story: jangan cepat percaya orang call nak tanya pasal bank. kalau nak lebih telus tu hah pi sendiri kaunter pi tanya mana yang tak puas hati. face to face.
ok pada kawan-kawan yang suke nak tengok postcard yang cantik-cantik boleh la singgah disini ye...
sambil tu boleh la kita eratkan silaturahim.