CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Rabu, 19 Februari 2014

Mari Berkorean semula


Salam semua, dan selamat malam...
huhhhh lama dah tak sambung minat berkorean semula... 
dedulu bukan kemain lagi dok sokmo tgok citer korea jer... 
sampai husband pon bebel2 cz nak tgok citer dia kikikiki....
sampai list record penuh 
citer korean

ok memandangkan dah ade citer best iaitu 
UGLY ALERT..
 apa lagi jom la kita tonton hihi... dak kecik ni pon joint la mama dia...

sambil2 tu leh makan cekedish hhahaha

bubyeee pepss...

good nite,,,,
















Bukan Di Kanvas...





Salam dan selamat petang buat kawan-kawan seperjuangan di Alam blogger mahupun pembaca sekali lalu.. . Sedia kita maklum kadang-kadang ade mase kite tershare sedikit apa yang kita rasa dan apa yang kita rasa memang sesuai untuk di share. sharing is carring kan...

Korang perasan tak sejak dua menjak banyak beno kisah cikgu kena saman la. Cikgu kene ugut la. Cikgu bla bla bla Dan banyak lagi.. bahkan bukan itu ada pulak di sebaliknya...

Just pendapat jelah kan. Sebelum tu nas mintak maaf kalau rasa terbiadap ker apa.. just nak share apa yang nas rasa tu jer.. sape yang makan cili dia terasa pedasnya. Cz nas dah bagitau nas tak mention kat sapa2. Just peringatan bagi diri sendiri juga. Macam nas pon ada anak yang semakin membesar. Kalau boleh nak la anak kita di didik dengan etika dan cara yang mulia dan berdedikasi. Dan kne ingat jugalah nak mencorakan warna di kain putih anak kita ni. Tak boleh la kita letak 100% menyerahkan bulat2 pada cikgu kat sekolah. Kita sebagai ibu bapa kene lebih memainkan peranannya. Sama-sama kita mencorakan agar warna-warna yang terzahir nanti Nampak lebih menarik dan ceria.kene ingat yer kawan-kawan yang di kasihi




        Dan adakalnya kita terdengar tentang guru yang buat hal pada anak murid dia. Contoh membuli  memukul sesuka hati hingga mendatangkan kecederaan. tulah hanya nila setitik rosa susu sebelanga.  Habis semua guru terbabit. Yang tak bersalah pon menjadi sangkut paut. Ok lah macam ni senang cerita kita tak payah nak menunding jari pada sesiapa... cuba monitor balik pada diri kita sendiri. Kalau kita saling salah menyalahkan tak kemana pon kan. kita dok la tunding kat orang .. tanpa kita sedar 4 jari kita sendiri dok tunding kita... Kewajaran untuk mendenda murid pon sudah tiada dalam istilah kamus persekolahan masa kini. Jika berbuat kesalahan hanya di pandang enteng.






Korang perasan  tak dalam dunia persekolahan sekarang banyak betul etika nak membentuk pelajar di larang untuk digunakan. So korang rasa nak membentuk macam mana yer sekiranya nak menegur itu ini tak boleh. That y la kita tengok banyak sangat budak2 sekolah kuang ajaq, tingkah laku tak senonoh, kang jentik sikit tau-tau esoknya dapat surat cinta masuk TV cakap cikgu tumbuk padahal cikgu jentik tangan jer… alahai ZAMAN SEKARANG. Jika dahulu aku ni  terserempak dengan cikgu jer  tak kira kat sekolah or luo sekolah cepat aku tunduk kepala tanda hormat sambil cakap salam or slmt pg kat cikgu tu
But now Zaman sekrang jangan kan salam lalu sebelah pon tak pandang wahhhh begitu besar kuasa VETO diaorang bahkan kalau cikgu tu preggy dok memboyot bawak perut lalu dikalangan pelajar dok berlari-lari  cikgu jugaklah kne tolak ansur ke tepi bagi laluan kat murid yang dok berlari-lari kang tak masal dirempuh pulak. Sabo je lah… cakap lebih-lebih kang ade pulak yang dok ngomel asik buat anak jer… laaa kan rezeki... dah Allah nak bagi rezeki kan. syukur...
        Zaman sekrarang dan dahulu, adalah zaman yang jauh beno perbezaannya. Biarpun dahulu kecangihan teknologi belum terserlah seperti sekarang sekurangnya murid dahulu amat menghormati gurunya, malahan sangat tertib dan patuh segala displin yang dikenakan. Bahkan bukan itu sahaja masa zaman persekolahan saya.  Setiap tahun di awal persekolahan sehinggalah kat sek menegah Siap mak saya bagitau kat cikgu..
        “cikgu rotanlah anak saya ni… rotan dia bio dia jadi pandai asal jangan patah riuk”
See..?
Jadi aku lau kne rotan memang tak lah aku cakap kat mak aku.
Kalau aku cakap sah2 aku kne rotan balik ngan mak aku… dan sememangnya aku sedar itu salah aku.
        Mak aku cakap kalau cikgu rotan tu mesti ko ada wat salah. Kalau tak tak kanlah cikgu nak rotan saja-saja ingat rotan ni HOBI ke?. Pastu apa lagi kne rotan pulak la kat umah. PADAN MUKA AKU. Kira ok la dirotan cikgu kat sekolah. Mak aku pakai libas jer dengan getah paip berbirat jugak la…hahaha bila duk ingat balik dengan adik badik mengekek kitaorang di buatnya. Nas ni boleh tahan jugaklah nakalnya. Tapi bila dalam kelas so PENDIAM. Hihihi laaa ni tak rajin dah aku nak diam. Pot pet pot pet sesangat.hahaha.
        Dulu kalau tak buat keje sekolah..kadang-kadang dok ralat main sampai terlupe cikgu ada bagi homework.. tulah asyik main jer aku ingat.. pepagi tu baru teringat mula la aku takot nak gi sekolah. Takot cikgu marah sebab tak buat keje sekolah. Nak tak nak tadah jerlah tangan cz tak buat keje sekolah. Dan aku sedar itu semua salah aku.. bila dah masuk kealam pekerjaan berani la ko tak buat kerja yang diberi oleh bos... kang tak masal dapat surat cinta dari bos... tau-tau kene cari keje lain huhuhu

        Zaman sekrang kalau tak buat keje sekolah bukan main lagi HEAVEN .. yelah cikgu tak leh nk marah apa tah lagi rotan malah jentik pon dilarang. So buat apa lah yang ko suke budak. Kang lebih-lebih dapat lak surat cinta.
        Alahai parents zaman skrang bukak mata anda luas2.. (tak mention siapa just pedoman untuk diri ini jugak yang ada anak) jika kita biarkan sahaja benda ini berleluasa maka terjadilah Muda mudi yang lahir kurang peradaban. Yang kurang akhlaknya. Yang kurang akalnya. Yang kurang sopannya. Yang semakin bertambah angkuhnya. Percayakah kita suatu hari nanti muda mudi kita tak kan ada sikap menghormati antara satu sama lain. Bila anak dipupuk rasa kebongkakan sokmo. Sampai dewasa dia akan kekal jadi begitu. Dan mungkin lebih parah dari itu. Cuba korang bayangkan kalau peragai kita ni yang dah buruk adakah kita nak jadikan anak kita pon macam   tukan. Kalau boleh kita nak jadikan anak kita Terbaik or perfect tak gitu.. jangan la jadi “umpama  ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga..” Bukan nak menunding jari pada sesiapa sekdar mengingati antara satu sama lain.
        Maaflah kiranya apa yang saya tulis ni membuatkan ramai yang mengaum tak tentu hala. Just peringatan jer buat diri saya. Dan sesiapa yang setuju. Dan bagi yang nak komen tu elokan dahulu bahasa anda tak salah nk komen tapi bahasa perlu la beradab.  Mudah mudahan kita mampu mencorakan warna yang terbaik untuk anak kita dan anak generasi akan datang. Moga kita masih sempat melihat warna pelangi yang indah sebelum warna itu menjadi pudar kelam dan mungkin hilang. Kita mampu menjadi pelukis yang cemerlang andai lakaran yang diberikan mampu membuat semua orang tersenyum

Peace no war…




p/s: Lakaran kehidupan yang kita lakarkan tidak boleh di padam mahupun di hilangkan. jika manis lakaranya maka indahlah pemandangannnya
kisah kita bukan tertulis diatas kanvas yang boleh kita padamkan.
gunakanlah ia sebaiknya
moga Redha Allah sentisa bersama kita
"hidayah Milik Allah"