CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Isnin, 7 Oktober 2013

KIte Serupa.... KIte Serupa

todaY nas nak cerita
sesuatu
yang agak menarik dan same2 kite kongsi yer
same2 kite jadikan iktibar dan pedoman

Bagaimana seharusnya sikap kita
apabila berdepan dua pekara yang hukumnya
sama2 harus
sama2 baik
dan sama2 bermanafaat
tetapi kita hanya boleh memilih
Hanya Satu?


5 tahun leppas nas
gi jenjalan ( tpt dirahsiakan)
ok fine nak dijadikan cerita
berhenti la kat satu trafic light ni.
then ternampak satu makcik naik motor
dia bonceng 2 orang budak
dua2 duduk belakang
kat depan ni faham2lah
barang2
maybe makcik ni baru balik shopping barang dapo.
aku pon teringat la mak ngan abah 
dedulu camni la
tapi sekrang Alhamdulillah
bile tgok makcik tu sayu jer muke dia 
series nas kesian kat dia,
lepas dari trafic light
makcik tu terus kan perjalanan
aku ke kiri dia kekanan.
berpisah lah kami diantar benua


aku ape lagi teruskan perjalanan
sempat lagi shopping baju
tarik sane tarik sini
tapi tak beli gak
main tarik2 jer
last2 balik dengan tangan kosong

ok moh la kite balik
tapi sebelum balik nak pekene phasambor pon sedap gak kan
soh pi la sane.
ok mase jalan ni ade 3 laluan
dan satu lagi perjalnan motor
aku lak bukan nak ke jalan ni nak ke jalan lain
memandangkan kereta yang banyak 
kami tak jadi nak ke sana parking keta  tepi
then makan KFC jer
aku nampak lagi makcik tu
kali ni aku tgok
anak dia tgah makan aiskrim atas motor
sebatang tapi kongsi berdua
tetiba ade sebiji kete ni ya Allah berdesup laju
pulak tu gune perjalanan motor
aku yang dok perhati mak cik tadi
terkejut
mengucap panjang aku
MAKCIK TU terjatuh
then kete yang laju berdesup tadi berhenti
mengeletar aku
aku tengok makcik tu cepat bangun 
ambil anak2 dia yang jatuh jugak kne hempap motor
sorang lagi dah menangis kat tepi jalan
melompat sambil nangis cz takot.
tetiba datang sorang pompuan ni
 pertengahan usia macam tulah
tetiba menunding jari kat makcik tu
apa ayat dia aku tak berapa nak pasti
mungkin dia nak cakap salah makcik tu
aku yang dari jauh ni
geram tengok apa taknya
tunding2 jari kat makcik tu
aku ngan kawan aku jadi saksi
bukan tu jer kami siap rakam makcik tu
aku lah kununnya nak wat koleksi
sweet moment
tengok aksi 2 beradik tu
tetiba jadi lain
ade hikmah jugalah rakaman tu
sekurangnya dapat tahu siap yang salah
kebetulan my frends ni Polis JPJ lgi tu
bezanya kawan nas ni cuti mase tu
BUT dengan Video ni
ade bukti untuk saman dia kan
kami pon pergi sane
memang betol jangaan aku
makcik ni takada ruang lansung nak diberi pengadilan
makin dibidas teruk adalah 
Pompuan yang tadi dok tunding2
cakap kat makcik tu sape nak bayar kete dia dah calar
aku lagi la geram
ikut hati nak jer penampor
seb bek kawan aku ade
aku pon cakap lah kat pompuan yang eksen tu
puan yang salah cz ni kan perjalan untuk motor
pas tu aku pulak kene balik
adoyaiiiii
last2 aku senyap kawan aku yang settel kan
aku dah ketepi tolong makcik tu
tengok siku dia luke sebab jatuh 
anak dia yang lompat takot tu masih dipeluk oleh makcik tu
sian aku tengok
Aku tengok pompuan tu tgh talefon sape tah
aku tak pasti mb settel kan pasal kete dia tu
aku tengok tak la teruk mane pon jika nak dibangdingkan
dengan makcik 2 ank tu
dia tak luke apa pon
just kereta dia ade scrtch sikit jer
motor makcik tu side mirror dua2 pecah dengan lampu
aku tak pasti apa yang kawan aku cakap kat pompuan tu
lagi kurang ajar
bile pompuan tu berlalu tanpa mintak maaf kat makcik tu
siyesss kerek gile
dia ingat dia sorang jer kot yang mampu pakai
HONDA ACORD
alahai baru pakai Honda dah macam tu
agaknya lau pakai MERC Benz
langgar orang terus lari kot
gerammmmnya

sempat lah gak aku berbual ngan makcik ni
rupenya bebudak tu bukan anak dia tapi cucu dia
budak2 ni yatim piatu
sedih kan
aku
sempat tengok kat bakul makcik tu
telur pecah
 sardin dah kemek tin nya mb disebabkan jatuh tadi
buah limau habis bergelimpangan aku tengok 
kat bakul ade berapa biji jer
yang lain dah penyek...
kebetulan aku ade jugak lah
rezeki jadi aku beri kat makcik ni
aku rase makcik ni lagi memerlukan

itulah manusia
bile kite berada diatas
nak memandang ke bawah pon dah rase jijik
tak payah lah nak bangga sangat dengan  kereta besar
tak payah nak riak dengan kekayaan yang Allah
bagi pinjam sementara

mungkin kite lupa WALAU dia ade kereta besar 
dia kene beringat
taraf kite same jer

mati nanti kite gune kereta yang same
kereta jenazah jugak
dinaiki nanti
takadalah kereta yang kau aggungkan 
yang junjung kau
beringat sikit
jangan terlampau riak
sebab Allah tu maha kaya
jika dia nak tarik sesuatu nikmat tu sekelip mata jer
so beringatlah lah yer...

bukan apa kita ni kat pentas dunia
ibarat pelakon
maka canailah kehidupan mu dengan sebaik mungkin
jika baik alunannya
maka indah la segalanya
jika buruk bunyi 
maka sonsangla segalanya

semoga kita semua same2
mempelajari sesuatu yang bermakna dan iktibar untuk
diri sendiri

sekian
salam ikhlas