click here

Take Ticket First.. Then You May Read My Blog....

KBBA

Jom Kite Kawan

Pemberita Chomel

Kisah Di Pagi Hari ITU...

Salam semua... sihat tak hari... hope sihat la yer....
nas baru jer pas makan kat kantin tadi.. tak banyak menu yang nak dipilih tapi boleh la untuk mengalas perut ye dak...

ok berbalik kisah nun diatas. Pepagi tadi dah busy sikit la.. sebab hari ni ada Permata Pintar yang dijalankan di sekolah sehinggalah hari Khamis. pastu ada minggu bersama PTS nas terlibat dalam persediaan tempat dan gambar (jadi kamereman la daku hari ni.. almaklumlah my partner dah kene jaga Permata Pintar. jadinya den la ke hulu ke hilir bawa kamera ni... Nasib la dah biasa gune DSLR ni huhuhu 

Sebelum Majlis PTS tu sempat lagi la aku godek2 breakfast yang kak ila bagi. karipap and nasi lemak. so kami makan Di Pusat Sumber (ni namenya kepimpinan tak melalui teladan) syhhhhhhh..... senyap-senyap k... selalunya budak makan or minum dalam pss aku dah jerit-jerit suh makan kat luar. nak masuk Pss bawak Botol Air pun aku tak bagi dah.... 
                           KELUAR SEKARANG
(ceh berlagak ea kau nas.. ko ingat ini PSS ko yang punya) hahhahha
ok lah rasenya macam dah merepek jer ni

       citernya gini masak nas nak makan nasi lemak kebetulan sudu plastik x ada. jadinya nas ambil lah sudu yang nas standby kat laci meja. So sebelum nak guna tu nas gilah basuh dulu kan... masa tengah syok basuh sudu ni
                                     tiba-tiba



            "tolong ... tolong... tolong" pastu nas dgr orang menangis macam orang kene rasuk
  aku diam jerlah tapi dada ni dah macam ada rase takot gak la... i ni kan penakot...
pastu jerittt pulakk
              "makkkkkkkkk arghhhhhhhh tolong... tolong"
nas pon tengok kiri kanan tak ada orang...  tapi makin kuat lak menangis nya... nak tak nak gagahkan jugaklah masuk tandas murid lelaki.. yelah manelah tau budak kene buli ke apa... tengok-tengok  pintu semua terbuka
   




                                      jeng... jeng jengg jengg

                       ada satu pintu terbuka sedikit dari pintu-pintu yang lain terbuka luas, dah sah budak kat dalam ni...
    "awak kenapa menangis ni"   (aikkk makin aku tegur makin kuat lakkk dia melalak)
   "Tolong saya cikguuuu... Saya terkencing sikit dalam seluar ni..."
  (laaaa aku ingat kenapa la rupenya terkencing dalam seluar...aduhai menjerit macam rumah terbakar jer la budak ni.. biasalah kan budak tahun satu
    "haaa tunggu sini jap" aku bagitau
  "Tolongggg sayaa tolonggggg"  makin menjadi pulak menangisnya.
  "ye la awak tunggu la sini sekejap" pujuk aku
   "tapi seluar saya basah dah terkecing sikit" teresak-esak la dia menjawab . terkebil-kebil tengok aku... Alahai siannya budak ni mungkin tak sempat nak buka seluar dah terkencing. yelah masa rehat sibuk main jer kan bila dah masuk kelas mula la sibuk nak ke tandas. hahhh sendiri mau ingatlah kan... apa pun memang kesian.

itulah kisah di pagi hari tergelak aku dibuatnya, 
Tapi bila teringat kisah pagi ni teringat balik kenangan kawan-kawan kat sek rendah dulu.  hihihi kenangan mengamit jiwa tu... rindu kat SK PENCHU... 

Rindu kat Cikgu Maria yang ajar Bahasa inggeris.  baik sangat.. bila ajar jer mesti dia pergi ke satu-satu meja awak faham x?  aku dulu kan sek kg jadi murid pon tak ramai. tak macam sek bandar satu kelas dah ramai. faham-faham jelah yer... yang aku tak boleh lupa la ni masa aku tahun 6. seorang murid wajib tulis 1 word kat board. board ni berdepan dengan tapak perhimpunan. nak tak nak kene buat jugak... mase tu aku tersalah buat ayat... hahaha buat gelak cikgu jer... pecah perut cikgu gelak hahaha... apa ayat tu (Rahsiaaaa) hihihi 

RIndu kat cikgu Salleh. Cikgu Salleh ni garang sikit.. bukan garang sikit...Sikit Ke? garang banyaklaaa. tapi sebenarnya cikgu Salleh ni sempoi habis.. cume dalam belajar jer lah garang.. sape tak siap kerje sekolah kene berdiri kat depan pastu hulur tangan. pernah la jugak kene rotan dulu cz buku tertinggal kat rumah (rumah nak belajar )hihihi padan dengan muke aku. but dah kene rotan tu tak berani nk bagtau mak kene rotan kat sekolah. kang tak masal kat rumah kene libas pulak dengan getah paip tak pun hanger... hurmmm dah sah-sah kalau kat sekolah kene rotan tu adalah yang ko buat salahkan. hahhhh tulah jawapan mak nas. lagi satu time nak masuk kelas tu memang hati dup dap dup dap.. kalau tak dapat jawap sifir yang cikgu teka jangan harapla ko nak masuk kelas dengan jayanya ok.. ko kene jawap dulu sifir yang cikgu pilih then ko jawab lau x leh jawab... rotan lah makannya. haaa padan muke sapa suh ko tak hafal sifir kan... ahahahahaha rindu giler la kenangan tu..

Rindu kat Cikgu Baharudin yang ajar B.M. cikgu ni kalau ajar memang dia akan pecah-pecahkan kami. mesti duduk berpasangan. katanya kalau duk berpasagan ni masing-masing akan tumpukan perhatian. dan kami yang berpasang-pasang ni siap diberi gelaran. (tapi tak adalah pulak yang dipasangkan tu sampai sekarang bersama. masing-masing dah ada calon sendiri)hihihi sweet moment kan... hahahaha BM pon sama kene buat satu ayat kat papan board berserta makna 


RIndu kat Ustaz Khairuddin.. ustaz ni memang best sangat..tapi satu jer aku macam tak berpa gemar. dia suke kene kan janggut dia kat pipi budak perempuan. mase tu kecik2 lagi.. huhu dan dari dia jugala aku dapat nama gelemer.. tapi aku tak sukelah name tu... kawan-kawan siap panggil-panggil nama tu... hahahha tak nak mention name tu biarlah hilang ditelan arus zamn.

Rindu kat cikgu Jailani. cikgu Jailani ajar kami Muzik dan seni. kalau time muzik cikgu pasang radio kaset kat depan. sebelum tu kene salin note lagu dulu. pastu cikgu nyanyi then nyanyi sama-same. ok lepas tu sape yang nak nyanyi kene datang depan. hihi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
yang paling best time cikgu sibukkkkkk cikgu duduk jer kat meja cikgu dan buat kerje sendir. kami boleh main nyanyi-nyanyi satu kelas. mase tu lau tak silap aku nyanyi lagu enggan fauziah latif... pastu lagu apa tah aku tak ingat la... tapi senikata dia lebih kurang macam ni


                          "Aku bukan aku.. yang kau kenali dulu, engkau bukan engkau......bla bla
                          "di hadapan kita dua insan berbeza yang kucari-cari arahmusendiri...
                            "suara senada seia sekata tiba masanya kau bercanggah jua.."

hahaaaa tulah antara yang aku ingat... sape yang tak suke kan berangan jadi penyanyi la tu konon-konon suara paling sedap n mantop... (lau masuk AF sah-sah belum nyanyi lagi dah kene halau gamaknya hahha) tapi yang paling tak leh lupe time nyanyi jer lagu ais kacang dengan angin yang banyakkk hahahha..
 nnt kite bagi kawan2 yang suke makam ABC nyanyi lagu ni yeee...

sebenarnya ramai lagi cikgu SK PENCHU yang nas rindu...,, Semua nas rindu.. rindu kat SEK tu jugak sekarang ni sek Penchu ni dah bertingkat-tingkat dah upgrade jadi lagi better. kat situlah sek pagi. kat situ jugaklah sek petang.. Apa pun memang TERBAIKKK
      Apa-apa pun 

TERIMA KASIH CIKGU
JASAMUA KU KENANG
 TAK KAN KU LUPA
SAMPAI BILA-BILA
DI SAAT MASA MENCATAS SEMUANYA
AKAN KU PUPUTKAN KENANGAN
DI LEMBARAN HIDUPKU
MANA MUNGKIN TERPADAM JASAMU
MANA MUNGKIN TERBAYAR KASIHMU
SELEMBAR KAIN PUTIH YANG KAU CORETKAN
MENJADI SIAPA AKU DI HARI INI
DEMI ANAK MURIDMU
SEGALA YANG PERIT YANG PAHIT KAU SIMPAN
DAN KAU  HULURKAN KAMI DENGAN SENYUMAN
SUNGGUH CEKAL HATIMU GURU
MOGA ALLAH MEMBALAS JASA IKHLAS MU
TERIMA KASIH GURU..
WE LOVE YOU





ok nah nyanyi lagu ni
ais kacang

Ais kacang.. Aiss....Ais Kacang
bila cuaca panas
dan Rasa dahaga
singgah di gerai Ais Kacang diminta
susu dan jaggung
kacang dan lengkung
air gula berwarna
campur semua enak rasanya
kegemaran kita semua...

  




Kunang-Kunang Syurga


Assalamualaikum 
hope kawan2 yang sudi singgah blog nas ni sihat semuanya. mesti skrang masing-masing sibuk beraya lagi kan. yelah kan raye kan sebulan. masih sempat lagi nas nak ucap selamat hari raya pada kawan-kawan semua. Maaf Zahir Dan Batin

                                   

La Tahzan Innallaha Ma'ana



Pekara yang paling dinanti oleh pasangan yang telah berkahwin pastinya adalah "Cahaya mata"  kiranya bila mendapat perkhabaran ni masing-masing mengucap syukur. tapi jangan dilupa  sepanjang 9 bulan ibu yang membawa perut ada yang menghadapi pelbagai situasi " morning sicknes" 

                           macam macam ragam ada yang mabuk teruk sehinggalah di kejarkan
                                     kehospital dan masuk air cz sering kali muntah
                          ada pulak yang tak boleh bau suami mula la loya
                                  ada juga yang tak mengalami apa-apa situasi hanya mahu makan sahaja
                       dan ada pulak yang jadi pemalas yang amat


But suami mestilah kene faham situasi isteri. si isteri tak mintak untuk mintak semua tu dan bukanlah perkara yang dibuat-buat.   tak lebih itu lagi adakalanya benda-benda pelik yang diminta. 

9 bulan perjalanan bayi di dalam perut yang di kendung bukanlah masa yang sekejap. ibu dapat merasa dia menendang macam-macam  yang dibuat ibu yang rasa kadang-kadang ibu yang sedang tidur pon boleh terjaga. tapi demi cinta suci ibu sanggup lakukan segalanya. demi untukmu anakku


            Seminggu yang lepas baru sahaja nas sms dengan kawan nas bertanyakan khabar nya. sempat lagilah aku tanya kan dah dapat nama anak belum... apa lagi aku pon sibuklah nak jugak bagi nama yang best2. yelah manalah tahu si ibu berkenan nama yang diberi. sempat jugak bertanyakan jantina pada baby yang bakal lahir nanti. si ibu ni tak tahu apa jantinanya. apa tidaknya bila scan asik kepit sahaja. huh baby malu-malu nak beritahu..


               tapi....................
sayu hati nak teruskan .. tapi bagi pihak yang menilai cuba nilaikan apa yang nas nak sampaikan,, wajar @ tak wajar 


hari jumaat lepas 8/8/2014 nas di kejutkan berita dari kawan nas.. dan beritahu adiknya dah bersalin tetapi bersalin dirumah hanya berteman kan si suami yang tidak tahu apa.

     kes sebenar kawan nas dah sakit dan dibawa ke hosiptal Sg Buloh  pada pukul 10.00 malam. dan Dr cek pesakit yang kesakitan tu pada pukul 4 pagi... dan  pukul 6 pagi disuruh pulang ke rumah. mase tu kawan nas ni dah sakit-sakit. tapi Dr suruh balik jugak... nak tak nak balik la... nak duduk mana kan mase sakit-sakit ni.
bila kat rumah masih lagi sakit.  
   apa yang nas pelik kenapa disuruh balik padahal masa tu pesakit memang dah sakit nak bersalin. tarikh due yang sebenar 9/8/  hari jumaat 6 pagi disuruh balik kerumah..
   DAN yang terjadi kawan nas terbersalin dirumah disambut oleh suami sendiri yang tidak  tahu apa-apa. si suami panic. baby keluar tapi tidak menangis. call ambulnce. ambulnace sesat sehinggakan dihantar ambulance kedua berserta dengan dr pakar. Bila dr sampai sahaja terus ambil baby. masa tu baby dah lemah sangat. keduanya dihantar ke hospital. baby di masukan ke ICU. Cz nadi baby dah lemah. bermacam-macam wayar terpasang di tubuh kecil yang tak tahu apa. si ibu (kawan nas) dah menangis. yelahkan anak yang dikandung 9 bulan kini berada di zon kritikal.  petang sabtu kawan nas dah boleh keluar but baby masih di wad icu. Masih tiada respon dari baby.  apatah lagi mahu dengar suara lantangnya menangis. si ibu masih menanti si anak buka mata dan tatap wajah mama yang masih mengusap tubuh si kecil dengan harapan anaknya dapat diselamatkan. setitis air susu pon masih tidak sampai ke tekak anak kecil itu.  baju baju yang lengkap disediakan di beg lansung tidak disentuh. segala barangannya tidak sempat di pakaikan pada tubuh si kecil. si kecil masih di letakan di tempat khas untuknya dengan wayar berselirat dari atas kepala hingga ke hujung kaki semuanya diletakan wayar, sayu hati ibu melihat. 
   petang sabtu baby masih begitu tidak memberi sebrang respon. sehinggalah Dr memberitahu Baby tidak ada harapan untuk hidup dan bila bila masa boleh pergi.  hati ibu mana tak luruh bile perkhabaran gembira di nanti hanya perkhabaran sedih yang di dapat. 
apa pun masih berharap agar keajaiban berlaku . di harap agar  bayi nya dapat melihat dunia. 
  pukul 3 pagi kawan nas beritahu kakaknya  "Long baby dah tak ada" masa tu tangisan sedih bergema di 14Syawal. sedih sangat. kita yang melihat sedih tapi apa pulak dengan si ibu yang kehilangan bayinya yang tidak sempat di peluk di dakapan, tak sempat diberi kemanjaan, tak sempat melihat si kecil membuka mata melihat mamanya yang melahirkan, tak sempat untuk semuanya. 
   sedih tak terkata tak tahu nak di ungkap bagaimana. tapi bila di fikirkan kembali kawan nas pastinya rasa lebih sedih.  anak yang dikandung 9 bulan hanya di beri 2 hari di beri pinjaman dari Allah. dan kini menuju ke syurga abadi. 

    Syurga tempat mu wahai anak kecil 
Pada kawan nas moga tabah melalui hari-hari yang mendatang.  memang hebat dugaan yang kamu tempuhi tapi sabar dan redha la permergian anakmu. 


Nur Aisha Damia binti Hisham dilahirkan dirumah dan disambut oleh bapanya sendiri. dengan berat 2.89 disahkan meninggal pada 10/8/2014 di Hospital Sg.Buloh pada Jam 3pagi. 
 Al-fatehah....