CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Jun 2017

Terjebak akhirnya

Assalamuaikum  hi  uols hope semua sihat sokmo yer. citer pasal semalm kekununnya tak gi bazar. Tapi semalam dah terjebak. Sebabnya sampai rumah kol6.30.  Mcam biasa balik-balik tu sinsing lengan gak. Masak nasi pastu Asben pon cakap takyah masak lauk beli je.. I pon on jelah. pi la bazar macam biasa tak tahu nak beli apa. cik husben kita mcam biasalah dah jumpa ikan keli berlada dia apa lagi terus terkam. Nas pulak tak tahulah nak makan apa. Last sekali Nas beli mee je dengan kuih.
   Balik tu dah kol 7. macam tak puas pulak bila tak dengar bunyi masakan dari kuali. Apalagi goreng la ayam sempat jugak buat untuk berbuka... hihihi

     Menu bento anak bujang hari ni Nasi Carrot dengan ayam goreng   :)


oklah see you next time na.. minggu depan kita jumpa lagi... kita nak balik kg dah bye bye 






Selasa, 6 Jun 2017

Alhamdulillah

Hasil carian imej untuk alhamdulillah




      Assalamualaikum, selamat pagi semua hope semua sihat sokmo. kejap je dah masuk ramadhan ke11 kan. satu preparation raya tak buat lagi. belum berkesempatan nak terjah mana-mana kedai buat masa ni. hihihi  semua hold dulu. 
        Alhamdulillah setakat ni sepanjang ramadhan ni masih boleh memasak walaupun ala kadar janji air tangan i uloss. Masih bertenaga masak juadah untuk my lil Family. Kalau ikut tu memang penat balik kerja kol5.30 sampai rumah dalam kol6.15 sampai rumah je terus sinsing lengan nak masak untuk berbuka. Alhamdulillah.
       
  Bila pagi pulak masak sahur dalam 4.30 untuk kami dan untuk bekalan bento si anak bujang. Cuti sekolah  bila hantar ke pengasuh kenalah hantar bekalan dia sekali kang kelaparan pulak anak i tu uolss...

    moga terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus memasak untuk cinta-cinta hati i kat rumah tu. Mama Nas buat setakat ni belum lagi terjebak nak ke bazar Ramdhan. Manalah tahu dia akhir-akhir ramadhan rasa kerajinan tu dah menurun boleh la tunjuk je juadah kat sana kan. Tapi sebenarnya malas nak berulang kejadian tahun lepas dimana mama Nas beli lauk untuk berbuka but lauk tu basi hurmmm memang kuciwa nasiblah mama Nas  beli murtabak jadi lauk yang beli tu buang jelah, dari tengok depan mata buat sakit hati. Tak apalah mama nas maafkan awak peniaga but tahun ni jangan buat lagi ok tak baik tau. Kan elok kalau awak masak ikhlas ramai je pelanggan yang tak sabar tunggu gerai anda dibuka. Fikir-fikirlah wahai peniaga jangan fikir nak keuntungan sahaja. 








Isnin, 5 Jun 2017

I m Back


      Assalamualaikum... kawan kawan blogger wah lama rasanya tak udara. Rindu nak menulis macam dulu-dulu. Sejak anak sekolah ni macam macam nak kena fikir. Nak ajar anak baca, nak ajar anak ngaji Hope impian nak ajar anak ngaji sampai Khatam dipermudahkan HIHI...(Alahai anak baru 4 tahun dah berangan) tak pelah tak salah memasang impian yang baik kan. Manalah tahu Allah perkenan kan doa mama Nas ni  
        
      Hope esok lusa ada lah mood nak menulis sekrang ni menulis semua ke laut.


bye uolsss
          
   



Ahad, 16 Oktober 2016

Mengarang dlm bas gini la jadinya

Salam sayang semua sahabt blogger. hope semua sihat la yer...

suasana di muar kala ni agak tenang cuma angin kuat. malam ni x dpt tengok gegar vaganza sebab duk dlm bas. balik kg. husband x dpt balik bersama sebab outstation. so balik la bersama dgn anak bujang kesayangan ku...

insyallah nanti balik lagi... sekali sekala ajak anak naik bas balik kg fuhhh exited dia tu lain macam haduhaiii anak... saje je banjer pic lama dah x banjer pic nas kan hahahha ok jumpe  lagi di lain entry nnt kita buat segement hokey...




korea again



Happy sunday semua
jom layan scarlet heart sampai lebam..
kenkunun nak stop la tgok korea ni
tapi makin lama makin best lak
scarlet heart ni padahal dh tgok
tapi x dulik nak nengok gak ulangan dia
ketahihan apakah ni
hihihihi
lagi2 ada princes man
pastu aduhaiii banyak lak cerita yang
semua nya best la
wahhh heroin dia comel2 belaka
hero dia jangan nak kate la
cair hati den nengoknya
hihihihi

selamat berkorea la kita dihujung minggu..



Rabu, 5 Oktober 2016

anak ooo anak

Salam kawan-kawan semua. Hope semuanya sihat yer... 

sejak si Anak sudah membesar dengan jayanya banyak la keperluan yang perlu difikir, makanya kehendak perlu dikurangkan.. banyaklah cabang minda ni terlakar nak itu la nak inilah macam-macam la kalo boleh nak perfect. Nas faham semua ibu bapa kat luar nak buat yang terbaik buat anak mereka. Macam tu jugaklah nas. Tahun depan ingat nak sekolah kan si anak. dan setiap kali bukak Lappy kat rumah dgn En husband kitaorang akan servey la sekolah mana yang nak dihantar. hurrmmm rasa-rasa ade tak kawan-kawan yang nak suggest sekolah pre school yang sesuai untuk anak berumur 4 tahun area Bandar Tun Razak Cheras. Kalo ada leh la share ngan kita. 
         Kisah si anak sejak dah pandai memilih ni banyak barang mama dicop atas nama dia. pantang Nas peggang buku dia pon sibuk
      Zahin: Nak Nak... bak ni bak ni... ini ahin unyala (bak sini ni zahin punya)
      Mama: ni buku mama buku adik sana tu 
      Zahin: Tak ahin unya (tak zahin punya)
aduhai anak...

     Kalau dalam kereta  ko jangan harap la nak duduk depan okeyh... nuhhh tempat kau kat belakang seat depan abah dgn anak yang punya. sila simpan kenangan terindah kau buat sementara waktu sebab anak pon dah take over tepat kau.... kalau tidak dengar la trompet dia berbunyi.
besar dah anak bujang mama ni macam sekejap je masa berlalu. rasa macam baru semalam lahirkan .... 





                                  Tetiba ada pulak yang bersuara



             bila nak bagi Zahin kawan???

         hihihihihihi


lom ada rezeki la... 
doakanlah Nas ye




ok bye jumpe lagi ye di lain hari



                                                                




     









                                                            

Jumaat, 20 Mei 2016

Just Share


Salam jumaat semua. lama dah nas tinggalkan blog nas ni. Rasa rindu nak berblogging semula. jika dulu bila balik rumah je settel rumah, masak, urus anak terus bukak lappy untuk update cerita kenkononnya sensasi. hihihi
   tapi lately rasa sangat tekanan dan bebanan kerja. fuhhhh jenuh mak nak... sampaikan nak tgok cerita korea pon kadang-kadang sempat rekod je. tunggu hujung minggu nanti baru tengok. tapi paham-paham jelah name pon hujung minggu. Husband pon sibuk la nak tengok cerita dia hurmmmm kebiasaanya nas akan tengok cerita yang nas rekod tu time husband tido. Tu tak ditambah lagi kalau anak pon sibuk nak tgok cerita chanel 613 dia... sian kat hakak kan kan kan...
    semalam nas tido nas bermimpi yang nas rasa agak pelik. Tak kira nas nak share gak kat korang. menalah tahu korang tahu apa maksud mimpi nas ni. Kata orang mimpi ni mainan tido tak payah percaya sangat. tak apa lah JUST share je k. sebenarnya dah 2 malam nas mimpi benda yang sama dan nas akan tersedar jam 2.30 pagi. 
       ok mimpi dia macam ni. Situasi dalam mimpi tu hujan renyai-renyai. Di kawasan tanah perkuburan. Nas menguruskan jenazah 5 sekeluarga nas sambut jenazah tu masuk ke liang Lahad. Tapi nas tak kenal keluarga tu. Allahuakbar dalam situasi tu rasa memang sedih suara orang menangis. dan ada lah jugak beberapa rakan yang Nas kenali. Tapi jenazah sekeluarga yang nas uruskan tu memang Nas sendiri tak kenali. Then bila Nas tersedar jam 2.30 pagi masa bangun tu memang Nas pon menangis jugak. terkebil Nas nak tido semula. Nas sedekah kan Al-Fatihah kat keluarga  yang sedia Nas tak kenali.
           Jika betul lah roh keluarga tu datang dalam mimpi Nas untuk menyuruh mendoakan mereka. Insyallah selepas ABC ni nas akan bacakan Yassin buat mereka. dan doakan mereka bersemadi dengan tenang. Amin



Image result for al-fatihah