CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Selasa, 6 Jun 2017

Alhamdulillah

Hasil carian imej untuk alhamdulillah




      Assalamualaikum, selamat pagi semua hope semua sihat sokmo. kejap je dah masuk ramadhan ke11 kan. satu preparation raya tak buat lagi. belum berkesempatan nak terjah mana-mana kedai buat masa ni. hihihi  semua hold dulu. 
        Alhamdulillah setakat ni sepanjang ramadhan ni masih boleh memasak walaupun ala kadar janji air tangan i uloss. Masih bertenaga masak juadah untuk my lil Family. Kalau ikut tu memang penat balik kerja kol5.30 sampai rumah dalam kol6.15 sampai rumah je terus sinsing lengan nak masak untuk berbuka. Alhamdulillah.
       
  Bila pagi pulak masak sahur dalam 4.30 untuk kami dan untuk bekalan bento si anak bujang. Cuti sekolah  bila hantar ke pengasuh kenalah hantar bekalan dia sekali kang kelaparan pulak anak i tu uolss...

    moga terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus memasak untuk cinta-cinta hati i kat rumah tu. Mama Nas buat setakat ni belum lagi terjebak nak ke bazar Ramdhan. Manalah tahu dia akhir-akhir ramadhan rasa kerajinan tu dah menurun boleh la tunjuk je juadah kat sana kan. Tapi sebenarnya malas nak berulang kejadian tahun lepas dimana mama Nas beli lauk untuk berbuka but lauk tu basi hurmmm memang kuciwa nasiblah mama Nas  beli murtabak jadi lauk yang beli tu buang jelah, dari tengok depan mata buat sakit hati. Tak apalah mama nas maafkan awak peniaga but tahun ni jangan buat lagi ok tak baik tau. Kan elok kalau awak masak ikhlas ramai je pelanggan yang tak sabar tunggu gerai anda dibuka. Fikir-fikirlah wahai peniaga jangan fikir nak keuntungan sahaja. 








1 ulasan:

Ainim Rashihah berkata...

Alhamdulillah...selamat berpuasa