CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Mei 2012

Kalau Ade Jodoh Tak Kemana

Salam semua
hope semua sihat yerppp
kali ni nas nak share
walaupun hakikat
title diatas sudah dimilki oleh saya
tapi nas nak juga share 
sumting kat korang 



jom2

cerita pasal jodoh
mesti korang fikir
tentang perkahwinan
tak semsetinya ok
kadang 2 jodoh kita berjumpe sahabat lama
yang dah lama terpisah
 itu pun dikire jodoh kan

kadang2 korang ade terfikir tak
bercinta bercintun 
bagai nak rak
last2 kawen pulak dengan orang lain
opsssssss
ad yang terasa ker
sorry la just
sharring nas rase 
banyak terjadi

betul lah
Jodoh tu rahsia Allah
yelah koran tak tahukan 
dengan sape korang akan
disatukan
biarpun sahabat sendiri
jiran sendiri 
dan sebagainya
cinta itu buta
kalau kita sakan bercinta
tapi perhubungan tak berakhir
ke jinjang pelamin
itu bermakna dia dan kamu
tiada jodoh
myb Allah nak berikan kita
yang terbaik
percayalah setiap kejadian 
yang allah beri 
pasti ade hikmah
dan kemanisanna tersendiri
biarpun bermula dengan kepahitan



kesimpulannya
jodoh dan pertemuan itu
Allah dah tentukan
cume kita tak tahu dengan siapa
kita digandingkan nnt
bgi gegurl:  korank akan rase
tidak serasi selagi korank belum bertemu dengan
insan yang betul2 serasi dengan tulang rusuk kamu

mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh ... untukdicintai dan untuk dilindungi dengan sepenuh jiwa raganya…

bgi boboy: carilah tulang rusukmu yang hilang 
ia ade didepan mu
biarpun kamu tak nampak....

"manusia hawa diciptakan dari rusuk Adam
bukan dari kepalanya untuk dijunjung
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas
tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup
dekat dengan lengan untuk dilindungi
dan juga dekat dengan dihatinya
untuk dicintai & disayangi"

satu pekara korang kene ingat

"jodoh itu Rahsia Allah"
~Sulit~

sekian

"sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari Allah
Yang buruk itu datangnya dari diri nas sendiri"

p/s: buat diri nas & kawan2:
"Setiap yang Allah berikan pasti ada hikmah
biarpun pahit yang kita telan
namun ianya akan berakhir dengan kemanisan
Allah itu maha adil"


sayonaaraaaaaaa


salam



Jumaat, 11 Mei 2012

Hati

Salam Ceria di petang hari
Huishhhhh hari ni terpecah rekod
Aku update blog petang hari
Perghhhhhh aku macam tak percaya jer
 ~sambil gogok-gosok mata~
 ~tampar2 sikit kat pipi~
Hhahahhahha
Yerlah betol dah petang ni
Hhahhaha

Korang macam mana
Nas tau korang semua cihat cokmo kan
& yang domam  & sakit2  tu
Jgn lupa Pi makan ubat dulu yerppp
Nas doakan korang cepat2 sembuh
& cepat gumuk macam nas hihihiihihi
      Hurmmmmm hari ni
Tpoik mengenai Hati
“hati ke hati”
Ehehehehe
Sape makan cili dia rase lah pedasnya
Sape sakit hati dengan saya sile angkat kening mcm ni ^^
Iskh222222
Sape sayang saya sile senyum lebar2 macam ni

Wahhhhhh comeynya kowank ni
Ok lah cite pasal hati ni
Nas teringat kat satu story
Nak dikatekan novel nas sendiri
Yang tak berani untuk dipublishkan tp nas
Share sikit cite ni kat kowang jugak

Enjoyyyyy


     “hanna…hanna….” Panggil seseorang perempuan lantas memeluk bahunya dari belakang. Hanna terkejut habis  segalanya yang difikirkan berhamburan lari tanpa sempat dikutip
       “kat sini rupanya anak mama…. Dari tadi mama cari…”datin sufiah membelai rambut anak gadisnya… hanna memeluk erat ibunya. Airmatanya sudah lama dibiarkan mengalir deras habis basah baju datin supiah gadis itu semakin teresak
       “syhhhh….. dah…dah… tak elok macam ni anak mama ni kan kuat orangnya” pujuk datin supiah
       “hanna ingat lagi tak dulu atuk ada bacakan buku untuk hanna masa tu hanna berumur 13 tahun…  hanna dan mama sampai hafal kata-kata dalam buku tu, hanna ingat tak” soal Datin Sufiah cube membangkitkan masa lalu. Hanna menganguk lemah. Memang betul dahulu datuk nya sering membacakan buku karya dari Dr Ayidh Bin ‘Abdulah Al-Qarani yang berjudul Don’t be sad, jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan.
       “aku akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan ‘wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tengelamlah seperti mataharimu, aku tak akan pernah menangisi kepemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung  sedetik pun untuk mengingatimu, kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi” ucap Datin Sufiah
       “wahai masa depan engkau masih dalam kegahiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah kedukaan, aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada. Kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan” sambung Hanna kala itu air mata laju menuruni kepolak matanya.
       “hanna seperti mana kita menyayangi seseorang tu kita mesti merelakan pemergiannya dan doakan kebahgiaanya…hanna tahu kenapa atuk bagi kita buku tu.. sebab atuk nak kita kuat tempuhi segala kemungkinan dan banyak lagi dugaan yang perlu kita tempuhi, Allah Pasti bersama insan yang bersabar. anak mama kan kuat…”pujuk, datin sufiah.
       “cinta bukan bermakna kita memiliki…dan kita tak boleh kalah macam tu saja…mungkin Allah nak menduga kita..mana tahu hanna akan bertemu insan yang jauh lebih baik …Allah itu maha adil nak…”pujuk, datin suafiah air matanya turut bergenang biarpun sejarah hitam itu sudah 6 bulan brlalu namun sisa-sisa kemerahan inai dijari sipemakai masih tamapk kelihatan. namun ianya hanya hiasan menyakitkan jiwa. Hanna cepat menyeka air matanya, benar kata mamanya tak semua yang kita ingini akan menjadi Sesuatu yang betul-betul kita ingini, dan tak semestinya cinta itu kita memiliki. Biarpun cintanya sekukuh mana pun andai sudah tertulis dalam suratan azali kita bukan ditadirkan untuk dirinya, maka ia akan menjadi sesuatu yang menyakitkan namun ia bukan bererti tuhan mahu kita memusuhi, ianya lebih kepada saling menyayangi diantara satu sama lain

ok
cite kat atas ni tak tamat lagi 
ini adalah sebahagian dari episod tengah
korang rase ok tak novel nas ni
best tak
or kene campak kat longkang jerpppp
sebenarnya banyak
tapi tak cofident nak publish

"sesungguhnya yang baik itu datang nya dari Allah
Yang buruk itu tu datangnya dari diri nas sendiri"

P/s: buat nas dan kawan2
teruskan apa yang anda nak buat, jgn pedulikan apa orang lain nak kate
yang penting kita tahu apa yang kita buat dan membawa kepuasan kepada diri kita


byyeeeeee


sayonara

salam



Khamis, 10 Mei 2012

Terima Kasih

Salam Semua
salam ceria juga
lame dah nas taj update blog ni
rase rindu pulak
yang teramat2
bukan apa2 sejak dua menjak ni 
asyik sibuk jer
assignment yang berlambak tu pun
baru dua daku siap kan
dari 4 yang diberi
harap2 daku dapat siapkan
yelah bukan mudah 
nak kejar satu benda dalam satu mase kan
yang perlu untuk semua ni
"kesungguhan"
"kegigihan"
"kesabaran"
"kecekalan"

bergelar seorang isteri 
bergelar seorang student
bergelar seorang pekerja
bergelar seorang businesswoman

memerlukan komitmen 
yang tinggi
namun syukur Alhamdulillah
saya dapat tempuhi dengan jayanya
"fighing nas"

Alhamdulillah
hihihihihihi
macam takcaya jer
tahun depan aku nak konvo
yeppppppiiiiiii

terima kasih Ya Allah kau permudahkan
urusan perjalan hidupku
alhamdulillah

ade pulak yang bertanya begini pada Nas
" nas bila kau nak ada anak"
dengan senyum nas jawab

"belum ada rezeki lagi Doakanlah Nas yerppp"

Ade pulak yang mintak petua
halamak aku ni tak banyak petua pon
dalam erti kata aku tak 
amalkan petua pon
macam orang nak cantik tu
"nas apa petua kau pakai makin berseri"
heheheheh terima kasih
tu puji ikhlas ker ?
puji nak kata aku gemukss
nak wat camner kan
suami bagi cukup makan
maka tergemuk lah daku hahahha
Terima Kasih Suamiku

"Oh nak tau petua ea
nas pakai krim olay
dari zaman sekolah lagi
dah pakai menda ni
setakat nu alhamdulillah
ok jer


bedak nas tak tentu kadang2





janji ade bedak daku nak tepek
tapi yang kebiasaanya Pureen baby ni
cz aku suke bau die 
sedap


Pencuci muka aku pakai olay jugak

Scrub seminggu sekali daku pakai


lipstik pakai yang ni jer

pas tu dress up
nas suke yang simple
jer but setiap benda yang nas buat
kene baca bismillah
da selawat ke atas nabi
tulah petua dari mak Nas
yang nas kekalkan sampai sekarang
kalau nas nak kuar nas biasakan bace
ayat Kursi tu Arwah tok nas yang suh
suh bile dari kecik dah biasa
so dah mejadi kebiasaan
sampaikan kalau nas dah keluar dari muka pintu
nas lupa baca nas akan masuk balik
kih kih kih

apa pun terima Kasih
Pada Allah
sebab menciptakan daku
sebaik2 kejadian
syukur Alhamdulillah

Terima Kasih
jugak pada Mak dan abah 
yang menjaga ku dari kecil
dengan didikan 
yang sehingga kini ku amalkan
alhamdulillah
Muahhhhh

Terima Kasih jugak 
pada suami ku
kerana menjaga daku sepanjang tenpoh 
perhubungan suci ni
sehingga aku
menjadi seperti hari ni
GEmukssss
halamak 
Abng jom diet same2
dah takot dengan mr penimbang
macam tak dapat terima kenyataan


Terima kasih jugak pada kawan2
yang mengenali diri ini
hihihihihi

ok lah setakat ni saja
dapat daku coretkan
rase2 nya
daku pon dah tak tau nak contiang apa kat sini lagi
sebenarnya banyak yang daku nak story
tapi daku bekukan dahulu
hihihi
kenapa?
saje nak wat blog tebal2 macam buku boleh 
hahahhha


"sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
Yang buruk tu dari diri Nas sendiri"

P/S: buat kawan-kawan & juga diri sendiri

"belajarlah menjadi diri sendiri kelak kau akan mengerti betapa indah  apa yang Allah berikan. Sesungguhnya kita tak mengetahui apa kelebihan kita yang Allah beri, Tapi kita akan merasai sendiri kenikmatan itu"
Peace NO War




bubyeeee

sayonara

~Fighting Nas~













Selasa, 24 April 2012

Berubah Untuk Kebaikan?

Salam semua
hope semua sihat
dengan jayanya
eheheheheh
macam iklan nak naikan berat badan pula yerppp

Cube lihat tittle kat atas tu...
hihihihi
korang rase apa yang nas fikir
betul ker
kalau kita nak berjaya kita kene berubah?
bile fikir fikir dan fikir
yang melampau2 sampai
dibawa ke alam mimpi
nas sedar sendiri
kalau nas tak berubah macam mana 
nas nak berjayakan
tak kan nak duduk bawah tempurung jer kan.....
yer.. aku mesti berubah
tak ada sapa yang boleh merubahkan sesuatu
kalau tak kita yang berubah
bangkit untuk sesuatu kebaikan

Mesti korang tertanya2 kan apa dia
Bagi nas
buat masa sekarang biarlah
menjadi rahsia buat diri nas dahulu
seandainya nas berjaya nanti
nas akan kongsi kat korang semua

P/S buat nas untuk korang semua:
"kalau kita nak berjaya kita kene ubah presepsi diri kita dahulu, dan kita tak akan berjaya  jika kita hanya duduk untuk melihat dari apa yang orang kerjakan"
berubahlah untuk kebaikan

"sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu dari diri nas sendiri"

salam
 

Khamis, 19 April 2012

Kepimpinan Melalui Teladan

Morning friends
hope semua sihat yer
tak mo 
nak meleret sangat ari ni

just look the the title
what i said?

hurmmmmm
majikan @ ketua
dan sebagainya

kadang2 apa yang kita buat tu
tak betul di pandangan mata diaorang
but... diaorang 
perasan tak apa yang kita buat
tak dibuat oleh dia.
dan kita mengikut prosedur kerja yang ditetapkan
bukan main suke2 je
nak tepek keje yang bukan2
lain kali
nak cakap tu cer tengok pekeliling dulu
ni tak main terjah saje
nasib dengan aku 
kalau dengan orang atasan tadi
aku tak tau lah apa nasib dia
kat sini pon ramai 
tak suke dengan kepimpinan dia
kepimpinan yang tak boleh di buat teladan.



hishhhhh sangat geram....
kalau ade kerja dia nak bagi
huiiiii bukan main lagi senyum samapai ketelinga
siap cakap bersayang2 lagi
bila tak ada kerja nak bagi
senyum pon payah
ingat aku heran sangat dengan senyum dia tu
tak rugi la weiiii
kalo macam ni lah perangai ko sebagai ketua
memang susahlah ko nanti
sebut name ko jer
semua orang dah benci
termasuklah aku ni

kalo ko dah tak harap aku 
wat kerja ni
apa kata ko wat 
kan ko terror kan
ko rase sikit macam mane dengan kerja aku ni
aku pon tak harap sangatlah
nak duk kat sini
dah ko yang transfer aku kat sini 
nak tak nak aku duklah sini.
aku taklah dianggap 
"ingkar perintah"
macam ko dapat dari pihak atasan
hahahahahahha

takpelah pengajian aku pon dah nak tamat
tak lama lagi aku sayonara
or ko yang sayonara


but ko kene ingat
allah tu maha adil
sekejap ko kat atas
but satu mase nanti ko akan ke bawah jugak
kita ni manusia biasa jer
sehebat mane pon ko
ko asal diperbuat dari tanah jugak
ingat tu.......
 mungkin dunia kita tak same
but akhirat sane pasti same kan


kalau kepimpinan kita ni baik 
maka akan di sanjung baik 
dan di ingati
kalau kepimpinan kita ni
sebaliknya
orang nak ingat pon seriau
hahahhaha


sorry kalauu ade yang terasa
tak mention kat sape2
kalau terasa tu nasiblah
hihihi



"sesungguhnya yang baik itu datang-nya dari Allah
yang buruk itu datang dari diri nas sendiri"


salam berjumpe lagi 
di lain entri 

Rabu, 18 April 2012

Lempeng Gergasi

Salam Semua
Nas harp kowank cemua
sihat2 sokmo
and hepi2 sokmo jugak...

macam biasalah
idea tu memang panjang berjela
tapi ade some gambo
yang tak di upload lagi
jadinya nas simpan dulu

hari ni nas nak cerita kan dekat korang
tentang citer ni
"Lempeng Gergasi"
apamacam teruja tak dengar
hahhhhhh
korang ade ker
"lempeng gergasi
tak ada kan jadi jom kite 
terjah stories ni
layannnn Zasssssssssss

Lempeng Gergasi
 nas pun tak pasti sape yang karang
cz tiada nama penulis
just tulis siri jer
siri dari 
siri cerita dongeng ternama



Suatu masa dahulu, ada seorang ibu mempunyai tujuh orang anak. Suatu hari dia memasak lempeng gergasi enak untuk mereka. Baunya sungguh menyelerakan! Anak-anaknya yang kelapran tidak sabar lagi menunggu lempeng itu dimasak.
"oh ibu yang disayangi!" kata seorang anak.
"berilah kepadaku sedikit lempeng itu. Aku sangat lapar.
"Oh, ibu yang disayangi dan di kasihi'" Kata anak kedua dan setiap orang anak memuji ibu melebihi berbanding yang lain sehingga ketujuh-tujuhnya merayu untuk merasa sedikit lempeng.
"kamu semua mesti tunggu sebentarlagi" kata ibu
"bahagian sebelah lagi juga mesti dimasak, kemudian masaing-masing boleh makan sedikit lempeng yang enak dan manis ini."
tetapi pabila lempeng gergasi itu terdengar kata-kata itu. ia menjadi takut. Dengan sendirinya melonjak dan cuba melompat keluar dari kuali leper!
Tetapi lempeng itu terjatuh semula dengan bahagiannya yang sebelah lagi diatas. wanita itu dan anak-anaknya tidak mempercayai apa yang mereka lihat. Apabila ia garing sedikit lagi, ia sekali lagi cuba melompat keluar dari kuali leper. Kali ini ia terjatuh kelantai dan bergolek seperti roda ke luar rumah dan ke jalan raya
"Berhenti lempeng!" jerit keluarga itu.
ibu dan tujuh anaknya mengejar lempeng gergasi itu. Mereka mengejar hingga ke jalan, tetapi ia terlalu pantas. Tidak lama kemudian, ia lenyap daripada pandangan mata mereka.
Selepas lempeng itu bergolek seketika, ia bertemu seorang lelaki.
 "Selamat siang lempeng!" tegur lelaki itu
"berhentilah sebentar dan benarkan saya memakan kamu"
"hello , Encik! Selamat Tinggal" Kata lempeng itu ia tidak berhenti berbual. Kemudia Lepeng bertemu dengan ayam betina, ayam jantan, itik dan angsa. Masing-masing mahu makan lempeng itu , tetapi ia hanya bergolek melepasi mereka. Kemudian lempeng bertemu kuda.
"Selamat siang lempeng"kata kuda
"hello Sang Kuda!" kata lempeng
"tunggu dulu!" kata kuda
"marilah kita berlari bersama-sama. Tidak selamat untuk berlari keseoranggan" lempeng itu bersetuju untuk pergi bersama-sama kuda.
Selepas berlari seketika, kuda yang mempunyai muslihat itu membawa lempeng gergasi itu menuruni bukit.
Lempeng yang malang itu melambung ketika terlanggar batu. Kuda segera menangkapnya dengan gigi lalu memakannya dengan sekali telan

sekian untuk story ini


okies sekian la cerita kat atas
p/s: tak ada kene mengena dengan cerita diatas

orang yang bahagia sentiasa memikirkan semuanya positif dan percaya apa yang berlaku itu ada hikmah tersendiri yang Allah nak beri. dan setiap ujian yang diberi dianggap manis biarpun pahit untuk ditelan. dan bersyukur

Manakala orang yang tak bahagia pulak... ialah orang yang sentiasa dengki dengan kebahagiaan orang lain dan cuba untuk memburuk-burukan orang lain. sedangkan dia tak sedar yang Allah sedang memerhatinya dengan setiap dosa yang dibuat..biarpun manis baginya hanya sementara

renung-renungkanlah yerpppp    


sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT
dan yang buruk itu dari nas sendiri


salam berjumpa lagi di lain entri

daaaaaaaaaaaaaa
sayonaraaaaaaaaaaaa
salam