CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 September 2014

Buku Kesayangan

Salam Jumaat semua
moge hari ini lebih baik dari hari semalam yer. mulakan harini dengan senyuman

Hero kecik Nas dah mule buat perangai Baru. mula nak babap orang. tapi lepas dia babap dia asik nak kiss kiss orang... la ni tak habis-habis dengan buku baby dia sampai nak rabak jadinya buku tu.  sabar je la anak. kejap-kejap dia cium buku baby tu. dia belek entah apa dia cari. dia ingat tu kawan dia kot. 

Tak pon dah jadi peberet buku dia kan



reaksi dia bila nas nak snap pic dia
buku baby tu haaaa
dah rabak jadinya
aduhaiii dah berangan nak jadi abg kot kan
haahhah


See
reaksi dia bila aku suruh simpan buku tu
ni nak suruh tido pon di bawak jugak naik atas katil



Buka balik buku tu
angin je dahla dah pukul 2 pagi
tak khatam2 jugak buku tu


Ok layan jerlah kerenah anak
kang dimarah menangis lak kan
memalam buta
suke dia tengok pic baby tu gelak 
apa lagi dia pon ikut gelak
tepuk dahi aku tengok

ok baby main clup...bah...
dia naik heran kot nape pic dalam gambar tu tutup mata dia
lepas dia puas tengok nas ingat dia nak tido rupenya
dia ajak kita main nyorok nyorok..
port dia nyorok aku dah tau dah
tepi rak baju ataupun tempat simpan barang mainan dia
ok done aku BERJAYA tangkap dak hero kecik ni



tapi












































































pstttttt
rupenya tak nak tido sebab nak 
Tunai Hajat

Poo poo
ucuknya...


patot ar dia x nak tido pon
eyot akit la mama 
haduh hahaha


*** Pengalaman anak sorang*
agaknya dulu aku macam ni kot kan


ok byeee
jumpe lagi nnt yer


Khamis, 18 September 2014

Buat Perangai Dah....

Salam satu Malaysia
    holaaaaaaaaaaa pepsss,,,
hari ni berkeja dengan mood telinga berdensing (bingit Dibuatnya)
             (macam mane tu?) 
haaaa mcam ni
ade orang tengah betolkan tile cz dah rosak jadi nak tak nak kene tahan jerlah terlinga kan...
Tadah jerlah 


ok ni nak share sikit
entry sebelum sebelum ni kan nas ade story 
                             TENTANG APA
  ok senang citer korang klik jer link ni k




Bile mama dah sibuk dengan citer korean nya. maka anak pon nak berubah jadi mr Korea jugak maka inilah hasilnya..
                 


Aduhai la anak...

geram ada
nak marah pon ada
tapi bile tengok dia balik tak jadi ilang semua tu
kelakar jelah  zahin
habis bedak ko buat macam main tepung kan. siap berenang kat situ

inilah dia buah hati pengarang jantung ku
hero kecik



Selasa, 16 September 2014

semalam Punya cerita daaa

Salam haii semua
sorry la ari ni i nak update tentang cerita semalam
tak kira nak jugak cerita hihihi

lunch untuk semalam
memandangkan tiada siapa2 yang nak belikan makanan tengahari kami berdua,,, jadi nya kami telefon la SKANDAL kami untuk menghantar makanan kami



                                 siapaSKANDAL tu
hohohoho
       






                      tetiba daku ada Skandal ?


                ??????

                          ?????




?????????



                  ???????







    

                 psttttttt
meh sini nak bagitau  skandal i ni boleh tahan jugalah dia bukan setakat main kayu tiga kat aku.... tapi beribu kot



           


                                          ????
nak tau ke jap ea

Isnin, 15 September 2014

Breakfast Ni je???

Salam n Good morning pepss
time ni budak tengah bercuti kan (cuti sekolah)
so biasalah time cuti ni lau nak beli breakfast mmg tak ada la yang best2nya
aku rase tokeh tokeh nasi lemak pon bercuti nak ajak anak-anak beriadah ilangkan stress kan
        kesian kat budak-budak UPSR tahun ni
takpelah dik mb pas ni adik-adik semua boleh buat yang lebih terbaik kan. sabar yer.. setiap dugaan yang datang tu akan berserta dengan hikmah yang tersendiri.  apa-apa pun fighting

     nak dijadikan cerita pi lah cari breakfast merata tempat ( sekitar tompat koje den la)
semua kedai yang jual breakfast tutup dan yang bukak pon hanya 7Eleven
  biasalah kalau masuk 7E ni tak pandang dah menu lain.. terus ambik yang berkonan je.. lagi satu aduhai baru aku nak beli duth lady cekelet tapi di sebabkan chiler dia rosak dan ada tulisan yang kata begini


jangan buke pintu ini
chiller rosak

membuatkan mood aku spoil jer
huhu
sabor jerlah


jadinya breakfast aku hari ni hanya roti dan tanpa air

sekian...


Khamis, 11 September 2014

Jang Hana ?

Salam semua moga hari ni lebih baik dari hari semalam yer... hope semua ok n sihat-sihat sokmo. nas alhamdulillah sihat dan berkombang dgn jayanya. Zahin pula sihat dengan gembiranya. hihi

minggu lepas nas gi krusus anjuran JPWPKL. tapi nantilah yer nas story mory kat uolss... 

mesti korang tertanya tanya siapakah Jang hana   ?

                                    hihihi buat pengetahuan semua JANG HANA ni nama salah seorang pelakon




pelakin korea
la ni sok melayan citer ni lah

GOOD DAUGHTER HANA

 
citer dia best sangat
aku siap rekod lagi
 

aku ni memang suke layan citer korea.
huhuu
best kot boleh felling gitu hahaha
but korang sediakan tisu bebanyak ok.


jom layan hero n heroin dalam citer ni


 

dalam citer ni pompuan kat atas ni
menyamar jadi lelaki cz nak pertahankan apa yang dah jadi
kat mak dia...
dalam masa yang sama ada lelaki kira hero la kan
jadi kawan baik kat budak atas ni
dah jadi housemate kat laki tu
then laki tu jatuh cinta kat budak ni
tapi dia buang cepat2 apa yang dia rasa
sebab dia cakap takkanlah dia ada perasaan kat lelaki
sampai la lelaki ni bagitau kat bapak dia sendiri
(ada tak keturunan dia suke sama kaum sejenis)
aduhaiii kelakar je
nak citer lebih-lebih susah lak
korang tengoklah sendiri ea... mmg best
sedih time dia kne tumbuk... sebab diakan pompuan kan...


semua orang puji budak tengah tu
sampai cakap macam mana budak lelaki boleh jadi cantik 
hihii



 

laki kat atas ni watak dia jahat
geramm jer



oklah tak nak dah bebel banyak2 korang tengok la sendiri
baru puas hati kan''






 sekali sekala nak berselfie jap 


daaaa byeee peeppsss
jumpe lagi ye






Rabu, 10 September 2014

Terlebih Sudah

Hyeee pepsss

lame dah den menyepi kan hihihi bukan pe.. sejak dua menjak ni busy bebeno.. tak sempat nak update blog.

ehhh kita ari ni diet la hihihi

diet la sangat kan

today kita ngan member (Najmiyah) kita makan ni hahhh




tadaaaaa 2 kilo rm 5 jer hohohoho boleh makan  dengan happynya lalala

ok bye



Selasa, 12 Ogos 2014

Kisah Di Pagi Hari ITU...

Salam semua... sihat tak hari... hope sihat la yer....
nas baru jer pas makan kat kantin tadi.. tak banyak menu yang nak dipilih tapi boleh la untuk mengalas perut ye dak...

ok berbalik kisah nun diatas. Pepagi tadi dah busy sikit la.. sebab hari ni ada Permata Pintar yang dijalankan di sekolah sehinggalah hari Khamis. pastu ada minggu bersama PTS nas terlibat dalam persediaan tempat dan gambar (jadi kamereman la daku hari ni.. almaklumlah my partner dah kene jaga Permata Pintar. jadinya den la ke hulu ke hilir bawa kamera ni... Nasib la dah biasa gune DSLR ni huhuhu 

Sebelum Majlis PTS tu sempat lagi la aku godek2 breakfast yang kak ila bagi. karipap and nasi lemak. so kami makan Di Pusat Sumber (ni namenya kepimpinan tak melalui teladan) syhhhhhhh..... senyap-senyap k... selalunya budak makan or minum dalam pss aku dah jerit-jerit suh makan kat luar. nak masuk Pss bawak Botol Air pun aku tak bagi dah.... 
                           KELUAR SEKARANG
(ceh berlagak ea kau nas.. ko ingat ini PSS ko yang punya) hahhahha
ok lah rasenya macam dah merepek jer ni

       citernya gini masak nas nak makan nasi lemak kebetulan sudu plastik x ada. jadinya nas ambil lah sudu yang nas standby kat laci meja. So sebelum nak guna tu nas gilah basuh dulu kan... masa tengah syok basuh sudu ni
                                     tiba-tiba



            "tolong ... tolong... tolong" pastu nas dgr orang menangis macam orang kene rasuk
  aku diam jerlah tapi dada ni dah macam ada rase takot gak la... i ni kan penakot...
pastu jerittt pulakk
              "makkkkkkkkk arghhhhhhhh tolong... tolong"
nas pon tengok kiri kanan tak ada orang...  tapi makin kuat lak menangis nya... nak tak nak gagahkan jugaklah masuk tandas murid lelaki.. yelah manelah tau budak kene buli ke apa... tengok-tengok  pintu semua terbuka
   




                                      jeng... jeng jengg jengg

                       ada satu pintu terbuka sedikit dari pintu-pintu yang lain terbuka luas, dah sah budak kat dalam ni...
    "awak kenapa menangis ni"   (aikkk makin aku tegur makin kuat lakkk dia melalak)
   "Tolong saya cikguuuu... Saya terkencing sikit dalam seluar ni..."
  (laaaa aku ingat kenapa la rupenya terkencing dalam seluar...aduhai menjerit macam rumah terbakar jer la budak ni.. biasalah kan budak tahun satu
    "haaa tunggu sini jap" aku bagitau
  "Tolongggg sayaa tolonggggg"  makin menjadi pulak menangisnya.
  "ye la awak tunggu la sini sekejap" pujuk aku
   "tapi seluar saya basah dah terkecing sikit" teresak-esak la dia menjawab . terkebil-kebil tengok aku... Alahai siannya budak ni mungkin tak sempat nak buka seluar dah terkencing. yelah masa rehat sibuk main jer kan bila dah masuk kelas mula la sibuk nak ke tandas. hahhh sendiri mau ingatlah kan... apa pun memang kesian.

itulah kisah di pagi hari tergelak aku dibuatnya, 
Tapi bila teringat kisah pagi ni teringat balik kenangan kawan-kawan kat sek rendah dulu.  hihihi kenangan mengamit jiwa tu... rindu kat SK PENCHU... 

Rindu kat Cikgu Maria yang ajar Bahasa inggeris.  baik sangat.. bila ajar jer mesti dia pergi ke satu-satu meja awak faham x?  aku dulu kan sek kg jadi murid pon tak ramai. tak macam sek bandar satu kelas dah ramai. faham-faham jelah yer... yang aku tak boleh lupa la ni masa aku tahun 6. seorang murid wajib tulis 1 word kat board. board ni berdepan dengan tapak perhimpunan. nak tak nak kene buat jugak... mase tu aku tersalah buat ayat... hahaha buat gelak cikgu jer... pecah perut cikgu gelak hahaha... apa ayat tu (Rahsiaaaa) hihihi 

RIndu kat cikgu Salleh. Cikgu Salleh ni garang sikit.. bukan garang sikit...Sikit Ke? garang banyaklaaa. tapi sebenarnya cikgu Salleh ni sempoi habis.. cume dalam belajar jer lah garang.. sape tak siap kerje sekolah kene berdiri kat depan pastu hulur tangan. pernah la jugak kene rotan dulu cz buku tertinggal kat rumah (rumah nak belajar )hihihi padan dengan muke aku. but dah kene rotan tu tak berani nk bagtau mak kene rotan kat sekolah. kang tak masal kat rumah kene libas pulak dengan getah paip tak pun hanger... hurmmm dah sah-sah kalau kat sekolah kene rotan tu adalah yang ko buat salahkan. hahhhh tulah jawapan mak nas. lagi satu time nak masuk kelas tu memang hati dup dap dup dap.. kalau tak dapat jawap sifir yang cikgu teka jangan harapla ko nak masuk kelas dengan jayanya ok.. ko kene jawap dulu sifir yang cikgu pilih then ko jawab lau x leh jawab... rotan lah makannya. haaa padan muke sapa suh ko tak hafal sifir kan... ahahahahaha rindu giler la kenangan tu..

Rindu kat Cikgu Baharudin yang ajar B.M. cikgu ni kalau ajar memang dia akan pecah-pecahkan kami. mesti duduk berpasangan. katanya kalau duk berpasagan ni masing-masing akan tumpukan perhatian. dan kami yang berpasang-pasang ni siap diberi gelaran. (tapi tak adalah pulak yang dipasangkan tu sampai sekarang bersama. masing-masing dah ada calon sendiri)hihihi sweet moment kan... hahahaha BM pon sama kene buat satu ayat kat papan board berserta makna 


RIndu kat Ustaz Khairuddin.. ustaz ni memang best sangat..tapi satu jer aku macam tak berpa gemar. dia suke kene kan janggut dia kat pipi budak perempuan. mase tu kecik2 lagi.. huhu dan dari dia jugala aku dapat nama gelemer.. tapi aku tak sukelah name tu... kawan-kawan siap panggil-panggil nama tu... hahahha tak nak mention name tu biarlah hilang ditelan arus zamn.

Rindu kat cikgu Jailani. cikgu Jailani ajar kami Muzik dan seni. kalau time muzik cikgu pasang radio kaset kat depan. sebelum tu kene salin note lagu dulu. pastu cikgu nyanyi then nyanyi sama-same. ok lepas tu sape yang nak nyanyi kene datang depan. hihi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
yang paling best time cikgu sibukkkkkk cikgu duduk jer kat meja cikgu dan buat kerje sendir. kami boleh main nyanyi-nyanyi satu kelas. mase tu lau tak silap aku nyanyi lagu enggan fauziah latif... pastu lagu apa tah aku tak ingat la... tapi senikata dia lebih kurang macam ni


                          "Aku bukan aku.. yang kau kenali dulu, engkau bukan engkau......bla bla
                          "di hadapan kita dua insan berbeza yang kucari-cari arahmusendiri...
                            "suara senada seia sekata tiba masanya kau bercanggah jua.."

hahaaaa tulah antara yang aku ingat... sape yang tak suke kan berangan jadi penyanyi la tu konon-konon suara paling sedap n mantop... (lau masuk AF sah-sah belum nyanyi lagi dah kene halau gamaknya hahha) tapi yang paling tak leh lupe time nyanyi jer lagu ais kacang dengan angin yang banyakkk hahahha..
 nnt kite bagi kawan2 yang suke makam ABC nyanyi lagu ni yeee...

sebenarnya ramai lagi cikgu SK PENCHU yang nas rindu...,, Semua nas rindu.. rindu kat SEK tu jugak sekarang ni sek Penchu ni dah bertingkat-tingkat dah upgrade jadi lagi better. kat situlah sek pagi. kat situ jugaklah sek petang.. Apa pun memang TERBAIKKK
      Apa-apa pun 

TERIMA KASIH CIKGU
JASAMUA KU KENANG
 TAK KAN KU LUPA
SAMPAI BILA-BILA
DI SAAT MASA MENCATAS SEMUANYA
AKAN KU PUPUTKAN KENANGAN
DI LEMBARAN HIDUPKU
MANA MUNGKIN TERPADAM JASAMU
MANA MUNGKIN TERBAYAR KASIHMU
SELEMBAR KAIN PUTIH YANG KAU CORETKAN
MENJADI SIAPA AKU DI HARI INI
DEMI ANAK MURIDMU
SEGALA YANG PERIT YANG PAHIT KAU SIMPAN
DAN KAU  HULURKAN KAMI DENGAN SENYUMAN
SUNGGUH CEKAL HATIMU GURU
MOGA ALLAH MEMBALAS JASA IKHLAS MU
TERIMA KASIH GURU..
WE LOVE YOU





ok nah nyanyi lagu ni
ais kacang

Ais kacang.. Aiss....Ais Kacang
bila cuaca panas
dan Rasa dahaga
singgah di gerai Ais Kacang diminta
susu dan jaggung
kacang dan lengkung
air gula berwarna
campur semua enak rasanya
kegemaran kita semua...