CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Ahad, 16 Oktober 2016

korea again



Happy sunday semua
jom layan scarlet heart sampai lebam..
kenkunun nak stop la tgok korea ni
tapi makin lama makin best lak
scarlet heart ni padahal dh tgok
tapi x dulik nak nengok gak ulangan dia
ketahihan apakah ni
hihihihi
lagi2 ada princes man
pastu aduhaiii banyak lak cerita yang
semua nya best la
wahhh heroin dia comel2 belaka
hero dia jangan nak kate la
cair hati den nengoknya
hihihihi

selamat berkorea la kita dihujung minggu..



Rabu, 5 Oktober 2016

anak ooo anak

Salam kawan-kawan semua. Hope semuanya sihat yer... 

sejak si Anak sudah membesar dengan jayanya banyak la keperluan yang perlu difikir, makanya kehendak perlu dikurangkan.. banyaklah cabang minda ni terlakar nak itu la nak inilah macam-macam la kalo boleh nak perfect. Nas faham semua ibu bapa kat luar nak buat yang terbaik buat anak mereka. Macam tu jugaklah nas. Tahun depan ingat nak sekolah kan si anak. dan setiap kali bukak Lappy kat rumah dgn En husband kitaorang akan servey la sekolah mana yang nak dihantar. hurrmmm rasa-rasa ade tak kawan-kawan yang nak suggest sekolah pre school yang sesuai untuk anak berumur 4 tahun area Bandar Tun Razak Cheras. Kalo ada leh la share ngan kita. 
         Kisah si anak sejak dah pandai memilih ni banyak barang mama dicop atas nama dia. pantang Nas peggang buku dia pon sibuk
      Zahin: Nak Nak... bak ni bak ni... ini ahin unyala (bak sini ni zahin punya)
      Mama: ni buku mama buku adik sana tu 
      Zahin: Tak ahin unya (tak zahin punya)
aduhai anak...

     Kalau dalam kereta  ko jangan harap la nak duduk depan okeyh... nuhhh tempat kau kat belakang seat depan abah dgn anak yang punya. sila simpan kenangan terindah kau buat sementara waktu sebab anak pon dah take over tepat kau.... kalau tidak dengar la trompet dia berbunyi.
besar dah anak bujang mama ni macam sekejap je masa berlalu. rasa macam baru semalam lahirkan .... 





                                  Tetiba ada pulak yang bersuara



             bila nak bagi Zahin kawan???

         hihihihihihi


lom ada rezeki la... 
doakanlah Nas ye




ok bye jumpe lagi ye di lain hari



                                                                




     









                                                            

Jumaat, 20 Mei 2016

Just Share


Salam jumaat semua. lama dah nas tinggalkan blog nas ni. Rasa rindu nak berblogging semula. jika dulu bila balik rumah je settel rumah, masak, urus anak terus bukak lappy untuk update cerita kenkononnya sensasi. hihihi
   tapi lately rasa sangat tekanan dan bebanan kerja. fuhhhh jenuh mak nak... sampaikan nak tgok cerita korea pon kadang-kadang sempat rekod je. tunggu hujung minggu nanti baru tengok. tapi paham-paham jelah name pon hujung minggu. Husband pon sibuk la nak tengok cerita dia hurmmmm kebiasaanya nas akan tengok cerita yang nas rekod tu time husband tido. Tu tak ditambah lagi kalau anak pon sibuk nak tgok cerita chanel 613 dia... sian kat hakak kan kan kan...
    semalam nas tido nas bermimpi yang nas rasa agak pelik. Tak kira nas nak share gak kat korang. menalah tahu korang tahu apa maksud mimpi nas ni. Kata orang mimpi ni mainan tido tak payah percaya sangat. tak apa lah JUST share je k. sebenarnya dah 2 malam nas mimpi benda yang sama dan nas akan tersedar jam 2.30 pagi. 
       ok mimpi dia macam ni. Situasi dalam mimpi tu hujan renyai-renyai. Di kawasan tanah perkuburan. Nas menguruskan jenazah 5 sekeluarga nas sambut jenazah tu masuk ke liang Lahad. Tapi nas tak kenal keluarga tu. Allahuakbar dalam situasi tu rasa memang sedih suara orang menangis. dan ada lah jugak beberapa rakan yang Nas kenali. Tapi jenazah sekeluarga yang nas uruskan tu memang Nas sendiri tak kenali. Then bila Nas tersedar jam 2.30 pagi masa bangun tu memang Nas pon menangis jugak. terkebil Nas nak tido semula. Nas sedekah kan Al-Fatihah kat keluarga  yang sedia Nas tak kenali.
           Jika betul lah roh keluarga tu datang dalam mimpi Nas untuk menyuruh mendoakan mereka. Insyallah selepas ABC ni nas akan bacakan Yassin buat mereka. dan doakan mereka bersemadi dengan tenang. Amin



Image result for al-fatihah






      
     











Isnin, 7 Mac 2016

Aku Tetap Setia

Aku Tetap Setia:



“mama Faz keluar sekejap jumpa kawan” laung Fazrul dari luar. mama hanya

melambai dari jauh.    ...



saya budak baru belajar. dijemput baca novel pertama nas di karangkraf


Jumaat, 5 Februari 2016

RIO YANG BAIK HATI

RIO YANG BAIK HATI: Suatu masa dahulu ada seekor kucing bernama Rio. Rio merupakan kucing yang sangat cantik bulunya. Apabila matahari terik bulunya bersinar...

Selasa, 1 Disember 2015

Panggilan Temuduga

Salam hai jumpa lagi di blog nas yang tak seberapa ni

Image result for good luck

tak nak ckp pjg jela just nak mention pada ibu bapa yang ada buat kemasukan anak ke SMKA so dah boleh cek yer... cube cek guna angka giliran anak. nnt dia akan bagi result samaada berjaya or tak untuk panggilan temuduga. klik link bawah tu ok.


Image result for good luck


    TAHNIAH..... pada yang berjaya 
         PADA yang tak dapat tu jangan putus asa k. teruskan usaha anda.

chaiyok chaiyok2



Isnin, 16 November 2015

"Kata Meja Sebelah"

Hasil carian imej untuk duduk di meja cartoon
Assalamualaikum. kawan-kawan semua sihat ke. Monday blues datang lagi. dan satu lagi ..minggu ni merupakan minggu last persekolahan. lepas ni bercuti panjang.
tapi sebelum  cuti sekolah bermula nas dah bercuti dulu. 
Hasil carian imej untuk duduk di meja cartoon            Nas gi bercuti kemana? Nas bercuti ke Cameron. ok nnt nas cerita dilain entry yer.
            Perjalanan ke Cameron dalam keadaan tengah hujan ni amat mencabar. lagi-lagi dapat berita kejadian tanah runtuh. sepanjang perjalanan tu hanya ayat kursi yang menjadi mainan di bibir ni. moga perjalan selamat. kami lalu Simpang Pulai.
           Berhenti di hentian RNR simpang pulai. jalan-jalan kat mydin situ. sebenarnya nak bagi kereta rehat sebentar. sementara tu boleh la jamah apa yang patot. walaupun sudah ade bekalan lain yang nas masak. duduk makan di kedai makan Mee Bakso. 
Hasil carian imej untuk motor cartoon imagevsHasil carian imej untuk motor cartoon image
Sumber Goggel


         Tgh makan ni masuklah group Riders dalam 4 orang
nas tak kata apa just tgok je. mmg smart. dengan sut baju dia zahin pon aku tengok x kelip mata tengok. sebelah meja aku pulak geng-geng motor berkuasa rendah. agak ramai jugak dan boleh tahan riuhnya. mungkin group nak ke Cameron. aku makan sambil tu mata aku lirik-lirik memerhati. 

         "Bon tengok tu" 
kawan dia yang muke macam cina berpaling ke arah group motor berkuasa tinggi tadi. 

nas cuak jugak ingat depa nak gado ke apa. asben nas asik cakap jangan tengok jangan tengok. tapi dah mata dan telingga nas nakal nak tengok jugak. badjet macam nas geng diaorang. hahahha

     "Kenapa" soal budak cina tulah
     "yelah motor kecik macam kita ni di panggil 'Mat Rempit' motor besar di panggil 'Riders'"

entah tetiba aku terketawa aduhai mungkin sebab ramai yang gelak nas pon ikut gelak. sampai la mamat meja sebelah perasan nas pon gelak. cepat-cepat aku kononnya main ngan Zahin padahal mase tu zahin sibuk dok layan abah dia. 

        "betol x kak?" laki tu soal aku gerun lak aku. asben nas dah berpaling. laju je  nas angguk sebab lebih pada takot tak masal kang dia hempok nas ngan helmat takot gak. laki nas senyum jer. sambil tu dia cakap sape suh tengok padan  muke.

      "betol bang kak.. kita ni motor kecik bile lalu laju je sikit dah panggil mat rempit. padahal masa laju tu hujan nak cari bumbung tempat berteduh salah ke. habis tu kak bapak saya kat Kg pi gune motor kecik je tu jelah mampunya takan bapak saya di panggil mat rempit. beto x?

 kepala aku laju je anggguk macam kene ketuk

          "motor kecik macam kami ni eksiden orang akan cakap tulah tak ade keje lain merempit ni lah padahnya.cube motor besar yang eksiden x ada pulak orang cakap merempit"

laki nas dah cuit-cuit nas ajak pergi. aku pon tarik handbeg pas tu ikut laki aku, sambil tu sempat gak aku lemparkan senyuman ketakotan aku tu hahahhaha. 




masa dalam kereta aku sibuk la nak jugak share benda yang sama. bile aku fikir-fikir betol gak kata adik-adik tadi. sebab aku pon bawak motor kriss je gi sekolah. aku pon dikira Mat Rempit ke. comel lak Minah Rempit mcam aku (hak hak hak Sile muntah hijau)

Hasil carian imej untuk motor cartoon image
Sumber Goggel.Tq

     satu je Nas nak bagitau, x kisahlah motor tu besar ke kecil ke kuasa tinggi ke kuasa rendah ke? kuasa suria perkasa Hitam ke whateverlah kan. berhati-hatilah dan patuh pada undang-undang.  bawak motor jangan macam Pelesit.  beringat-ingatlah pada yang tersayang. Pada Riders pulak mmg la awak naik motor berkuasa tinggi awak pon kene berhati-hati jangan sebat nak laju je. mmg nas perhati kalo motor besar ni suke bawak laju-laju. apa pon semua yang motor-motor ni hati-hati yer. biar lambat asal selamat...

Hasil carian imej untuk smiley face
Sumber Goggel.Tq

"Mulakan hari anda dengan Senyuman"
peace utuk semua. salam 1 Malaysia
jumpe lagi di lain entry
Hasil carian imej untuk duduk di meja cartoon