CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Rabu, 3 Oktober 2012

KeNaPa MESTI mAkAn Dia?

Salam semua
dah lama rase nyer
nas tak hapdate blog ni
tgk sane sini dah kelihatan usang
credit From Goggle TQ

wahhhhh macam ni rupenya
bentuk Blog nas
Scarry Sangat kan kn
mesti dalam tu Banyak BEla MOMOK
sile jangan takot yer
mai2 masuk



ok mesti ade
yang tertunggu2 
entry yang berepisod tukan
kalau tak silap ade dua entry yang
berepisod yang belum di hapdate
huhuhu
sabar ea
nnt nas hapdate
tak tipu kalau tipu sile
tampar nas laju k

uitttttt
kejam nyer
sile ringan sedikit hukuman tu
ok2
kalau nas terlupe nak update entry
berepisod tu 
sile2 la komen bagi komen
suh update
yerlah kadang2 lupe





hurmmmmm
tapi hari ni tak nak update
cite episod tu kali ni nas
nak story mory citer lain




"kau ni citer lame tak habis dah start cite baru"
"cube habiskan citer lain dlu
ETC

ok2
tau dah itu yang korang nak
cakapkan
bukan tak nak hapdate
buat mase ni
kesihatan kurang lah memuaskan dalam
erti kata lain

korang2 yang
dikasihi
doakanlah nas cepat sembuh k
thnks doakan nas ok

















































cube tengok
pinjam pic kat Goggle lagik
apapun tq jugak pada mak budak ni
budak tecik ni sangat comel
"pinjam yer pic ni"

"Title Kat Atas ni"
ok ni dh jadik kan cerita
minggu lepas 
nas balik kg
belah husband sebab musim durian tiba
ok sangat suke
nas suke sangat pg dusun
kalau boleh nak datang
setiap detik masa dan saat
exited nak kutip durian
mase tu dah tak fikir nyamuk ke apa ke
yang penting sangat2
dalam fikiran ni
nak dengar bunyik
BUKKKKK
huuuuuuuu
aku pun 
pinjmam lagi kat goggle
 dapatkan dia










































Hah Apa dia?











































































sebelum tu...
Kenapa mesti makan dia?

ni hahhhh lahhh
pinjam lagi kat Goggle
i love u lah




wahhhhh
terliur tak
memang dah sampai
musim ni  mmg nas suke sangat
sebab dapat pg dusun 
Kau ADe?
hahhaha






Tentang durian ni semua orang tau
buah ni macam mane 
berduri duri
wangi KOT

dan dia digelar
Raja Durian
Ok
biarpun raja  durian ni
memang mashur 
tapi IA tidak mashur dihati nas


sebab sebab aku tak berapa minat durian?

1. nas tak berapa suke makan durian

2. alahan yang amat teruk menyebabkan headache
mmg tak sanggup

3. sejak dari Azali dia bukan peberet ku

4. suke kutip Buah die jer sebab itu jer pengalaman yang paling  best

5.kalau makan pon rase cuit2 lau berkenan sangat baru makan itu pun seulas jer


`tapi kene pastikan ianya tak besar ok.... kalau tidak pembaziran akan berlaku.

5. mase umur 5 tahun  Durian penah jatuh atas kaki ~ sgt sakit~

6. Mase kecik2 makan Bubur Durian nenek cakap jgn makan biji durian( mata dia) nnt mimpi hantu... huhuhu mase kecik2 larhhhh skrng makan jer bubur dia durian dia nope.... no no no

7. sebab mase kecik2 kalau pg pasar malam memang capai buah Epal ngan Buah Lai  ~uishhhhh sombong nyer.... uhuhuhu bukan macam tu abis tu buah2 yang lain dah ade kat umah kan. buah buahan tempatan nas makan cume durian tak berapa nak digermari. ok jgn pertikaikan ok
Buahan tempatan yang paling diminati ofcz Manggis.... dulu masa kecik2 sanggup panjat pokok Manggis  then makan kat atas pokok bile orang lalu kita boleh baling dia dengan jaya nya yeaaaayyyyy.....itu namanya Makan Vs Bermain. nasib Buah Manggis kalau Buah Kelapa tadi hahahaha

perkara pelik aku VS durian

8. Tapi saya suke makan Aiskrim perisa Durian haiii pelik kan...

9. Saya makan tempoyak itu pun sejak berkahwin dgn orang pahang ni... orang pelik saya lagi pelik kenapa ni huhuhu

10. saya suke masak bubur kacang Letak durian nnt bau dia memikat hati

rasenya tu jerlah yang dapat dibagitau ade yang lain2 tu biarlah Rahsia huhuhu



ok nak dijadikan cerita 
yang berjela



ni durian kat kg NAS
banyak kan

balik kg tu
aku dah agih kat kawan yang kat KL
ok pastu siap diaorang
wat pesta gempak
pesta apa?
pesta makan Durian
Buat Pesta kat mana?
kat tempat kerja Mr Mirmo la
kawan2 Mr Mirmo & kawan2 nas dtang
nak makan durian yang
dimport  FRESHHHH dari KG
seksanya aku la
tak leh bau sangat durian ni
dah lah dari kg
perghhhhh memang membuatkan aku
sakit kepala 
tahap gaban
hurmmmmm
bayangkanlah 3 jam si durian ni duk dalam kereta
ikut aky balik KL
tapi bile tengok diaorang semua makan
memang sempoi & happy.





Ok menjelang ari Ahad pagi
haku di landa 
panas badan yang terlampau2
tak tahu nak kate hape
"tulah tak dengar kata orang tua"
makan jugak 
kan dah kene demam panas
sungguh badan aku tak tahan dengan 
Penangan Durian ni
memang sedap tapi
tulah tak tahan dah

Aku sakit lain ok lagi
Tapi jgn sampai demam & ditambah dengan Muntah
yerkkkkkk
mmg akuu tak tahan
nnt mule la jadik macam budak kecik
merengek2 hurmmm (seriusly x tahan)
pastu mimpi bukan2
exp : hantu, kene bunuh dan yang mengerikan
iskh2


Ok isnin tu dah turun sikit panas
 Tapi.....















































Hari selasa kene serang balik
dari tak nak pergi Klinik 
kene gak pergi 
sebab
kat Rumah ade seorang DR 
yang garang
itulah DR Mirmo

hantar aku gi klinik
tak suke betul bau 
hurmmm
bau UBAT
ok jumpe Dr 
DR dia memang baik sangat
aku suke
pas tu dapat MC dari DR tanpa diminta
TQ DR 


mase kat kaunter nak wat pembayaran 

OMG
banyak betul ubat

kenapa mesti makan dia?

"terima kasih Dr bagi ubat banyak2 kat saya...itu tanda nya Dr sayang kat saya kan hihi"




balik rumah lepas breakfast
DR mirmo dah sua ubat kat haku
ok aku ambik jugak

tapi nak dekat 2jam baru aku makan ubat tu
tu pun baru sebiji dari berbiji2
aku terima
seksa betul la haku ni nak telan ubat
Ubat ni dah macam musuh ketat ngan aku
tapi kalau dah sakit sangat
jadi sahabat baik pulak....


haahhhhh cer tengok 
banyak kan tak tipu punyer
kan nas dah cakap tadi 
DR sayang sangat2 kat nas ni
sebab tu dia bagi nas ubat yang banyak...

ok hari ni berehat 
dengan sepenuh hati jiwa dan raga
Mr mirmo p koje
siap warning kat haku

"jangan lupe makan ubat tu... tak makan siap?"

haku pon OK ....



Bile dia tak ade 
ubat ngan aku clash
dah tak jadi kawan baik
jadi musuh


syuhhhhh
duduk ko jauh2



aku kawan dengan korean jer ari ni
melayan citer korean 
sampai lebam citer ape ea
meh2 nas kongsi ea
citer dia best
nnt korang tgk la jugak ea

"Hello Miss!"
nas suke tgk citer dia sebab 
heroin dia muke sangat comel
Lee Da Hea
pastu dia pakai hanbox die
lantak agaknyer camtu kot cakapnyer
bantai jer
sanga fanatik dgn citer korean ni
uishhhh
mmg dah tak alih dah TV lain
tgk gune USB jer sambung kat TV





ok tgk jam dah pukul 11.00 mlm
ok kejap lagi Mr Mirmo nak balik
jadi dengan itu 
kene luak kan sikit ubat tu
lau tidak DR mirmo akan cek

1,2,3,4,5, dan seterusnya
dia akan kira
sebab sebelum kuar tadi dia kira ade 8 biji 
so balik ni aku kene kurangkan jadi
7 biji semuanya

ok dah jadi kamceng balik
antibiotik aku makan
ade satu ubat tu besar kedabak
tak rela aku nak telan
ubat tu pon tak rela ditelan oleh  aku
kami sepakat 
yerssssss

untuk sedekah kan kat
mr dusshhhhhhhhbin
tq menyelamatkan keadaan.



Dr mirmo balik tanye dah makan ubat ke
laju aku jawab dahhhhhhhhhhhh


dalam hati ade taman
aku rase ubat ubat kat meja tu pon
tepuk tangan kat aku
sambil jerit 
PENAKUTTTTT
hahhaha

kebetulan mlm tu ade bola
yang mr mirmo tunggu2
aku cepat2 masuk tidur
takot dipersoalkan tentang ubat



persoalannya
Kenapa Mesti Makan DIa?




ok daaaa
jumpe lagi dilain entry





"sesungguhnya yang baik itu datang nya dari Allah yang Buruk tu datangnya dari diri Nas sendiri"



p/s: jgn jadi macam nas ok takot makan Ubat, kalau nak cepat baik sile patuh nasihat DR dan makan Ubat




Jumaat, 28 September 2012

Tibe-Tibe Ade Orang Tegur....? 2

Salam Semua
salam jumaat semua yer
macam biasa 
harapan nas kowang semua sihat
mulakan hari ini dengan senyuman
sile Ikhlas kan senyuman anda
senyum luas2
supaya rezeki pon jadi luas
pastu satu lagi
syarat dia
Ape dia?
ok nak tau jom





































senyum Dulu























angkat kening


























pastu senyum lagik
































ok2 tu saje
saje nak Buli kowang semua hahhaha
darii itu sile
senyum banyak2
ok 
"senyum itu satu sedekah"









OK sile maafkan saya
sebab semalam tak sempat nak
hapdate Blog Buruk ni
mesti tertunggu2 kan episod ni
huhuhuhu

Perasan


OK sape2 yang pernah follow blog ni
mesti tau kan entry 
sebelum ni tentang apa?
so bagi blogger2 baru
yang comel handsome cantik dsbg
yang baru nak Follow blog buruk kite ni
dan lebih2 lagi nak tau 
kenapa Title kat atas tu tibe2 jadi = 2 
sile klik kat bawah ni k








Jom kita sambung semule K





TIBA TIBA........




Muncul seorang lelaki yang  tampan paras rupanya pemuda itu  tersenyum melihat 
Pari-pari suci yang cube menyembunyikan diri


"Wahai pari-pari  janganlah engkau takut kepada ku" luahPemuda itu
Pari-pari Suci muncul dihdapan pemuda Tampan itu,
"Wah cantik sungguh Epal2 yang Kamu bawa...Boleh kah aku mengambilnya satu" Luah Pari-pari suci melihat buah Epal yang msak ranum
"tentu boleh, aku telah mengutipnya di hujung jalan di sebuah hutan. sesungguhnya aku tidak tahu ianya kepunyaan sesiapa" balas pemuda itu, dan memberikan 5 biji buah epal kepadanya.
Pari-pari suci menyimpannya di dalam beg galas, 

"wahai pari-pari kecil aku lihat dirimu penuh dengan ketenangan.. apa rahsia mu... katakan lah kepada ku agar aku dapat jadi seperti mu jua" soal pemuda tampan itu
"aku tidak mengamalkan apa-apa untuk diriku, aku hanya bersyukur dengan apa yang aku ada" balas pari-pari suci tersenyum
    "wahai pemuda tampan apa yang jadi pada dirimua sedangkan aku lihat kamu sangat berseri"
Pemuda itu tersenyum pandangannya dilemparkan jauh persoalan dari pari-pari suci tadi dibiarkan tanpa jawapan.
      "aku hanya boleh membuatkan orang tertawa melihat ku, tapi hatiku tidak begitu" jawab pemuda itu. seketika pemuda itu bangun menuju ke kereta kudanya
    "wahai pari-pari suci sudikah kau menjadi sebahagian dari hidupku agar aku jadi tenang  seperti mu" perjalannya terhenti seketika
        "wahai pemuda yang tampan, perkenalan aku dengan mu terlalu singkat, aku tidak menolaknya tetapi berikanlah  aku masa, dan dengan itu aku sandarkan pada Ketentuan Allah jika Jodoh ku denganmu ditentukan Oleh Allah, dan kamulah orang yang tertulis dalam tinta hidup ku aku redha. Kiranya panjang umur ku dapat kita berjumpa lagi" jawab pari-pari suci tenang.
          "aku akan kesini lagi untuk bertemu dengan mu" balas pemuda itu lagi
          "wahai pemuda yang mulia, disini bukanlah tempatku, aku hanya menumpang berteduh sahaja, serahkanlah pada Allah Agar satu masa nanti kita akan bertemu lagi" balas pari-pari suci lagi. pemuda itu mengannguk dan berlalu meninggalkan pari-pari sendirian.



                Menjelang petang pari-pari suci meninggalkan tempat itu, bermula semula perjalanannya ditemani pepatung indah dan dikala malam ditemani cahaya sang kunang-kunang. setiap derap tapak kakinya melangkah bunga bunga segar tumbuh merata sehingga pari-pari berhenti didestinasi berikutnya
                    buah epal yang diberikan oleh pemuda tadi dibelah dua dan dimakan sedikit demi sedikit sepotong lagi diberikan pada haiwan disekitarnya.
                       Begitulah dibuat sehingga dia berhenti di tempat yang terakhir perkara yang sama dilakukan. waktu pari-pari suci makan epal yang terakhir Buah epal tadi tiba-tiba bersuara

              "wahai pari-pari suci aku adalah buah epal yang pernah kau jaga dulu, dan kini pokok epal sudahh tiada, buah-buah sudah dijual, lalu pemuda itu mengambil ku beberapa biji dari pohon ku" balas epal manis itu
              "wahai buah epal rezeki Yang Allah beri padaku, sesungguhnya seumur hidup aku, tidak pernah aku menjaga mu, aku adalah insan yang naif" balas pari-pari kehairanan.
           "semasa kau menyiram bunga-bunga mu setiap pagi aku ade di celah diantara mereka, sedikit sebanyak kau telah menjagaku. dari itu aku ingin kau menjaga ku dengan ini kau tanamlah aku disisimu kelak satu masa nanti kau akan dapat rezeki yang melimah ruah"
         pari pari suci tersenyum sebaik sahaja dia memakan buah epal itu, biji biji epal tadi di tanam dihadapan pondok kecil yang dibuatnya menggunakan tanah


         


               Sepurnama masa berlalu dengan begitu pantas. benih-benih epal yang ditanam menghasilkan 5 pohon epal dan buah yang masak ranum, bukan itu sahaja warna merahnya dan manisnya amat memberikan penarik pada haiwan yang jauh. semakin hari semakin banyak binatang yang datang ke pondoknya. diwaktu malam pula Epal-epal ini memancar mancar warnanya menjadikan sekitar kawasan itu terang benderang dan sangat cantik. pari-pari sangat bersyukur buah epal tadi di kumpul dan dijual di pasar.

                     Pada satu hari sedang asik pari-pari suci memungut buah epal itu , datang seorang kerdil yang bernama  Kelip dengan membawa kendi 
                     "aku kelip, aku tinggal dihujung kawasan sungai" beritahu kelip selaku memperkenalkan diri
                            "aku Pari-pari suci sudilah kiranya jemput ke pondok buruk ku" pelawa pari-pari suci
                     "aku tidak boleh lama disini, aku hanya ingin meminta mu sebiji buah epal dihalaman mu" tanya kelip sambil menunjukkan taringnya
                  "wahai kelip rezeki ini datangnya dari Allah, ambillah seberapa banyak engkau mahu," balas pari-pari suci 
    dengan sepantas kilat kelip memetik satu biji epal disitu, buah epal yang dipetik tadi tiba-tiba berubah menjadi hitam dan busuk.  kali ini dia cube memetik sekali lagi, pekara yang sama tetap berlaku. akhirnya kelip kecewa dan meninggalkan tempat itu segera.
       pari-pari suci jugak hairan mengapa ianya jadi begitu, sebiji buah epal dipetik namun tiada apa yang terjadi yang ada hanyalah sebiji epal yang cantik merah dan gebu.pari-pari terus mengigit dan masuk ke pondok.





  so moral of the story dari cerita diatas ialah bila kita berbuat baik pada setiap ciptaan Allah insyallah ade balasannya.
2. rezeki dibumi allah ni luas jadi jangan  sekali-sekali timbulkan perasaan irihati diantara sesama kita, 
3. kene percya jodoh  itu datangnya dari Allah sebab itu dia rahsiakan biarpun pernah dia temukan kita  dengan jodoh kita tu, ade sebab dia menjarakan kita buat sementara waktu. janii allah tu pasti dan Jodoh itu rahsia Allah . kita kena pasrah dan redha setiap ketentuan dari nya pasti ada hikmah yang dan tersembunyi yang manis pasti kita rai jika kita bersabar 
4. kunang-kunang sebagai cahaya tu mengambarkan cahaya keimanan kita bila ditimpa musibah apa yang perlu kita lakukan dan apa musibah yang berlaku kene bersyukur dan ingat Allah sedang menguji kita




                  
Siapakah Kerdil bernama Kelip
Adakah Pari-pari suci akan bertemu dengan Pemuda Tampan itu?
Siapakah pemuda itu sebenarnya?
apa yang terjadi Pada Pari-pari Hati

ok nak tau kan
sile datang lagi ea
cite diatas tak 
TAMAT
lagi ok
ade sambungan




jumpe lagi dilain entry





"sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri nas sendiri"




p/s: Ujian yang datang itu adalah bentuk kasih sayang Allah pada kita:

Rabu, 26 September 2012

Tibe-Tibe Ade Orang Tegur .......?

Salam semua
harap semua sihat yerpppp
kalau rase tak sihat tu cepat2 lah pergi 
Jumpe Doktor 
yerlah sekarang ni macam2 lak penyakit datang
menyerang kan kan...



pagi2 lagi 
dapat banyak
mesej kat inbox

mintak nas
bagi blog macam motivate diri
dan ade pulak cakap
kenapa tak berblog semalam
"hurmmm busy sikit la"
ade yang tanye sihatker 
dan sebagainya
thnks for your support
terharu k







eh2
kenapa dengan Mr badut ni
muke dia sedih jer
ok entry kali ni Mb teremo sikit


Korang semua
yang bijak pandai
apa korang tengok pada seorang 
yang perwatakan Badut
mesti korang fikir dia
boleh menghiburkan sesiapa
YESS
that true
menghiburkan semua orang 
But tak siapa yang tahu diri sendiri menangis
Kesian kan
Somtimes kita kene belajar
hargai perasaan kita sendiri
asik jage hati orang
Dan bile hati kite terluka
siapa yang nak rawatnya
"Ya Allah Moge Segalanya Dipermudahkan"




Maaflah Kirenya entry ni
membuatkan ade yang terasa
seriusly tak berniat










mari Ikut  perjalanan sebuah cerita yang tak seberapa
tapi kita boleh jadi kan iktibar
dan pedoman buat diri kita...





                  Di sebuah Rumah kecil ade dua pari-pari comel yang diberi nama Suci dan Hati. Pari-pari Suci gemar memetik bunga di celah dahan Epal. Namun Pari-pari  Hati pulak gemar berlari menangkap pepatung. kehidupan mereka amat meriah sekali. bile musim bunga pasti ade pepatung. pepatung suke buah epal.
                   Pada satu hari Pari-pari Suci pergi ke sebuah Pasar untuk membeli benang kait. Untuk di jadikan bahan  mengait sesuatu, sudah tercongak-congak dimindanya apa yang hendak dibuat. Sedang asik memilih benang, Pari pari Suci bertemu dengan Seorang Badut, Badut itu cuba menghiburkan Pari pari Suci,  namun  pari-pari Suci tetap berdiam diri dan akhirnya
                         "wahai pari-pari comel biarpun kamu berdiam diri  dengan aku ,aku tahu kata hati mu" desis badut itu dalam hati
                        "wahai badut aku minta maaf biarpun kau cube hiburkan aku... Aku tahu apa perasaan mu ketika ini... Insyallah bile umurku panjang kite akan bertemu lagi" ucap Pari pari suci dalam hati dan terus berlalu.

                      Disebuah sungai yang jernih terdapat  beribu ikan Pari pari Hati meletakan kakinya kesitu. Banyak ikan berlalu dikakinya
                        "aku bertuah hari ni sebab ikan semua sayang kat aku" Pari-pari hati berdesis bangga. pepatung yang di tangkap masih di balang botolnya.


                      Ketika waktu malam pari pari Hati melihat pari pari  Suci mengait sesuatu.. dilihat dengan penuh minat
                        "apa yang kau buat ni suci"
                        "aku mengaitkan sesuatu untuk satu pertandingan" jawab  pari pari suci sambil tersenyum
                       "Boleh kau kaitkan untuk aku satu" tanya pari pari hati girang
                      pari pari  suci tersenyum laju dia mengangguk.
                       "Wahai hati bolehkah kau berjanji dengan ku satu perkara?" tanya pari pari suci 
                       "apa saja katakanlah... aku berjanji... bukankah aku dan kau sudah lama bersahabat, mana mungkin aku mungkiri janji itu" balas pari pari  hati tenang dan bersungguh
                              " boleh kah kau berterus terang  kepada semua sekiranya kau menang nanti  tentang pakaian yang aku kait ini hasil dari air tangan ku yang membuatnya" tanya pari pari Suci sebak kerana itu saja bakat yang diperolehi dan digunakan sepenuhnya.
                   "tentulah boleh....kau berhak semua tu suci kau jangan risau" balas pari pari hati sambil menangis



                         Tiba di hari yang dinanti di sebuah majlis Pertandingan bermula, semua orang sudah sibuk beratur panjang untuk megambil bahagian. pari pari Suci mendapat tempat terakhir untuk mempersembahkan hasilnya. manakala pari pari hati medapat perserta tempat ke tujuh jika mengikut susunan Abjad. masing -masing mempersembahkan hasil yang dibuat.
                           tiba giliran  pari - pari hati dengan bangga menuju ke hadapan membuat persembahan
                      "Pari-pari Hati sekarang kau persembahkan Hasil mu" arah seorang pengawal
            pantas pari pari hati mengeluarkan sepasang baju yang dikait, baju itu telah digubah dengan ade nya pepatung yang melekat di sekeliling
                 "wah cantikkkkkk nya baju ini?" tiba-tiba seorang puteri raja berbicara. hatinya tertarik dengan baju itu
                     "wahai pari-pari hati bagaimana kamu mengubah baju ini sehingga menjadi cantik?" soal permaisuri raja
                    "sebenarnya begini saya mengaitnya dengan penuh kasih sayang. setiap malam saya menyanyikan bersama pepatung-pepatung yang saya tangkap. hanya ini bakat yang saya ada.
balas pari-pari hati bersungguh. dari kejauhan pari-pari suci hanya tersenyum


                  kini tiba giliran pari-pari suci mepersembahkan hasil yang dibuatnya. ianya hanya sehelai baju putih yang dikait nya sendiri tanpa ade secalit corak yang ditambah,

                     "kenapa baju mu sama degan baju pari-pari hati" soal permaisuri

              pari-pari suci melirik kearah pari-pari hati yang ketika itu sudah seperti cacing kepanasan.
                   "sebenarnya baju yang hamba persembahkan adalah ikhlas dari hati ku. biarpun bukan hamba yang mengaitnya" balas pari-pari suci air matanya bergenang. permaisuri turut sebak mendergarnya
                          "maksud kamu pari-pari hati yang mengaitnya?" soal permaisuri lagi. pari pari hati megiakan. biarpun berat dia mengucapkan namun dia pasrah doanya agar sahabatnya dirahmati selalu. pari-pari suci berlalu sebelum permainan tamat. dia mengembara membawa ketabahan diri.
                         
                      didalam pertandingan itu belalu dengan meriah, Pemenang nya jatuh Kepada Pari-Pari suci, Pari-pari hati menyesal tidak berkesudahan, Pepatung pepatung yang hinggap dibajunya tadi terbang mengikut Pari-pari suci.

               
                  
                           Suatu Petang yang tenang Pari-Pari Suci tertidur disebuah bangsal kuda setelah penat berjalan. dan sedar2 hari sudah malam. keadaan disitu amat gelap. Pari-Pari suci menangis, tak henti juga meminta pertolongan dari Allah. Tiba-Tiba satu kumpulan cahaya terbang ke arahnya
                       "wahai pari-pari suci aku adalah kunang-kunang binatang yang pernah kau selamatkan dari aku ditangkap oleh Pari-pari hati" terang kuang-kunang
pari -pari Suci tersenyum kunang-kunang dan rakannya yang lain mengerumuni Pari pari suci
                      "perut aku sangat sakit sedari tadi aku tidak makan" desis pari-pari Suci  kecil
               "aku disini sentiasa berkhidmat dengan mu. dikala engkau sedih aku yang memberikan mu segalanya. dan kini aku sudah jadi sebiji Epal yang segar. kau rase la kemanisan ini. sebentar lagi aku dibwa oleh seseorang" balas satu suara ganjil
              pari-pari suci  mengangguk kecil
      terdengar segeromobolan angin datang, pari-pari kecil ketakutan
               "wahai pari-pari Suci  yang baik hati... aku adelah pepatung yang membawakan mu air yang suci untuk mu. aku mengikut mu sebab aku tertarik dengan sikap rendah dirimu
 pari-pari suci tersenyum hilang rase laparnya melihat persembahan dari kunang-kunang dan pepatung hilang rasa laparnya sehingga pari-pari suci terlena


               Keesokan paginya pari pari suci mencari sekeliling penemannya malam tadi. seketika terdengar sebuah kereta kuda menuju kearahnya. 

tiba-tiba



jeng jeng 
sambung k







"seunggguhnya yang baik datagnya dari allah yang buruk dari nas sendir"



p/s: cerita diatas adalah cerita pedoman yang di reka oleh nas
don't ciplak OK!