Salam Semua
salam jumaat semua yer
macam biasa
harapan nas kowang semua sihat
mulakan hari ini dengan senyuman
sile Ikhlas kan senyuman anda
senyum luas2
supaya rezeki pon jadi luas
pastu satu lagi
syarat dia
Ape dia?
ok nak tau jom
senyum Dulu
angkat kening
pastu senyum lagik
ok2 tu saje
saje nak Buli kowang semua hahhaha
darii itu sile
senyum banyak2
ok
"senyum itu satu sedekah"
OK sile maafkan saya
sebab semalam tak sempat nak
hapdate Blog Buruk ni
mesti tertunggu2 kan episod ni
huhuhuhu
OK sape2 yang pernah follow blog ni
mesti tau kan entry
sebelum ni tentang apa?
so bagi blogger2 baru
yang comel handsome cantik dsbg
yang baru nak Follow blog buruk kite ni
dan lebih2 lagi nak tau
kenapa Title kat atas tu tibe2 jadi = 2
sile klik kat bawah ni k
Jom kita sambung semule K
TIBA TIBA........
Muncul seorang lelaki yang tampan paras rupanya pemuda itu tersenyum melihat
Pari-pari suci yang cube menyembunyikan diri
"Wahai pari-pari janganlah engkau takut kepada ku" luahPemuda itu
Pari-pari Suci muncul dihdapan pemuda Tampan itu,
"Wah cantik sungguh Epal2 yang Kamu bawa...Boleh kah aku mengambilnya satu" Luah Pari-pari suci melihat buah Epal yang msak ranum
"tentu boleh, aku telah mengutipnya di hujung jalan di sebuah hutan. sesungguhnya aku tidak tahu ianya kepunyaan sesiapa" balas pemuda itu, dan memberikan 5 biji buah epal kepadanya.
Pari-pari suci menyimpannya di dalam beg galas,
"wahai pari-pari kecil aku lihat dirimu penuh dengan ketenangan.. apa rahsia mu... katakan lah kepada ku agar aku dapat jadi seperti mu jua" soal pemuda tampan itu
"aku tidak mengamalkan apa-apa untuk diriku, aku hanya bersyukur dengan apa yang aku ada" balas pari-pari suci tersenyum
"wahai pemuda tampan apa yang jadi pada dirimua sedangkan aku lihat kamu sangat berseri"
Pemuda itu tersenyum pandangannya dilemparkan jauh persoalan dari pari-pari suci tadi dibiarkan tanpa jawapan.
"aku hanya boleh membuatkan orang tertawa melihat ku, tapi hatiku tidak begitu" jawab pemuda itu. seketika pemuda itu bangun menuju ke kereta kudanya
"wahai pari-pari suci sudikah kau menjadi sebahagian dari hidupku agar aku jadi tenang seperti mu" perjalannya terhenti seketika
"wahai pemuda yang tampan, perkenalan aku dengan mu terlalu singkat, aku tidak menolaknya tetapi berikanlah aku masa, dan dengan itu aku sandarkan pada Ketentuan Allah jika Jodoh ku denganmu ditentukan Oleh Allah, dan kamulah orang yang tertulis dalam tinta hidup ku aku redha. Kiranya panjang umur ku dapat kita berjumpa lagi" jawab pari-pari suci tenang.
"aku akan kesini lagi untuk bertemu dengan mu" balas pemuda itu lagi
"wahai pemuda yang mulia, disini bukanlah tempatku, aku hanya menumpang berteduh sahaja, serahkanlah pada Allah Agar satu masa nanti kita akan bertemu lagi" balas pari-pari suci lagi. pemuda itu mengannguk dan berlalu meninggalkan pari-pari sendirian.
Menjelang petang pari-pari suci meninggalkan tempat itu, bermula semula perjalanannya ditemani pepatung indah dan dikala malam ditemani cahaya sang kunang-kunang. setiap derap tapak kakinya melangkah bunga bunga segar tumbuh merata sehingga pari-pari berhenti didestinasi berikutnya
buah epal yang diberikan oleh pemuda tadi dibelah dua dan dimakan sedikit demi sedikit sepotong lagi diberikan pada haiwan disekitarnya.
Begitulah dibuat sehingga dia berhenti di tempat yang terakhir perkara yang sama dilakukan. waktu pari-pari suci makan epal yang terakhir Buah epal tadi tiba-tiba bersuara
"wahai pari-pari suci aku adalah buah epal yang pernah kau jaga dulu, dan kini pokok epal sudahh tiada, buah-buah sudah dijual, lalu pemuda itu mengambil ku beberapa biji dari pohon ku" balas epal manis itu
"wahai buah epal rezeki Yang Allah beri padaku, sesungguhnya seumur hidup aku, tidak pernah aku menjaga mu, aku adalah insan yang naif" balas pari-pari kehairanan.
"semasa kau menyiram bunga-bunga mu setiap pagi aku ade di celah diantara mereka, sedikit sebanyak kau telah menjagaku. dari itu aku ingin kau menjaga ku dengan ini kau tanamlah aku disisimu kelak satu masa nanti kau akan dapat rezeki yang melimah ruah"
pari pari suci tersenyum sebaik sahaja dia memakan buah epal itu, biji biji epal tadi di tanam dihadapan pondok kecil yang dibuatnya menggunakan tanah
Sepurnama masa berlalu dengan begitu pantas. benih-benih epal yang ditanam menghasilkan 5 pohon epal dan buah yang masak ranum, bukan itu sahaja warna merahnya dan manisnya amat memberikan penarik pada haiwan yang jauh. semakin hari semakin banyak binatang yang datang ke pondoknya. diwaktu malam pula Epal-epal ini memancar mancar warnanya menjadikan sekitar kawasan itu terang benderang dan sangat cantik. pari-pari sangat bersyukur buah epal tadi di kumpul dan dijual di pasar.
Pada satu hari sedang asik pari-pari suci memungut buah epal itu , datang seorang kerdil yang bernama Kelip dengan membawa kendi
"aku kelip, aku tinggal dihujung kawasan sungai" beritahu kelip selaku memperkenalkan diri
"aku Pari-pari suci sudilah kiranya jemput ke pondok buruk ku" pelawa pari-pari suci
"aku tidak boleh lama disini, aku hanya ingin meminta mu sebiji buah epal dihalaman mu" tanya kelip sambil menunjukkan taringnya
"wahai kelip rezeki ini datangnya dari Allah, ambillah seberapa banyak engkau mahu," balas pari-pari suci
dengan sepantas kilat kelip memetik satu biji epal disitu, buah epal yang dipetik tadi tiba-tiba berubah menjadi hitam dan busuk. kali ini dia cube memetik sekali lagi, pekara yang sama tetap berlaku. akhirnya kelip kecewa dan meninggalkan tempat itu segera.
pari-pari suci jugak hairan mengapa ianya jadi begitu, sebiji buah epal dipetik namun tiada apa yang terjadi yang ada hanyalah sebiji epal yang cantik merah dan gebu.pari-pari terus mengigit dan masuk ke pondok.
so moral of the story dari cerita diatas ialah bila kita berbuat baik pada setiap ciptaan Allah insyallah ade balasannya.
2. rezeki dibumi allah ni luas jadi jangan sekali-sekali timbulkan perasaan irihati diantara sesama kita,
3. kene percya jodoh itu datangnya dari Allah sebab itu dia rahsiakan biarpun pernah dia temukan kita dengan jodoh kita tu, ade sebab dia menjarakan kita buat sementara waktu. janii allah tu pasti dan Jodoh itu rahsia Allah . kita kena pasrah dan redha setiap ketentuan dari nya pasti ada hikmah yang dan tersembunyi yang manis pasti kita rai jika kita bersabar
4. kunang-kunang sebagai cahaya tu mengambarkan cahaya keimanan kita bila ditimpa musibah apa yang perlu kita lakukan dan apa musibah yang berlaku kene bersyukur dan ingat Allah sedang menguji kita
Siapakah Kerdil bernama Kelip
Adakah Pari-pari suci akan bertemu dengan Pemuda Tampan itu?
Siapakah pemuda itu sebenarnya?
apa yang terjadi Pada Pari-pari Hati
ok nak tau kan
sile datang lagi ea
cite diatas tak
TAMAT
lagi ok
ade sambungan
jumpe lagi dilain entry
"sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri nas sendiri"
p/s: Ujian yang datang itu adalah bentuk kasih sayang Allah pada kita:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan