CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Khamis, 23 Oktober 2014

PELAKON ITU ... AKU!


AKU ADALAH PELAKON SEBENAR
 



 

 
Salam Kawan-kawan 
moga hari ni lebih baik dari hari semalam k.

              seperti biasa hari selasa tu aku kerja balik kerja sendiri cz husband outstation lagi. jadinya seperti biasa tumpang kawan samapi lRT dan balik sendiri. time tu hujan. duk tunggu kat LRT pandan Indah. 
             Tunggu LRT punya la lama aku pon ambil tempat duduk di sebalah seorang perempuan bersama 2 orang anaknya.. aku tengok je la ragam diaorang.
                 korang jangan tak tahu nas memang suke tengok gelagat orang disekeliling. sebab tu ade kawan nas akan tegur weiii kenapa ko tengok orang tu macam tu, seronok sebenarnya lihat ragam orang ni
            

                "kakak nanti kakak besar kakak nak jadi pelakon kan?"
                 "yelah nanti kakak boleh pakai cantik-cantik"
                 "ibu ibu adik pon nak jad macam kakak la, adik nak pakai baju cantik macam abang kat sana tu" budak tu tunjuk orang lelaki cina pakai baju pilot. ( mungkin nak ke KL Central la tu kot memulakan tugasan)
                  aku tengok lelaki cina tu senyum je bila budak tu tunjuk kat dia mengatakan dia pelakon.
               "adik tu bukan pelakon la tu Pilot" ibu yang kusyuk makan kuih karipap bersuara membetulkan apa yang diperkatakan oleh anaknya
               "ye ke ibu, bukan pelakon ke bu...habis tu dalam cerita ADAM & HAWA tu kan pelakon" tergelak aku tengok reaksi 2 beranak tu. sah budak ni terpegaruh dengan TV. aku tengok orang cina PILOT tadi pon tergelak. siap senyum kat budak tu. apa lagi budak ni tersipu.
                 "apa lah adik ni tu pon tak tahu" si kakak tertawakan adiknya.

         ok dari cerita di atas aku sendiri terfikir kalau nak tahu kita la pelakon yang sebenar, 
  SEBAB APA?

ok cube korang fikir hari-hari yang kita lakukan adalah spontan tanpa kita lihat skrip untuk meneruskan perjalanan kehidupan kita seharian. tak adalah pulak kita hafal skrip untuk meninjau hari esok mahupon hari yang mendatang.  kita marah kita sedih kita gembira. semuanya spontan. kita sebenarnya pelakon di pentas dunia. baik kau buat makan dapatlah besar ganjarannya (pahala) jahat kau buat dapat juga habuannya (dosa)
             cuba bayangkan hidup kita ni diaturkan oleh skrip pening kepala kita nak hafal skrip untuk hari esok. mesti masing-masing duk depan cermin nak menjayakan watak sebenar. macam mana nak gambarkan wajah marah dan sebaliknya.. ada yang kang muke macam ni


 
hohoho
sumber : GOOGLE



 kalau marah korang kene
jadi macam ni cube dulu depan cermin
aduhaiiii
sumber: GOOGLE


 ramai pulak director yang nak siapkan skrip kita. macam cendawan tumbuh la director yang asik tuliskan skrip kita. macam dirancang pulak apa yang terjadi pada hari esok. (dalam konteks minda KAU SIAPA NAK TENTUKAN HALA TUJU HIDUP SESEORANG)
               rupenya tanpa kita sedar kita adalah pelakon sebenar, melontarkan segalanya spontan, semua orang adalah pelakon. jika kita asik tengok TV dunia artis yang melakon kan balik apa yang kita lakon kan dipentas sebenar.


         dari itu berjaga dengan segala tindakan mu. ada yang memerhati mu di atas sana. ada yang mencatatkan minit mu di sana. ada yang mengambil berat tentangmu disana. segala tentang mu dia yang mengetahui. 

      "dari nya kita datang, kepadanya jualah kita kembali, di pentas duniwi lakonan mu akan pasti berakhir di jalan Abadi iaitu PENTAS SEBENAR segala yang kamu lalui di hitung di sana. 


 AKULAH PELAKON SEBENAR ITU


yang buruk dijadikan teladan, yang baik di jadikan sempadan
semoga kita  hari-hari yang kita lalui akan menjadi indah semekar haruman bunga.
moga bingkisan air hujan semalam menjadi penawar
untuk kita menyedari hakikat sebenar.





1 ulasan:

Kisah Tatie berkata...

menarik.. singgah blogwalking...


p/s : jom join giveaway di blog Kisah Tatie