CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Isnin, 4 Januari 2021

Say hi to 2021 From Mama Nas

      Assalamualaikum kawan-kawan blogger rasanya memang dah lama sangat mama nas tinggal kan dunia blogger ni.. last update pon kalau tak silap mama Nas 2018 tu pon update 1 jer kot. Sejak dapat tukar 2018 tu terus tak sentuh dah blog ni.. Rindu sebenarnya nak kembali aktif dalam blog ni. Nak menceceh itu ini, tapi deisebabkan kekangan masa yang tak menucukup terus terkubur hasrat tu. Banyak sebenarnya nak menulis itu ini,,, tapi apakan daya masa macam cemburu sangat dekat kita. Siapa yang masih ingat mama Nas lagi say hi okey... insyallah akan cuba kembali aktif macam dulu.
    Oh ye rasanya belum terlambat untuk mama Nas ucapkan Happy New year 2021 untuk sahabat maya blogger mama Nas. Insyallah ada masa nanti mama nas akan cuba sedikit-sedikit untuk ceritakan dari mula mama Nas bertukar sehingalah sekarang dah terlalu selesa dan bahagia di tempat kerja baharu hihihihi...
     Azam tahun ni tak banyak nak dicapai wistlist tu biarlah mama Nas simpan buat peribadi mama nas sendiri. Cuma harapan yang lebih diharapkan moga dipermudahkan urusan dari awal hingga ke ahirnya Amin... 
        





Kejayaan tak akan menunggu kita teruskan melangkah
bermula dari bawah, melangkah dengan gagah, terbang membawa cita-cita
siapa tahu tuah kita ada disana
tak hilang dek kejian, tak jatuh dek cacian
Selagi ada impian disitu pasti ada harapan
Allah mendengar setiap kata-kata umatnya...
insyallah berpautlah dengan iman dan taqwa
pasti segalanya berakhir dengan sinar pelangi yang indah
insyallah...


Salam jumpa lagi sahabat maya mama Nas... jangan lupa say hi ye...


happy New year 2021












Ahad, 7 April 2019

Kembali lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan alam maya Nas. Hope semuanya sihat la yer.. Lama dah meninggalkan dunia blogger ni rindu rasanya nak beleter kat sini.
       
    Almaklumlah sejak berpindah ke Negeri Tanah Air Tercinta ni kekangan kerja makin bertambah-tambah. Apa apa pun Nas happy kat sini.. Next time nas ceritakan ye macam mana nas boleh bertukar ke sini? DImana? adalah nanti nas story lagi k. 

     Ok jumpe lagi nanti yer...

bye sayonara

Rabu, 18 Julai 2018

Domain



Assalamualaikum dan selamat pagi pada kawan-kawan harap semuanya dalam keadaan yang sihat...
Pagi ni sarapan pulut dengan kuah duraian huhuhu sedap weiii...


 Potret Cinta ZahinZul'Nas




berbalik pada kisah diatas "Domain" 
 baru-baru ni Nas ada beli "Domain" harga yang Nas ambil pun haraga yang mampu milik. yelah Nas pun baru lagi nak guna Domain ni jadi no wonder la Nas akan pilih harga yang paling murah.al masalahnya nas dah beli Domain tapi nas tak tahu nak install blog lama kepada Domain yang baru. Rasa sedih pulak tak berjaya untuk ke peringkat seterusnya. ingat beli Domain ni dia automatik terus tukar rupanya tidak. kena install sendiri. 

Ada kawan-kawan tahu tak macam mana nak install Domain ni..cuba gak try kat tutorial dia but still tak boleh.. rasa kecewa pulak.. Hope ada kawan-kawan yang dapat membantu


Rabu, 11 Julai 2018

TERJEBAK AKHIRNYA

Assalamualaikum kawan kawan semua. Hope semuanya sihat dan diberkati sentiasa. Hurmm sekarang tak boleh balik lambat dah. Sebabnya sebelum pukul 7 nas dah ada kat rumah sebabnya nak tengok cerita 'JANGAN BENCI CINTAKU'
   Alkisahnya tak layan juga cerita ni, tapi ada satu hari tu buka tv terus tak tukar chanel gi la layan cerita ni... hurmmm syok lah pulak... terus esoknya memang menunggu cerita ni..

    Cerita ni dibintangi pelakonnya yang hebat hebat. zahirah mcwilson (Heroin) ,Saharul Ridzwan (Hero )




    Berbalik pada cerita ini hero dan heroin ni dijodohkan tanpa ikatan cinta. Heroin ni pon masa tu baru je habis SPM no wonder la perngai pon kebudak budakan lagi berbeza pulak dengan hero yang dah matang dah rasa nak memiliki segalanya. Tapi siapa sangka kan dalam tiada cinta masa dikhawinkan terbit rasa sayang diantara mereka. But Heroin muda sangat dan nak sangat kejar impian dan sanggup buat apa sahaja demi impiannya. merka berdua terpisah selama 5 tahun. Lelaki ni berjanji setia dengan apa yang diperkatakan dan cuba dilakukan. Tetapi sepanajang tempoh yang terjalin tu lelaki ni sendiri yang mungkiri. hurmmm hebatnya dugaan kan.. sian pulak si Fika ni. Shah pulak dah jatuh hati dengan perempuan lain Husna namanya. 
     Yang buat Nas geram bila si Husna ni dah tahu lelaki tu ada isteri nak jugak dekat suami orang buat pe. Hishh geram betul permpuan macam ni... Hakikatnya dalam dunia realiti memang ada perempuan jenis  macam ni. jenis perempuan tak tahu malu. Dalam cerita ni si Husna ni baik sangat dengan nenek si shah ni. kebetulan nenek si shah ni memang tak suka pada Fika, alahai siannya la kat Fika. Boleh pulak lepas tu dia suruh si Shah ni ceraikan si Fika pastu nak ajak bina hidup baru. phuiii ko dahlah rampas laki orang lepas tu boleh  pulak ko bagi cadangan suruh ceraikan bini dia... haiii geram betul. 

     Panjang lagi cerita ni hope tak miss tengok cerita ni... Perasaaan geram tu aduhaii jangan nak katalah.. haaa korang korang tu yang belum pernah tengok cerita ni boleh tonton ok. kita sama-sama nantikan kesudahan cerita ni... nas harap sangat bukan si HUSNA ni pilihan shah...

salam bertemu lagi kawan-kawan....






Rabu, 13 Jun 2018

Assalamualaikum

Assalamualaikum kawan-kawan semua ...
rasanya dah lama sangat nas tak update blog kan. Kalau tengok kat blog tahun lepas pon hanya 3 kot yang nas update.
Rindu sebenarnya nak berblogging semula inilah akibatnya bila kekangan masa sangat mencemburui. But now rasanya ada masa terluang ni nak terjah jugak blog nas ni banyak dah habuk sana sini.. Apa pun sempat lagi Nas nak mengucapkan salam ramadhan kepada kawan yang mengenali nas. Nas doakan moga ramadhan kali ini memberikan kerahmatan buat kita semua.

 Haaa camne dengan persiapan raya tahun ni. Mesti masing masing dah buat persiapan untuk raya nantikan. Nas baru semalam sempat shopping raya. shoping dengan si kecik tulah. Hahhh buat pengetahuan korang si kecik nas dah pon duduk kampung nak masuk sebulan duduk dengan auntie atuk dan nyaie. Nas mintak bertukar sebenarnya tapi masih tak diluluskan.. keputusan sebelum ni dah 3 kali mengecewakan hopefully keputusan yang keluar hujung bulan 6 ni berjaya la. Doakan nas yer kawan kawan.








Selasa, 13 Jun 2017

Ragam Naik Sekolah


    Salam semua hope semua sihat. pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke18. Kejap je dah nak raya kan... hihhhihi




    Today zahin sekolah, macam biasalah kalau dah nama pon cuti sekolah 2 minggu pulak tu. Jadinya bila nak naik sekolah dia jadi banyak ragam. menangis la merajuk la macam-macam lagi. itu belum lagi ragam dia kat sekolah dengan tak masuk. Nak tak nak kenala masuk berdukung. 

    Bekal Zahin dekat rumah baby siter arini nasi+sup kentang campur telor + ayam goreng. cukuplah tu kot. Tapi macam biasalah zahin ni bab makan dia memang memilih sikit. Tak suka sangat nak makan nasi. Zahin suka makan mee/ spagethi haa tu memang laju. kalo pi kedai pon dia pandai dah oder makanan sendiri. "nak Mee goreng satu" aduhaii anak... tak apalah nak esok mama buat menu mee pulak yerr mesti makan bertambah tambah.

     

      


Rabu, 7 Jun 2017

Terjebak akhirnya

Assalamuaikum  hi  uols hope semua sihat sokmo yer. citer pasal semalm kekununnya tak gi bazar. Tapi semalam dah terjebak. Sebabnya sampai rumah kol6.30.  Mcam biasa balik-balik tu sinsing lengan gak. Masak nasi pastu Asben pon cakap takyah masak lauk beli je.. I pon on jelah. pi la bazar macam biasa tak tahu nak beli apa. cik husben kita mcam biasalah dah jumpa ikan keli berlada dia apa lagi terus terkam. Nas pulak tak tahulah nak makan apa. Last sekali Nas beli mee je dengan kuih.
   Balik tu dah kol 7. macam tak puas pulak bila tak dengar bunyi masakan dari kuali. Apalagi goreng la ayam sempat jugak buat untuk berbuka... hihihi

     Menu bento anak bujang hari ni Nasi Carrot dengan ayam goreng   :)


oklah see you next time na.. minggu depan kita jumpa lagi... kita nak balik kg dah bye bye