CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Khamis, 10 Julai 2014

Femes Gara-Gara Kesilapan Sendiri....


Assalamualaikum dan selamat pagi
selamat berpuasa kawan-kawan semua. Alhamdulillah pagi ni sempat sahur lagi, masih tak terlajak seperti tahun tahun sudah. memang dah set time kol 4.30 pagi bangun untuk sediakan juadah sahur. biasanya si kecik Zahin ni tak bangun, entah macam mane pagi tadi dia bangun, sibuk dia gi dapo punggah pinggan mangkuk, masuk dalam dapur kabinet.main botol softlan macam macam lagi la dak kecik ni godek. aku biar jelah lagipun tak kacau pon, kadang dia jerit-jerit gak kat aku ni suh duk joint dia sekali. dia tak tahu mama dia esok kat tempat kerja nak jadi Panda. yelah tido kol 2 bangun 4.30 pastu terus x tido bile kat tempat keje asik nguap je kejenya. rase macam nak letak kepala bawah meja tido kejap bile kat tempat kerja.


ok macam  biasalah kalau pi keje my husband yang hantar. so pagi aritu pergi keje rase heaven sangat la angin free la katekan. tapi serius kali ni lain sangat sejuk je.. wahhhh suke je aku kejap tengok kiri kejap tengok kanan. tenang je. puhhh sejuknya angin free ni. muke pulak bergerak-gerak cz banyak angin kene muke. perghhh best nya. serius betol lain. 

asik la sangat aku layan perasan. laki aku macam biasalah fokus pada pemandunnya. cilok sana cilok sini, sampai la kat downtown tu berhenti kejap cz trafic light. serius aku rase hari ni lain ringan je. ooo mb puasa kot dah puasa ari ke 10 mb aku dah terkurus sedikit kot. huhuhu. 








                                                     sampailah sampai bulatan nak  pergi ke tempat kerja aku tu.....



entah macam mane nak betulkan tudung punya pasal terus peggang kepala aku terus gubra tencengang tiba-tiba







    "abg... cyg tak pakai helmet"
suami aku pon tgok kat cermin cc dia


   "la ye ke" 


muke aku dah cuak yelh kot2 laki aku bertukar jadi naga kan ahahhaha
pastu terus dia buat uturn balik rumah la apa lagi.
patotlah orang kiri kanan asik sangat tengok aku. terperasan la sikit. ingat pagi ni tercantik sangat. hahaha
rupanya masaing-masing dok pelik kenapalah minah ni tak pakai helmat. malu aku dah tak pandang dah kiri kanan tunduk jer naik motor. my husben dah dok membebel macam mana leh lupe nak pakai helmat bla bla bla

       "ni semua salah abg nape abg tak bawak turun helmat cayng sekali" balas aku

     "aik abg ke yang salah... haaa yelah" tersenyum dia ahaha


nasib baiklah patah balik ambil helmat.  kat depan tempat keje aku tu ade JPJ . nasib baik 

     "nasib dah pakai helmat kan abg" laki aku angguk jer...
      "femes cyg arini" sempat  lagi tu..

moral of the story : pas ni jangan lupe pakai helmat ok kang tak masal melayang rm300 dahlah nak raya ni... jangan bagi duit raya kat JPJ... selamatkan duit raya kite hihihi


bye ... selamat berpuasa semua...



Jumaat, 13 Jun 2014

Sayang Zafri


Assalamualaikum dan selamat pagi, moge hari ni lebih baik dari hari semalam. Lama dah tak menjenguk blog nas ni. Sejak dua menjak ni busy memanjang. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Dia seorang yang periang. dia seorang yang comel, dia penyeri bagi keluarga kami. Keletah nya sering menjadikan kami teringat-ingat padanya.  itulah anak buah nas.. Zamir Zafri 1 Tahun 8 Bulan. suke tengok Bulu mata dia memang kalah perempuan. sangat cerdik. 

tapi sekali lagi kami dikejutkan dengan sesuatu yang tak terjangka.
      Allah menguji kami dengan sesuatu yang kami rasa amat berat untuk dipikul. Apatah lagi ibu bapa beliau. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Anak bijak Anak cerdik di duga sekali lagi penyakit yang mulanya adalah beguk dan 
  zafri terpaksa di operate untuk dapatkan sample bagi mengenal pasti penyakit ape. dan dada zafri perlu di operate sedikit bagi membuat port untuk kimoterapi nanti.  sayu hati lihat tubuh kecil diduga sebegitu ...zafri kne kuat yer sayang...

   dari hari ke hari kami sekeluarga masih menunggu keputusan sample dari pihak Hospital. dan pastinya ibu bapa Zafri lebih tertanya apa keputusan yang Dr akan beri

 dan kali ni bile sample sudah di ambil dan Dr mengesahkan Kanser Tahap 3. mase ni aku kat tempat kerja husband htr sms. bile dapat tahu menangis aku dibuatnya. Ya Allah moga Allah sembuhkan Zafri cepat. x sanggup tengok dia macam tu..

      tiap kali nas pi melawat kat HKL tak sanggup nak tengok zafri dalam keadaan macam tu. tak terdaya tapi aku kne tabah jua.. tengok adik ipar aku lagi aku bertambah pilu. Allah menduga beliau dengan ujian ini. Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluaga.

     "Zafri sayang... zafri kene kuat yer sayang, Zafri kan budak pandai... kami semua sayang Zafri  Mak Lang & Pak Lang sayangkan Zafri.. zafri cepat sembuh yer... "



    Selepas ni Zafri memerlukan Kimoterapi sebanyak 14 kali. Moga Zafri cepat sembuh.


 

Sedih   meleleh air mata ni time tulis blog kali ni... Ya Allah tak tahu nak rungkai macam mane. Kawan kawan tolong doakan kesihatan anak buah nas yer... semoga anak buah nas kembali sihat dan Allah permudahkan segalanya Amin.


                 "Zafri Kene Kuat Tau.. Kami Semua Sayang Zafri"




 

Isnin, 28 April 2014

Rindu serindu rindunya


Salam semua
dah lama rase nya 
tak berbloking rindu kat kawn2 blog
tengok habuk fuh fuhhhh
wahhhh rindunya kan
dah macam2 kawan-kawan update benda2 hebat

macam yang korang tahu sebelum ni
nas ade bagitau yang anak nas sekarang kat kg

buat pengetahuan korang
masa mule2 hantar anak kat kg
Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu
betapa rindunya nas kat anak nas ni
yelah apa tidak nya nas tak pernah berenggang dengan dia pon
kalau berenggang pon
just masa nak pergi kerja tu jer
kali ni memang nekad
hantar anak kat kg.

masa hantar tu ok jer
bila dah lepas tu duduk sorang
air mata mula la mengalir
dok amik anak patung dia siap cium2
pas tu amik bantal peluk dia 
tido tu bertemankan air mata
puas dah husben pujuk tapi dok teringat kan dak kecik tu
huhuhu
sedih nye



yang tak tahan tu baru sehari
nas hantar
pastu esoknya dh cuti kerja
cz demam melanda
demam rindu kat anak
pastu jam berdering kol 5
mcam kebiasaan nas akan ambil anak
kelam kabut nas nak amik anak
pastu husben cakap
nak gi mana ni
nak ambil zahin la
eiii zahin kan kat kampung

haaaa tengok macam tu sekali aku 
huhuhuhuhuhuhu
sedih 
boleh pulak aku jadi
seminggu cam tu 
tapi 
lepas tu ok dah
tapi dengan satu syarat 
tiap-tiap minggu aku balik
tak tahan menanggung rindu pada si kecik tu
 dan adik2 nas kat kg
jadi mangsa untuk send pic kat wechat or wasup setiap hari
hari2 nas call mak kat kampung
tanya pasal Zahin
kadang-kadang mak nas pon dah faham beno
dengan time nas nak call 
hihihihihi

awal bulan 5 nnt nas nak ambil dia dh
tak tahan dah nak duk jauh2
yeayyyyy






Khamis, 3 April 2014

Cinta hati

Salam semua
Nak ber blog pon dah mls skrng sedih bile mengenangkan anak di kg. Sedih sangat kne berpisah sementara,,, tak sabo nak tunggu ari jumaat nak balik kg....rindu kat dia..

Khamis, 13 Mac 2014

Please Come Back..


Salam satu Malaysia
maaflah lambat nk update citer terkini..
Sedih dengan berita Baru2 ni
tentang MH 370 
same2 la kita doakan
semuanya dalam keadaan selamat


-Kembali la-
Mungkin semalam kita Pernah Berjenaka
sampaikan aku termimpi saat itu
Mungkin semalam kita pernah bertengkar
sampai aku mula rindukan saat itu 

Mungkin Saat-saat yang indah itu
membawa aku kepada layar impian
dan aku masih menanti
agar di sisipkan kembali
kenangan Seharum indah

Tawa mu
Tangis mu
Menjadi Mainan mindaku
sayup rasa dijiwa
menyanyi Resah di hati
Takan berkubur Rindu ku ini
itu yang aku Pasti


Entah kemana
Entah dimana
Entah  kan Bila
ianya bermula
aku masih lagi menanti khbar beritamu
masih menanti  khabar darimu
biarpun luruh hatiku nanti
Aku tetap disini 
bersama doaku pohon
kau Selamat segalanya
Terbang lah kembali
menuju kami
yang masih menanti mu dengan pasti
semoga Doa Kami diberkati
Hanya Padamu Ilahi 
kuSisipkan rindu dihati.



Kawan-kawan semua sama2 lah kita berdoa semoga MH370 ditemui. moga semuanya berada dalam keadaan yang selamat. Hope segalanya dipermudahkan Amin...




Khamis, 6 Mac 2014

Kita Serupa

Salam 
hye kawan-kawan hope sihat sokmo ye
sejak dua menjak ni
mood untuk kembali menulis 
amat membuak
mungkin kerana idea yang kian membuak2

Sedia kita semua maklum
kita semua dianugerahkan Oleh Allah
dengan kelebihan masing-masing
begitu jua la nas
mempunyai bakat dalam penulisan
tapi sempat berjinak sekejap jer
kebanyakan kalau tulis novel pon
tak pernah nak publish
just untuk bacaan sendiri dan bacaan kawan-kawan saja
nak publish terasa macam tak layak
padahal kawan-kawan dah bagitau
suh publish
sekurangnya kita dah cuba cabar
apa yang kita buat kan..


takpelah novel tu isnyallah diusahakan
ni anatara salah satu  sajak yang nak buat sendiri

Kita Serupa

Tak perlu bermadah indah
Jika hati tak seindah yang disangka
Tak perlu bermadah mulia
Jika tingkah laku salah dimana-mana
Katamu dirimu sungguh berhemah
Namun hanya di omelan sahaja
Tak punya minda tapi di kata punyai Akal
Bukan kah ianya sama?
Namun dibidas kata nista.
Keajaiban yang maha esa
Agar di satu masa
Bisa menyelongkar segala yang kau kata
Kerna ku sedar
Kamu mahu pun aku
Datang dari pencipta satu yang esa
Hanya amalan yang berbeda
Jika dahulu mungkin di pandang Hina
Namun di satu masa  pasti
Yang Hina itu Akan menjadi Mulia..
Kerna ku Percaya takdir Allah itu indah Khabarnya
Alhamdulillah




Nas tak la hebat 
seperti tokoh-tokoh sasterwan diluar sana
apa yang nas buat ni
sepontan bila kita melihat sesuatu
dan maka inilah hasilnya,
baru-baru ini juga
nas ada lah joint contes dar Aima Chan
saja-saja
hope dipermudahkan segalanya 
amin..


"Pengkhayal Pena...Menghirup Seni Nan Indah"

Hidayah Milik Allah


Assalamualaikum wbt
hurmmm lama nya nas tinggalkan dunia blog ni
rase rindu pada kawan-kawan.bukan tu jer tak sempat nak 
ikuti syarat2 untuk segment yang dikendalikan oleh kawan-kawan blog
bukan apa sejak kebelakangan nibusy sangat2anak pon makan membesar nak perhatian lebih
jadi kat umah tu time nak berbelog anak pon dok BLOK aku nya mood
la ni update jap singah sanasinggah sini kengkawan punya belog..



korang percaya  tak kadang-kadang apa yang kite rasa kita tengok semuanya cantik kita akan ikut sedikit demi sedikit. TRUST ME
   sebab nas sekarang cengitu nas rasa dia amat molek dari pandangan mata nas. sangat suke dengan tingkah lakunya sopan bergaya cergas dan yang paling penting ikhlas dalam berkawan dan setiasa meningati dari segi agama. Insayallah. 
   SIAPA DIA?
                      jawapannya RAHSIA

serius nas sangat meminati cara dia serius sedikit demi sedikit nas ikut kadang-kadang ada gak yang kata kami ni kembar hurmmm tengok
but sangat menghormati beliau. puji cara kredibaialiti dia.
   insan yang bergelar ibu kepada 2 anak.
     serius la tak tahu kenapa but dia memang boleh di jadikan IDOLA ok
Hidayah Milik Allah
yer betol tu
Kerana Hidayah jualah kami dipertemukan dan menjadi kawan dan mungkin satu Bonus wajahnya nak mirip dengan muka ku
    SIAPA DIA?   biarlah menjadi RAHSIA 
apa yang nas boleh cakap dia amat nas kagumi.  

    pesanan dia akan nas simpan sampai bila-bila tu yang pasti

" Solat 5 Waktu Wajib..... Nak Bonus Lebih Buatlah Solat Sunat Dan Solat Duha untuk rezeki yang tak akan putus"

Syukur Alhamdulillah dapat kawan macam ni

tq Ya Allah


LOVE MY LIFE VERY MUCH