CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Isnin, 21 Oktober 2013

Jom Kite

Ok memandangkan
nas explore kat goggle search
cara mendidik anak
yelah kunun2 nak wat caner nak didik zahin nnt kan
nas terjumpe la satu benda ni
yang nas rase 
amat berguna
nas dah terjumpe benda ni kat
manelah tau korang pon nak
wat cara ni kan
sharring is carring

Aligatogozaimas


SHICIDA METHODS – JADIKAN ANAK PANDAI



BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai 
kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat 
anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah 
SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan 
otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan 
lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih
 kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada 
ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal
 berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya 
orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.
Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk 
dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia 
di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan 
otak anak-anak anda menerimanya :




1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya 
dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak
 baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya 
sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja 
manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab
 kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,
cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya 
supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan
 pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.
Insya-Allah menjadi.




2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar 
ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka
 sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. 
Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat 
seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita 
tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa
 benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-
gambar tertentu .




3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak
 anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting 
kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas 
semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.
Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah 
badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang 
anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan
 otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya 
pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.
Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan 

otak kanan.



4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan
semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking
 mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka
dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian
suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu
merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan
 kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,
berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak 
terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan 
mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan
 perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah
 untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang 
hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.
Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.




Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa 
yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan 
kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap
 dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah 
di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga 
memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak 
kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .
Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk 
menyampaikan maksud anda,misalnya –
    “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” . 


jom2
kite praktikan same