Salam semua
hope kowang semua sihat yerpppp
nas masih lagi
demam
tak tahulah kenapa meleret demam
nak masuk 3 bulan
Alhamdulillah
ini ujian yang Allah bagi pada Nas
alhamdulillah
Ok lah
tak payah sangat nak
pening kepala memikirkan
kenapa demam nas ni lama sangat k
ok masa tecik2 dulu
kowang ade dengar kan cerita ni
"RUMPELESTIKIN"
hahhhh
apa macam ade kan
bukan setakat ka buku cerita jer
kat TV pon ada main dalam cerita carun
kn kan kan
ok lah kalau kowang lupa
mailah nas tolong ceritakan semula
nas pon same gak
nak mengimbas sejarah
masa tecik2
huhuhuhuhuu
RUMPELSTILTSKIN
Suatu masa dahulu, ada seorang petani yang tidak mempunyai apa-apa kecuali anak gadisnya yang cantik. Suatu hari, dia menghadap raja dan memberitahu raja bahawa anaknya boleh memintal jerami menjadi emas. Raja menjawab.
"Beta ingin menemui anak gadismu! Bawa dia keistina esok".
Apabila gadis itu tiba, Raja membawanya ke bilik yang dipenuji jerami.
"Kamu mesti memintal jerami itu menjadi emas. jika tidak, kamu akan dihukum". kata raja. kemudian raja pun pergi. Gadis itu melihat jerami yang ada dan mula menangis. , kerana dia sebenarnya tidak boleh memintal jeramiu menjadi emas.
Tiba-tiba seorang lelaki kerdil yang aneh muncul.
"Mengapa kamu menangis?" Tanya nya.
"Raja menyuruh saya memintal semua jerami ini menjadi emas, tetapi saya tidak tahu bagaimana!" katanya menangis.
"Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku memintalnya untukmu?" tanya lelaki kerdil itu. Gadis itu memberikannya rantai, dan dia segera memintal jerami menjadi emas.
Pada hari berikutnya, perkara yang sama berlaku, Kali ini gadis itu memberi lelaki kerdil itu cincinya. Tetapi pada hari ketiga, gadis itu tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan. "Jika begitu kamu mesti menyerahkan anak sulung kamu" kata lelaki kerdil itu lagi. Gadis itu tidka dapat memikirkan cara lain, maka dia pun bersetuu.
Raja amat gembira dengan semua emas yang diperolehi lalu mengahwini gadis itu. Mereka gembira berasama. Setahun kemudian, Mereka mendapat seorang bayi comel. Permaisuri lansung lupa tentang lelaki kerdil yang anej itu, tetapi suatu hari dia muncul untuk mengambil bayi itu.
Permaisuri tidak tergamak untuk menyerahkan bayinya. Dia menawarkan lelaki kerdil itu semua wang dan permatanya, tetapi dia enggan menerimanya.
"Janji tetap janji" katanya. Ketika itu, Permaisuri mula menangis. Akhirnya, lelaki kerdil aneh itu berkata
"Jika kamu dapat meneka namalu dalam tempoh 3 hari, aku akan benarkan kamu memelihara bayi kamu".
Permaisuri meulis senarai nama yang diketahuinya, dan dia menghantar utusan untuk mencari nama lain. Selama dua hari permaisuri membacakan semua nama, tetapi semuanya salah.
Kemudian, seorang utusan tiba. Dia memberitahu permaisuri bahawa dia ternampak seorang lelaki kerdil yang aneh didalam hutan menyanyi,
"Rumpelestilskin ialah namaku!"
Apabila lelaki kerdil itu muncul keesokan paginya, permaisuri bertanya,
"Adakah nama kamu Henry?"
"Bukan!"
"Adakah nama kamu Julius?"
"Bukan!"
"Adakah nama kamu Rumpelstiltskin?"
lelaki kerdil itu marah. Dalam kemarahan. dia menghentak kakinya ke lantai dengan kuat sehingga ia pecah. Dia terjatuh ke dalam lubang itu dan tidak kelihatan lagi selepas itu.
Sekian
itulah cerita yan nas
ambil dari sebuah buku
siri cerita dongeng ternama
penterjemah dari : Azwani Abdul Ghani
hahahahhhhhhhh
bestkan
lama dah tak dengar cerita zaman dulu kala ini
bet pulak
macam teringat2 jer
zaman kanak2
bestnya kalau masa ni bleh diundur kembali...
ok jumpa lagi yer
dilain entry
salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan