CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Selasa, 29 November 2011

100 Hari

Salam semua
harap semua sihat
serta dilindungi Allah
Nas alhamdulillah
diberi kesihatan yang baik
Alahmdulillah
terima kasih Ya Allah
berbalik pada kisah diatas
mesti korang tertanya2 kan
apa die yang seratus hari...
nas berpantang ker???
owhhhhh bukan2
nas diet ker????
owhhhh lagi bukan
habis tu apa die??
hahhhh mesti korang nak tau kan.
merujuk kepada title diatas
bermula dari nas tengok drama
yang bertajuk
100 Hari
amat sesuai dijadikan iktibar buat diri kita
kadang2 kita ni leka dan alpa
tentang keduniaan
tapi akhirat dipandang enteng
or endah tak endah jer
seriusly nas tengok
cerita ni
nas sendiri dapat rasekan yang 
watak dalam cerita ni 
menyentuh tangaki hati nas
nas seolah merasakan nas berada ditempat itu.
nas menangis teresak2
Subahanallah
Ya Allah
hanya pada mu kuberserah 
sesungguhnya hidupku
matiku hanya kau yang tahu
sebab tulah kite perlu 
banyakan buat bekalan untuk hari akhirat
lagi elok jika apa yang kita buat didunia
disusuli dengan amalan untuk hari akhirat.
nas tak menunding kat sesiapa
just kita saling menasihati 
agar kita sama2 dapat hidayah darinya
amin

mesti korang tak sabar nak tau 
apa yang ada pda 100 hari kan
****100 hari Tanda kematian****
sama2lah kita ambil iktibar 
agar kita bersiap sedia untuk 
menuju ke alam abadi 
sesungguhnya 
alam yang kita duduki sekarang hanyalah
sementara
yang abadi ada disana (akhirat)
dari itu marilah kita sama2
saling menasihati
membuat amalan yang dituntut
agar kematian kita tidak menjadi sia2
ataupun kita tidak menyesal nanti
wahualam....
renung-renungkanlah

100 Hari Tanda Kematian
Innalillahi wa innalillahi rojiun, datang dari Alloh dan akan kembali kepadaNya, semoga kita selalu menjadi orang - orang yang selalu mengingatNya dan beruntung serta saling mengingatkan. Tanda 100 hari mau meninggal...
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

 
"Tanda 3 hari" 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah  kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

"Tanda 1 hari" 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

"Tanda akhir" 
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Moga kita tergolong dalam 
hamba yang beriman
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
sama2lah kita saling menasihati
sekian

salam


Tiada ulasan: