CLIK HERE GUYS TQ

Pengikut

Cari Blog Ini

Rabu, 11 Februari 2015

Happy Postcrossing ke-14

sent to Russia


Mmaya, RussiaUsername: Mmaya
Country: Russia Russia
Received on: 26 May, 2015











MY-248516





Happy Postcrossing ke 7

Hiiiii update again
today i sent postcard to Helena Shine. i hope she like my postcard


To:

HelenaShine, ChinaUsername: HelenaShine
Country: China China
Received on: 26 Apr, 2015
Data, imagery and maps by MapQuestOpenStreetMap and contributors, CC-BY-SA. Powered by Leaflet.
Distance: 3,422 km
Travel time: 74 days
 Favorites: 1 (Who?)


my image postcard
MY-248527





Happy Postcrossing

hi  postcard again this is my second Postcard i sent. 

To:

Tine87, GermanyUsername: Tine87
Country: Germany Germany
Received on: 7 Mar, 2015

MY-248521

"happy postcrossing tine... hope you like my poscard"


"Happy Postcrossing"




My first Postcard i sent to


To:

Raisa-Hannele, FinlandUsername: Raisa-Hannele
Country: Finland Finland
Received on: 6 Mar, 2015
MY-248526

    "hai raisa i hope you like my postcard... Gretting from Malaysia  and "Happy Postcrossing""



My first poscard i sent to 



Jumaat, 6 Februari 2015

Yeayyy...Cuti-Cuti



Salam 
hai peps... hope semua sihat sokmo...
happy fridays.. esok cuti yeayyy
                           hari selasa hari tu kan cuti so manfaat kan cuti sebaiknya
biasalah bile cuti the first thing kne fikir tenghari nak masak apa... biasanya kalau hari cuti nas akan start masak dalam pukul 11 macam tulah kirenya merangkap bekfes then lunch sekali hihihi...  biasanya kalau cuti nas jarang breakfast. kalau terajin pon mungkin buat mee goreng or nasi lemak... ( itu pon kalo terajin kan) hohohoho mak ni x rajin mane pon!!!!
so menu for the day kerang masak merah, telor dadar and, sawi + >> carrot masak air<< ( menu wajib sejak ada anak ni)... lepas tu makan perghhhh keje nak mentong je la hahaha 
kebetulan cuti sederet dari sabtu hingga ke selasa so.. ari selasa tu nas pi masjid jamek.. serius memang dah lama x jejak kaki kesana.  dan saje la nak bawak my baby jalan-jalan naik tren. cuti-cuti malaysia.
     Mr husband dia tak joint sekali cz dia penat. so rancang with my sis and keputusan nya kami keluar bertiga. siap bawak stroler baby. tapi memang jenuh la time kat tangga. nas memang tak reti nak handle stroler kat eskulator okeyh... nasib baik my sis pandai... first buat masa tu kat masjid jamek.. boleh pulak stroler yang nas nak handle ni x berjalan bile sampai kat tangga bawah. dia macam "hang" kat situ OMG seriau gile. my baby reaksi dia selamba je macam tak apa yang berlaku. cume dia nampak air and word yang terkeluar ialah "FISH" ok 
then nak melintas jalan (sebenarnya banyak benda dah berubah tapi nas je yang jadi tak tahu macam baru first time gi situkan. aduhaiii) sekali lagi si zahin nampak air kat Lopak "FISH" oiii Zahin asik fish je kan... hahaha

(Iklan sekekap lama tak inteperem hihi)
Budak gemuk mendadak...



     then laluan nak masjid jamek ada lah sampah selongok then my Zahin Say Cocoh...(Aku ???) COCOH apa tu .... dia tengok aku bah bah cocoh.... ( zahin semua orang dia panggil abah... puas la aku tolong betolkan. tapi kadang-kadang aku layan jelah..)
masa makan Buger KIng siap tempahkan si zahin satu air milo yang tak sejuk kat dia. sebab zahin memang tak suke minum kongsi dengan orang lain. dia memang nak minum sendiri. jadinya menu untuk zahin frices and air milo. aku macam biasalah menu mengemokan diri hahaha...
dok tunggu adik gi oder menu tu aku belek-belek la satu video si zahin ni then baru aku teringat apa yang dia cakap kat aku tunjuk sampah then say cocoh...
 COCOH > yang dimaskudkan oleh zahin adalah LIPAS.. tergelak aku tengok dia... aduhai zahhin.. zahin..
 dalam video tu pon benda yang sama dia cakap " ba ba.. cocoh" siap tunjuk lipas yang mati dek tangan aku ni.. aku yang bunuh dia sebab aku takot geli dengan binatang ni...
susah sebenarnya bila berjalan bawa stroler kan... time tu takada pulk mr hubby. so the next bile keluar cengini lagi. nas akan pastikan tak akan bawak stroler... better carry la. so senang sikit nak berjalan. MB ramai yang rasa terganggu dengan stroler yang kite bawak. yelah semua faham macam mana dengan situasi MASJID JAMEK. nas sendiri pon rasa macam susah kot.. ni pendapat nas la. mb ada pendapat momies2 kat luar sana stroler mudah. but bagi nas memang tidaklah. jika nak ke mall mb ok kot tapi kalo tempat yang macam bazar ni better carry. pengalaman untuk diri ini.
then bila nak balik tu memang nas dah plan tak akan naik dari masjid jamek semata-mata untuk dapatkan tren ke sri Petaling  jadi nya nas naik Tren Ke Sentul bawak zahin jalan-jalan duk dalam tren hinggalah ke stesen terakhir Sentul Timur... wah... best sangat. tak perlu nak bersesak-sesak kan. hhihihihi macam biasalah dari sentul timur terus direct ke CHERAS... 
ZAHIN? sudah lena di ulit mimpi... penat sangat kot paahal duduk je dalam stroler

cuti-cuti thaipusam Day


ok uols jumpe lagi di lain entry ye 
bubyeee



     






Ahad, 1 Februari 2015

Perancanganku

Salam kawan-kawan
lamenya tak update blog n i rindu sesangat  dah ni

Welcome 2015
ok rasenya macam dah terlambat sangat kan now dah bulan FEB
alhamdulillah buat setakat 2014 nak dikata kan hampir semua yang diimpikan terlaksana Alhamdulillah.. syukur sangat.

Today merupakan hari wilayah so hari ni kite cuti yeaaayyyy
jaga si anak yang batuk selsema... anak mama cepat sembuh yer....

NOw hope tahun ni akan gemilang macam tahun sudah... 
   my vision tahun ni   ?..... teettttttttttttttttt rahsia hihi
salah satu yang pasti lebih pada parent.... hope perancangan ku menjadi amin...

and hope sangat apa yang aku rancang kan menjadi kenyataan..

Terima kasih Allah atas semua nikmat dan kurniaan yang kau berikan.
Amin Amin Amin...






Rabu, 7 Januari 2015

Putera Syurga..

   
Salam sayang kawan-kawan. moge hari ni lebih baik dari hari semalam. moga hari-hari yang mendatang dapat kite tempuhi dengan rahmat darinya. lama dah nas tak update blog kan. di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. hari ni nas kongsi kisah sedih bersama kawan-kawan semua. siapa yang memang follow blog nas pernah terbaca kisah "sayang zafri"..cerita hari ni agak panjang sedikit. sorry curi masa kawan-kawan sedikit untuk membaca. ok kalau pada sesiapa yang x pernah bace boleh klik link kat bawah 


Semalam mungkin merupakan hari yang panjang tanpa aku sendiri sempat memikirkan sesuatu yang akan terjadi pada hari yang mendatang. Coretan panjang semalam mana mungkin dapat diundurkan kembali. Coretan sepi hanya mengamit minda yang kian pedih dari hari ke hari.Dia seorang insan istimewa menjadi penyeri dihati kami sekeluarga, dia seorang insan istimewa yang Allah hadiahkan buat kami. Dia jua Insan istimewa segalanya dia. Tiada gantinya hanya lah dia. Kini segalanya dia. Fikiran hanya laju memikirkan dia. Makan pakai ku sendiri sudah tidak kuhirau hanya doa yang ku panjatkan. Agar dia sihat sepenuhnya. Biar pon air mata darah yang mengalir menderu-deru tidak pernah ku kisah. Kerna dia adalah segalanya. Dialah segalanya bagiku. Makanan ku hidang masih sepi tanpa dijamah. Jelingan dari ekor mata nya dapat kurasa mungkin perut itu minta di isi. Tapi apa mungkin aku rungkai kesakitan yang kau tanggung wahai pencinta hati. Ya Allah sungguh Berat kau uji tubuh kecil ini Ya Allah aku yang melihat sudah tidak berdaya apa lagi pada tubuh kecil ini. Seandainya segala yang dirasainya itu mampu kau ubah kepadaku aku sanggup laluinya. Aku rela demi dia. Saban hari jalan ini kulalui, sebak sedih bercampur segalanya mana mungkin aku mampu mengutip kembali senyuman yang pernah dulu  aku ukirkan. Yang pernah aku ukir bersama si dia. Hanya kenangan kegembiraan jelas bermain dimataku.
ITU DAHULU. 
Sekarang  hanya Air mata yang menjadi hiasan pipiku. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ya Allah sekiranya ini yang kau uji buat kami sekeluarga, aku redha permudahkanlah segalanya Ya Allah. Berikan aku peluang melihat pelangi indah lagi. Agar aku bisa  kembali tersenyum,. Merungkai segala kesedihan lalu. TAPI… mana mungkin hari ini berlalu dengan pantasnya. Hari ini masih hari ini. Hari ini dia masih begitu.  Sudah tidak berdaya. Pengakuan Doktor membuatkan lutut ku lemah tak terdaya. Mahu sahaja aku menjadi insan pekak agar aku tidak dapat mendengar pengakuan Doctor , aku mengigit bibir sendiri,, adakah hari ini aku bermimpi atau hanya khayalan atau entahlah aku sendiri dah tak mampu berfikir. Semakin aku berfikir semakin sesak nafasku dibuatnya.pipi anak kecil yang masih begitu ku kucup lagi.
            “ibu sayang Zafri” hanya satu luahan mampu melihat kelopaknya matanya bergetar.  Seketika tertutup kembali.  Seperti biasa aku mengelap cebisan yang mula merembes. Aku kene kuat demi dia.
            “YA AKU KENA KUAT”
Mana mungkin aku tewas depan anak kecil yang kusayangi. Roti dan makanan lain yang kubelikan semalam masih elok dalam beg plastik dan di ikat kemas. Memang tiada sentuhan disitu. Tahulah bahawa tubuh kecil itu masih tidak mahu menerima secebis pon makanan.peritnya hati ku. Pedihnya jiwaku. Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menempuhi hari ini hingga hari-hari mendatang. Katil silih berganti ada yang masuk dan ada yang keluar. Tapi  anaknda tercinta masih disini.

“PUTUS ASA?”

Mana mungkin aku masih mahu harapan baru datang aku mahu sinar keajaiban terjadi. Aku percaya anak ku boleh sembuh…

“YA AKU YAKIN”

            Menjadi seorang ibu yang seperti aku bukan mudah. Kerana aku bukanlah seorang yang berjiwa kental. Mahupon berjiwa waja. Aku seorang ibu yang tidak punyai apa untuk diberikan untuk anak aku. Tapi aku percaya aku punyai kasih sayang yang jitu. Aku pasti semua kaum hawa berperasaan seperti aku.

“Ada sesiapa mahu menjadi seperti aku?”

. Pasti ramai yang tidak mahu. Begitu jua aku. Aku tak mahu jadi seperti ini, tapi Allah dah pilih aku untuk lalui ini, dan aku pasti apa yang Allah berikan pasti ada hikmah. Biarpon aku sendiri tidak berdaya untuk lalui. Hanya sokongan dari ahli keluarga membuatkan aku kuat untuk menanti cahaya kegembiraan itu kembali padaku. Sungguh aku memang berharap sinar itu datang kepadaku. Jika ada yang kata jangan berharap  aku sangkal semuanya. Sebab aku memang berharap Allah berikan aku peluang itu.
            Perjalanan yang aku lalui seakan kosong. Aku tak hirau pada dunia luar. Yang aku tahu aku mahu putera sulung ku sembuh, menjalani hari-hari seperti biasa macam budak lain  jua. Berlari-lari bermain memanggil
            “ibu ayah”
           " pa dia ... pa dia" itulah ayat yang selalu dicakapakan segala percakapan gelak tawa terngiang ngiang ditelingaku
            “Sungguh aku rindukan saat itu, rindukan saat-saat manis bersamanya. Aku dan dia kejar mengejar bergelak ketawa, semuanya di kongsi bersama. Namun tidak lagi dihari ini
Sedih aku melihat tubuh kecil itu masih berbaring di katil.  Aku lihat sudah ada cebisan roti tahulah aku bahawa anak ku dah berselera untuk makan. Alhamdulillah. Nampak sahaja aku disitu putera ku bangun. Laju saja air mata ku menubir. Gembira Ya Allah … aku tak dapat gambarkan perasaan aku. Sejak dari Kuantan putera ku tak nak makan. Apa lagi susu. Bila Kuantan transfer ke HKL lagilah aku bertambah gusar. Namun pagi ini Allah hadiah sesuatu buat aku. Tersenyum aku lihat tubah kecil itu mencubit roti dan disuakan kemulut. Tapi susu dia tak mahu minum

“tak pelah nak.. janji kamu makan” desis aku didalam hati.

Tapi Allah beri aku sekejap sahaja senyuman tu.. keesokan harinya putera ku dikejarkan ke ICU. Kali ini Docktor memanggil aku dan suami. Apa lagi yang mahu diberitahu kali ini. Mampukah aku menerima apa sahaja yang bakal diberitahu.
            “apa sahaja yang berlaku kita redha. Dah tiada ubat yang dapat menyembuhkan anak Puan. AKU…. Terdiam lama hanya air mata yang dibiarkan mengalir laju bagaikan air terjun. Apakah ini realiti nya. Bila doktor memberitahu putera ku hanya boleh hidup sekitar 2 bulan paling lama dan paling cepat 2 minggu. Hakikat apakah ini sedangkan aku mahu mengukir kenangan yang panjang dengannya. Belum puas lagi aku bermain bersama, melihat dia membesar bersama. Segalanya ingin aku lakarkan.
            Sebaik sahaja keluar dari bilik doktor aku tak terdaya untuk berkata apa. Melihat tubuh kecil itu hanya bergantung pada alat pernafasan untuk bernafas. Perit nya aku rasakan. Dapat aku rasakan apa yang ditanggung nya pada ketika itu. Sel-sel sudah merebak dan menutup salur darah ke kepala. Ya Allah hebat benar dugaan yang kau beri adakah ini kenyataan yang perlu aku terima.
“Mampukah aku?”
Esok petang doktor akan mencabut alat bantuan pernafasan anak ku. Doaku agar Zafri boleh bernafas sendiri  tanpa mengunakan alat bantuan.
            Hari ini penantian yang ku tunggu datang jua. Alhamdulillah Zafri mampu bernafas sendiri tanpa mengunakan alat  bantuan pernfasan. Aku Nampak segala gerak gerinya. Hanya Allah saja tahu betapa bersyukur aku kali ini melihat perkembagan positif anakku. Dan hari ini boleh la anak ku dibawa ke wad biasa. Kami diberikan wad persendirian. Bolehla pakcik makcik kepada zafri melawat nanti. AKU? Apa yang terjadi aku redha apa jua kemungkinan bakal berlaku. Sekali sekala aku inginkan keajaiban yang berlaku dalam hidupku. Aku mahu kegembiraan yang dahulu bercambah semula. Itu yang aku pasti.  Semakin hari semakin aku dapat rasakan dia semakin tidak bermaya. aku yang melihat lagi sedih melihat tubuh kecil itu berselirat dengan wayar. Setiap kali nurse atau doktor memasukan susu melaui hidung, zafri mengelupur sekejap. Sakit. Ya memang sakit. Cuba bayangkan sesuatu menyucuk hidung kita. Ya Allah apa dayaku untuk menghalang kudrat yang kau beri. Tubuh kecil itu sudah tidak mahu apa-apa makanan mahupun susu yang diberikan. Biarpon susu yang disalurkan melaui wayar ke hidung untuk memberi susu. Namun susu yang diberikan tidak hadam.  Zafri hanya merengek mungkin sakit yang dirasai.
            “Allahuakbar…”
       apa daya untuk aku yang bergelar seorang ibu mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh anakku. aku hanya mampu mengusap kepala dan mengurut kaki untuk mengurangkan dia sakit dan merengek.sekali sekala aku memujuk zafri agar kuat, aku mahu dia sihat.

Sejak dua menjak ini air mata seolah menjadi perhiasaaan ku dikala ini. Tak pernah aku meminta untuk air mata yang begini. Tak pernah aku ingin kan untuk aku meratapi semuanya. Jika takdir sudah tertulis buat kami aku redha dan pasrah dengan ketentuan yag diberi.
            Hari ini 2.00pagi aku lihat nafas zafri turun naik dengan laju. Bukan sekali tapi kerap. Sekejap di Tarik nafas yang panjang dan dihembus. Ayat suci Allah “La ila ha ila Allah” sering aku dengarkan di telinganya. Aku masih berharap agar ada sinar yang bakal hadir. Aku percaya Zafri anak yang baik dan kuat. Ya Zafri boleh sembuh. Hati aku cuba memujuk aku dikala duka.  Kali ini nurse memberikan aku temputure dan aku lihat suhu 40c. aku lihat kaki putera yang ku sayangi sudah layu. Sekejap-sekejap dengar nafasnya. Sungguh aku tak sanggup melalui detik ini. Detik ini la yang amat aku takuti
Seketika bahu ku ditepuk perlahan.
            “Wani redha kan dia pergi…” ucap ibuku.
Jantung aku seolah terhenti. Aku hilang punca. Tubuh kecil dihadapanku aku tenung sedalamnya. Entah dari mana muncul kekuatan diri ini. hanya itu yang mampu ku ucap
            “Zafri ibu halalkan air susu ibu yang mengalir ditubuh zafri… Zafri pergilah nak… zafri jaga diri baik-baik ye kat sana.. ibu sayangkan zafri…zafri pergi ye ibu redha” air mata ku  mengiringi laju menyusur bagai air terjun. Tubuh kecil itu menarik nafas panjang dan kelihatan air matanya mengalir sebaik aku melafaskan semua itu. 
            “ALLAH kuatkan aku YA ALLAH…”jerit aku dalam hati. Mana mungkin kasih sayang ku padanya hanya samapai disini. Aku mengetap gigi sekuat hati. Aku perlu kuat depan dia.
            Sebaik sahaja doctor tiba tubuh kecil itu ditarik ke bilik berasingan bersama seorang doktor untuk memasukan ubat di tempat kimo nya dahulu. Ekoran demam yang panas secara tiba-tiba. Aku lihat tubuh kecil itu masih menarik nafas panjang sekejap-sekejap dihembus perlahan. Air mata yang kucuba tahan tadi gugur jua. Selesai  sahaja doctor menghantar semula kepadaku. Kali ini nafas Zafri menjadi semakin laju. Dia menghembus nafas yang panjang dan lama untuk dilepaskan. Aku cemas. Adakah ini yang terakhir aku dan dia. ALLAH… ALLAH
            Akhirnya apa yang aku tidak ingin berlaku jua.  Aku teringat semula kata doctor bahawa anak ku tidak dapat diselamatkan dan salur darah yang menghubungkan diotak sudah tersumbat. Jadi air sudah terkumpul dikepala. Aku tersandar lutut menjadi lemah namun aku gagahi. Doktor dan nurse sudah mengkerumuni anakku .  Sedaya upaya mereka cuba menyelamatkan zafri. Namun aku tidak sanggup melihat anak kecil itu terseksa lagi
            “sudahlah doctor saya redha dia pergi… biarlah dia pergi dari dia terseksa sakit begini” berderai air mata ku mengalir.  Tak sanggup lagi aku melihat tubuh kecil itu diperlaku seperti itu.
            7.15am 19/12/2014 dihari jumaat yang mulia. Akhirnya putera yang amat kami sayangi pergi buat selamanya. Aku hanya sempat meberikan kasih sayang padannya 2 tahun 2 bulan. Allah beri aku pinjam hanya seketika.Tinggal kan ibu ayah dan adik zara.  Zafri ibu sayangkan zafri. Zafri dekat sana jaga diri elok-elok. Ibu sentiasa rindukan zafri.
            Teringat kembali semasa datang Ke KL 3 minggu lepas Zafri ada dengan ku masih kudengar tangis renggeknya. Aku pangku dia dengan erat. Aku belek-belek kepalanya yang botak. HARI INI aku pulang semula ke Kampung dengan Zafri jua. NAMUN hanya jenazahnya yang tidak bernyawa lagi.
            “ALLAHUAKBAR YA ALLAH” air mata yang mengalir tak mampu ku sekat. Benarkah ini benarkah apa yang berlaku hari ini. Aku seolah tidak percaya. Aku rasa seperti aku baru sahaja melahirkanya.  Meriba dan memberikan susu padanya. Hari ini aku diduga dengan dugaan yang amat hebat.  Dari HKL hingga ke PAHANG aku meriba jenazah anak ku sendiri. Diringi suamiku yang sudah terdiam seribu Bahasa. Kegembiraan kami ditarik bersama kenangan dia.
            Suasana perjalanan ku ke kampong dengan 4 buah kereta iaitu adik beradik ku mengiringi jenzah untuk ke kampong. Cuaca syukur redup. Sampai sahaja di kampong semua sudah menanti. Tiba sahaja suami ku mengusung jenazah untuk dibawa kerumah hujan rintik halus mengiringi. Sehingga selesai jenazah dikebumikan. Aku masih mengumpul kekuatan untuk melalui hari yang mendatang.
            Terima Kasih kepada PUAN MAHAWA PILUS & USTAZAH SITI KHADIJAH yang banyak membantu keluarga kami. Terima kasih kepada orang awam yang sudi mendoakan dan membacakan Yassin buat anak kami. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan anak kami… Terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak dikenali mendoakan anak kami. Terima kasih ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan pada wani. Hanya Allah dapat membalas semuanya.

            Terima kasih YA ALLAH memberikan aku MUHAMMAD ZAMIR ZAFRI biarpon sektika. Diberikan pinjaman buat seketika namun aku rasa terlalu banyak kenangan dengannya. Terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku padam kan. Akhirnya Pergi jua putera ku buat selamanya. Biarpon hanya 2 tahun 2 bulan sahaja dapat aku mencurahkan kasih sayangku. Damailah wahai putera syurga ku disana. Jaga dirimu baik-baik ibu sentiasa merinduimu. Ibu redha kamu pergi daripada ibu melihat kamu terseksa. Hari ini dan mungkin hari yang mendatang tak akan pernah ibu melupakan kamu. kerana kamu adalah kenangan yang paling terindah Allah hadiahkan buat ibu. Ibu sentiasa doakan Putera ibu baik-baik disana.




           
Segala coretan rasa Ini adalah coretan rasa dari ibu kepada Arwah Muhammad Zamir Zafri. Sebenarnya kami sekeluarga amat terkesan pemergian anak buah yang kami sayangi. Kami sendiri rasa seperti mimpi. Rasa seperti baru sahaja kami melihat gelak tawanya. Namun kini tiada lagi. Siapa la kami untuk menolak Qada & Qadar Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala ketentuan yang diberi.


            Minta  kawan-kawan semua doakan  anak buah nas semoga
Arwah Muhammad Zamir Zafri
Tenang disana.
Al-Fatehah