Salam semua... sihat tak hari... hope sihat la yer....
nas baru jer pas makan kat kantin tadi.. tak banyak menu yang nak dipilih tapi boleh la untuk mengalas perut ye dak...
ok berbalik kisah nun diatas. Pepagi tadi dah busy sikit la.. sebab hari ni ada Permata Pintar yang dijalankan di sekolah sehinggalah hari Khamis. pastu ada minggu bersama PTS nas terlibat dalam persediaan tempat dan gambar (jadi kamereman la daku hari ni.. almaklumlah my partner dah kene jaga Permata Pintar. jadinya den la ke hulu ke hilir bawa kamera ni... Nasib la dah biasa gune DSLR ni huhuhu
Sebelum Majlis PTS tu sempat lagi la aku godek2 breakfast yang kak ila bagi. karipap and nasi lemak. so kami makan Di Pusat Sumber (ni namenya kepimpinan tak melalui teladan) syhhhhhhh..... senyap-senyap k... selalunya budak makan or minum dalam pss aku dah jerit-jerit suh makan kat luar. nak masuk Pss bawak Botol Air pun aku tak bagi dah....
KELUAR SEKARANG
(ceh berlagak ea kau nas.. ko ingat ini PSS ko yang punya) hahhahha
ok lah rasenya macam dah merepek jer ni
citernya gini masak nas nak makan nasi lemak kebetulan sudu plastik x ada. jadinya nas ambil lah sudu yang nas standby kat laci meja. So sebelum nak guna tu nas gilah basuh dulu kan... masa tengah syok basuh sudu ni
tiba-tiba
"tolong ... tolong... tolong" pastu nas dgr orang menangis macam orang kene rasuk
aku diam jerlah tapi dada ni dah macam ada rase takot gak la... i ni kan penakot...
pastu jerittt pulakk
"makkkkkkkkk arghhhhhhhh tolong... tolong"
nas pon tengok kiri kanan tak ada orang... tapi makin kuat lak menangis nya... nak tak nak gagahkan jugaklah masuk tandas murid lelaki.. yelah manelah tau budak kene buli ke apa... tengok-tengok pintu semua terbuka
jeng... jeng jengg jengg
ada satu pintu terbuka sedikit dari pintu-pintu yang lain terbuka luas, dah sah budak kat dalam ni...
"awak kenapa menangis ni" (aikkk makin aku tegur makin kuat lakkk dia melalak)
"Tolong saya cikguuuu... Saya terkencing sikit dalam seluar ni..."
(laaaa aku ingat kenapa la rupenya terkencing dalam seluar...aduhai menjerit macam rumah terbakar jer la budak ni.. biasalah kan budak tahun satu
"haaa tunggu sini jap" aku bagitau
"Tolongggg sayaa tolonggggg" makin menjadi pulak menangisnya.
"ye la awak tunggu la sini sekejap" pujuk aku
"tapi seluar saya basah dah terkecing sikit" teresak-esak la dia menjawab . terkebil-kebil tengok aku... Alahai siannya budak ni mungkin tak sempat nak buka seluar dah terkencing. yelah masa rehat sibuk main jer kan bila dah masuk kelas mula la sibuk nak ke tandas. hahhh sendiri mau ingatlah kan... apa pun memang kesian.
itulah kisah di pagi hari tergelak aku dibuatnya,
Tapi bila teringat kisah pagi ni teringat balik kenangan kawan-kawan kat sek rendah dulu. hihihi kenangan mengamit jiwa tu... rindu kat SK PENCHU...
Rindu kat Cikgu Maria yang ajar Bahasa inggeris. baik sangat.. bila ajar jer mesti dia pergi ke satu-satu meja awak faham x? aku dulu kan sek kg jadi murid pon tak ramai. tak macam sek bandar satu kelas dah ramai. faham-faham jelah yer... yang aku tak boleh lupa la ni masa aku tahun 6. seorang murid wajib tulis 1 word kat board. board ni berdepan dengan tapak perhimpunan. nak tak nak kene buat jugak... mase tu aku tersalah buat ayat... hahaha buat gelak cikgu jer... pecah perut cikgu gelak hahaha... apa ayat tu (Rahsiaaaa) hihihi
RIndu kat cikgu Salleh. Cikgu Salleh ni garang sikit.. bukan garang sikit...Sikit Ke? garang banyaklaaa. tapi sebenarnya cikgu Salleh ni sempoi habis.. cume dalam belajar jer lah garang.. sape tak siap kerje sekolah kene berdiri kat depan pastu hulur tangan. pernah la jugak kene rotan dulu cz buku tertinggal kat rumah (rumah nak belajar )hihihi padan dengan muke aku. but dah kene rotan tu tak berani nk bagtau mak kene rotan kat sekolah. kang tak masal kat rumah kene libas pulak dengan getah paip tak pun hanger... hurmmm dah sah-sah kalau kat sekolah kene rotan tu adalah yang ko buat salahkan. hahhhh tulah jawapan mak nas. lagi satu time nak masuk kelas tu memang hati dup dap dup dap.. kalau tak dapat jawap sifir yang cikgu teka jangan harapla ko nak masuk kelas dengan jayanya ok.. ko kene jawap dulu sifir yang cikgu pilih then ko jawab lau x leh jawab... rotan lah makannya. haaa padan muke sapa suh ko tak hafal sifir kan... ahahahahaha rindu giler la kenangan tu..
Rindu kat Cikgu Baharudin yang ajar B.M. cikgu ni kalau ajar memang dia akan pecah-pecahkan kami. mesti duduk berpasangan. katanya kalau duk berpasagan ni masing-masing akan tumpukan perhatian. dan kami yang berpasang-pasang ni siap diberi gelaran. (tapi tak adalah pulak yang dipasangkan tu sampai sekarang bersama. masing-masing dah ada calon sendiri)hihihi sweet moment kan... hahahaha BM pon sama kene buat satu ayat kat papan board berserta makna
RIndu kat Ustaz Khairuddin.. ustaz ni memang best sangat..tapi satu jer aku macam tak berpa gemar. dia suke kene kan janggut dia kat pipi budak perempuan. mase tu kecik2 lagi.. huhu dan dari dia jugala aku dapat nama gelemer.. tapi aku tak sukelah name tu... kawan-kawan siap panggil-panggil nama tu... hahahha tak nak mention name tu biarlah hilang ditelan arus zamn.
Rindu kat cikgu Jailani. cikgu Jailani ajar kami Muzik dan seni. kalau time muzik cikgu pasang radio kaset kat depan. sebelum tu kene salin note lagu dulu. pastu cikgu nyanyi then nyanyi sama-same. ok lepas tu sape yang nak nyanyi kene datang depan. hihi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
yang paling best time cikgu sibukkkkkk cikgu duduk jer kat meja cikgu dan buat kerje sendir. kami boleh main nyanyi-nyanyi satu kelas. mase tu lau tak silap aku nyanyi lagu enggan fauziah latif... pastu lagu apa tah aku tak ingat la... tapi senikata dia lebih kurang macam ni
"Aku bukan aku.. yang kau kenali dulu, engkau bukan engkau......bla bla
"di hadapan kita dua insan berbeza yang kucari-cari arahmusendiri...
"suara senada seia sekata tiba masanya kau bercanggah jua.."
hahaaaa tulah antara yang aku ingat... sape yang tak suke kan berangan jadi penyanyi la tu konon-konon suara paling sedap n mantop... (lau masuk AF sah-sah belum nyanyi lagi dah kene halau gamaknya hahha) tapi yang paling tak leh lupe time nyanyi jer lagu ais kacang dengan angin yang banyakkk hahahha..
nnt kite bagi kawan2 yang suke makam ABC nyanyi lagu ni yeee...
sebenarnya ramai lagi cikgu SK PENCHU yang nas rindu...,, Semua nas rindu.. rindu kat SEK tu jugak sekarang ni sek Penchu ni dah bertingkat-tingkat dah upgrade jadi lagi better. kat situlah sek pagi. kat situ jugaklah sek petang.. Apa pun memang TERBAIKKK
Apa-apa pun
TERIMA KASIH CIKGU
JASAMUA KU KENANG
TAK KAN KU LUPA
SAMPAI BILA-BILA
DI SAAT MASA MENCATAS SEMUANYA
AKAN KU PUPUTKAN KENANGAN
DI LEMBARAN HIDUPKU
MANA MUNGKIN TERPADAM JASAMU
MANA MUNGKIN TERBAYAR KASIHMU
SELEMBAR KAIN PUTIH YANG KAU CORETKAN
MENJADI SIAPA AKU DI HARI INI
DEMI ANAK MURIDMU
SEGALA YANG PERIT YANG PAHIT KAU SIMPAN
DAN KAU HULURKAN KAMI DENGAN SENYUMAN
SUNGGUH CEKAL HATIMU GURU
MOGA ALLAH MEMBALAS JASA IKHLAS MU
TERIMA KASIH GURU..
WE LOVE YOU
ok nah nyanyi lagu ni
ais kacang
Ais kacang.. Aiss....Ais Kacang
bila cuaca panas
dan Rasa dahaga
singgah di gerai Ais Kacang diminta
susu dan jaggung
kacang dan lengkung
air gula berwarna
campur semua enak rasanya
kegemaran kita semua...